Saturday, July 27, 2013

What doesn't kill you, makes you stronger!


You know what?

I love being me, an imperfect me.

:)



Wednesday, July 24, 2013

Iftar Gorgeous G.


Kelmarin habis kelas pukul 5 petang. Kelas kat PaLang. Lepas habis kelas tu, yang girls semua pergi solat kat surau dan boys naik ke bilik diorang bersiap-siap bagai. Kitorang yang berbelas orang ni siap solat pun diorang tak turun-turun lagi daripada bilik. Ohoi. -.-''

Lepas tu kitorang jalan kaki pergi Padang MPK depan Masjid Negeri. Jalan kaki. Sebab ramai kan. Waaaaaaaaaa. Serius jauh. Berkali-kali ganda daripada jauhnya Sekilau ke ECM. Haha. Tapi, tak terasa sangat sebab kitorang ramaaai dan masing-masing ber-huhahuha + bergambar tak henti-henti. ^_^

Boys kelas kitorang yang bertujuh itu jadi protectors haha. Kat depan diorang lead. Kat tengah diorang stay. Kat belakang diorang follow. Mana taknya, jalan bapaaaak besaaaaaaaaar. Haa, diorang la yang tolong bawak kitorang lintas jalan. Ekekeke.

Pengalaman melintas jalan lah yang paling ngeri. Huahuahua. Dengan busy-nya, ya Allah. Tapi, best. Haha.

Bila sampai kat MPK, kitorang bergambar bagai, jalan-jalan ke bazar cari makanan then bukak puasa in a circle. Oh, sweet. Lepas tu pergi solat kat masjid, kemudian berkumpul balik dan baaalik. Boys balik jalan kaki je ke PaLang, kitorang dengan Uncle Rani ke Sekilau.

Kelmarin-
memang hari yang sangat lemah untuk aku pada permulaan.
Tapi, semangat dah naik,
bilamana habiskan masa bersama mereka. :)

Sumpah aku memang tak ada mood pagi tengah hari petang.
Tapi, di akhirnya aku senyum,
sebab mereka.

:)

Oh ya, kitorang Gorgeous G.












#Iftar.GorgeousG.MPK.230714.Kuantan.



Monday, July 22, 2013

A107

Wallahi, aku cinta mereka.

Tuhanku lindungilah mereka.
Tuhanku berikan sebaik-baik hidup kepada mereka.
Tuhanku cintailah mereka dengan jaraknya biar mula daripada dalamnya lautan hinggalah ke tingkat langit teratas.

Kerana setiap satu mereka itu,
tiada kata lain yang boleh mewakili-
selayaknya adalah bidadari dunia.

;)

Wednesday, July 17, 2013

Bidadari

Mereka;
Yang memberi cinta
Yang memberi kasih
Yang memberi sayang

Mereka;
Yang jujur menghulur tawa
Yang peduli menjaga semua
Terima kasih, Tuhan.

Ps. Aku rindu kawan-kawan lama. Moganya Tuhan mencintai.







Friday, July 12, 2013

P1005G

Yang aku ada sekarang-
Mereka.

Thursday, July 11, 2013

Tecer!



Assalamualaikum, hai! :)

Rindunya nak menulis panjang-panjaaaaaaaaang. Rindu nak menulis tapi tak tahu nak cerita apa. Ekeke. Oh, hujung minggu lepas aku balik rumah. Hehe. Sebab Khamis lepas, kelas petang tak ada. Jadi, kita ambil lah peluang yang ada. Macam biasa, balik Khamis, datang semula ke Kuantan pada hari Ahad. 6 jam naik bas. Huhu.

Ahad lepas, pagi itu aku nak kena naik bas pukul 11.40 pagi. Jadi, pukul 10 tu aku pergi dulu ke sekolah. Rindu! Rinduuu cikgu-cikgu! Jalan je, dah nampak Cikgu Sue daripada jauh. Lambai-lambai kat cikgu. Cikgu buat muka pelik, "Macam mana boleh ada kat sini ni?"

Sengih lebar-lebar.

