Thursday, November 29, 2012

Itu, Husna saya! :)


Hari ini pergi sekolah. Saja je study dengan perempuan-perempuan cantik Rushdians, haha, otak dah berkarat. Dah berapa minggu tinggalkan subjek Arab :P Huhu. Sambil lepak-lepak jugak dengan yang tersayang, :)

Tak nak cerita lebih tentang hari ini, cuma.. ianya indah! *senyum penuh makna*






Itu, Husna saya! :)

Dia laa kawan yang paling rapat dengan saya, dalam kelas, selain Ipa, sebab kitorang duduk bertiga. Husna, saya dan Ipa. Husna yang sangat cool. Sebenanrnya, dia terlalu cool. Tak tahu nak describe macam mana tapi dua tahun duduk sebelah menyebelah, tak pernah pun tengok dia tetiba emo ke, tetiba nangis ke, tetibe rasa nak mengamuk ke. Haha. Sebaliknya, aku laa yang buat semua itu. Dan, dia sentiasa.. sentiasa tanya kenapa, pujuk ke, nasihat ke, nasib baik tak kena lempang hahaha.

Tak ada apa yang saya nak kata, tapi saya sayang dia sangat!

Selalu cakap dekat Pqoh, "Pqoh, kalo orang jadi laki, mesti orang berkenan kat Sna. Mesti orang nak kat Sna. Haha"

:D



Pssstt. Tadi konon nak alihkan motor Sna dekat pokok. Hahaha. Tapi, tak sampai pulak nak bertongkat dengan kaki! Setakat gitu-gitu je. Motor dia tinggi laa. Haha. Aku ni kan kurang sikit ketinggian. Selalu aku rempit dengan motor bapak yang takde la tinggi macam motor dia. Arghh. *tensen*

:)

Oh, Husna saya;
yang cantik, baik, manis, cool, memahami.

Namanya Husna. Husna Munirah
*senyum lebar-lebar*


Wednesday, November 28, 2012

Chamber of loves


Hai. Rindunyaaaa!

Masih berbaki 2 subjek lagi, yakni Arab dan QuranSunnah. Lepas tu, boleh laa nak duduk goyang kaki. Haha. Goyang kaki la sangat. Entah-entah tahun hadapan, bila tengok gambar kelas pun mahunya menangis sakan. Itu namanya, rindu! :) Ye la, waktu tengah SPM pun, dah rindu sangat nak duduk dalam kelas sama-sama dan belajar. Belajar la sangat :P Sambil duk pot pet pot pet mulut bercakap. Haihhh :D

Nak cakap, Alhamdulillah je :)

Sebab, yang lain semua hak Allah. Nak bagi A ke tidak, bukan urusan kita. Kita cuma buat apa yang terbaik yang kita mampu lakukan. *kena ceramah dengan Teacher Aini :P*

Lupakan, lupakan pasal SPM.

Aku pun tak tahu nak tulis apa, haha, cuma apa yang aku rasa aku hanya mahu menulis.

Eh, aku lupa password & emel Tumblr! Waaaaa :(
Nanti la lepas SPM, nak cari semula. Haihhh. Sebab lama sangat tak bukak kan. Lalalala. Memang menyepi sungguh daripada dunia maya. Ekeke. Dulu, aku pun tak sangka yang apakah aku bisa mengabaikan blog yakni kesukaan aku iaitu menulis, menulis dan menulis. Ehemm. Nampaknya, aku berjaya :D Cuma perlukan sedikit keazaman je! :)

Tapi, nanti lepas SPM, hari-hari aku nak menulis. Haha. Dan, ber-tumblr. Dua benda tu je yang penting dalam dunia maya ini. Oh, tak lupa blog-blog yang menyenangkan hati. Suka jadi silent reader. Pasal boleh tahu banyaaaaaaaaaak cerita pasal hidup orang-orang lain. Rasa ternanti-nanti nak tahu their next story, walaupun tak pernah kenal mereka dan tak pernah bersua muka. Tulisan, yang menyentuh. :)

Hmmm. *diam*

Dah tak ada apa nak tulis, :D

Okay, pergi dulu. Jumpa lagi!



They will always stay, in the heart's chamber of loves! Precious times, only can be immortalized in picture.
I hope it to be eternal. But, nothing lasts forever 
:)