"Cuti weekend cikgu." =D

Lepas itu naik tangga pergi bilik guru. Nampak Cikgu Mat Chik pulak. Lambai-lambai lagi. Rindunyaaaa nak dengar lawak cikgu. Huhu. Aku takut gila dengan cikgu mat chik sewaktu tingkatan 1 dan 2 sebab haha beliau kan cikgu disiplin. Bila tingkatan 3 tusyen sains dengan dia. Haha. Daripada takut terus jadi langsung tak takut. Sebab cikgu sangaaaat lawaaaaak. Pernah jugak dapat duit seringgit dua/dua tiga puluh sen dengan cikgu sebab aku lukis gambar cikgu kat papan putih. Hahaha. Nostalgia sungguh.

Cikgu tanya aku buat apa sekarang. Aku cakap buat law. Boleh cikgu tak percaya! -.-' Lepas tu ber-bla bla bla dengan  cikgu. :)

Kemudian, bukak pintu bilik guru daaan...

"Teceeeeer!!!"

Cikgu-cikgu yang ada semua sengih dan pandang, dari mana la datang budak ni. Haha.

Tecer Sal, Tecer Rohana, Mummy Shams, Ustazah Rubiha, Cikgu Faridah, Tecer Hanisah, Ustazah Hanifah, Tecer Aini, Tecer Junit, Tecer Saodah, Cikgu Aya, Ustazah Khairiah. Cikgu Zimah waaaa rindu rindu rindu sama mereka. =(

Seronoknya buat kecoh dalam bilik guru. haha, memang dah biasa dah buat bilik guru tu macam rumah sendiri. huh. rindu pulak dekat Ipa. selalu waktu sekolah dulu-dulu, kitorang pergi lepak bilik guru sebab nak aircond + makanan. Haha, selalu mintak kacang aprikot ke apa entah dengan tecer sal, tecer rohana, tecer zaini haha. erk, bukan mintak. tecer yang tawarkan, kitorang amik je. =)  lepas buat muka tak malu ambil makanan dengan tecer, elok je duduk bersila kat atas lantai, borak-borak kosong. aaaaa, Ipa, rindunyaaaa!

Oh, buat rainbow cheesecake. dah lama dah sebenarnya nak buat kek macam tu. tapi macam tak jumpa resepi yang senang. haha. hari sabtu pergi rumah Ayah Chik, tengok Kakak tengah buat. Cayalah, bapakk senang resepi. Sedap pun sedap. Sangat. Terima kaaasih kezenku! Hihi.

Bawak kek, kasi cikgu-cikgu.

Hulur kat Tecer Sal, "Teceeer, nah, makan!" *suara eksaited*

Cikgu Aya sengih, "Ajak makan supo ajak nak baloh."

-.-''


Sukaaa sangat kasi cikgu makaaaan. lepas tu mesti tunggu diorang masukkan makanan dalam mulut, then mesti aku cakap, "Sedaaaap kaaaan?" Hahaha. Muka tak malu. =P Lepak-lepak, citer-citer dalam bilik guru tu, beeestttnyaaaaaaaaaaaaaa. Tak tahu nak cakap macam mana lagi dah yang aku rindu, rinduuuuuuu.

Haha. Dan, tecer sal, cikgu aini, cikgu faridah suruh aku buat untuk diorang sebiji satu nanti raya ni, ekekeke. InsyaAllah. :)

Pukul 11 balik rumah. Tsssk tssskk. Sobsobsobs.
Dan, di sini lah aku. Rumah kedua, sekolah ketiga-- Sekilau, Kuantan.

:)


Ps. Tulis entry ini pun dah cukup buat aku senyum sampai telinga. Hailaa, rindu.





Why can't I have you here..

Why can't I have you here, just like it used to be.

Even if my heart's still beating just for you,
I really know you are not feeling like I do..
Even if the sun is shining over me,
How come I still freeze?

No one ever sees,
No one feels the pain..

I shed teardrops in the rain.


--CNBLUE~TITR.

Wednesday, July 10, 2013

1 Ramadhan

1 Ramadhan yang paling indah.

Terima kasih Allah,
Kerana terlalu dekat.

:)

Happy Ramadhan.

Jaga;
Quran.
Tarawih.
Qiam.
Dhuha.

And.. enjoy the Ramadhan! =)

Tuesday, July 9, 2013

Ipaaaa.

Semalam, tengah frust + rasa nak nangis dan mengamuk pada diri sendiri sebab tak boleh nak buat tutorial 038.... tetiba masuk panggilan.

Baru je nak nangis dan mahu tutup buku. -.-"

Ipa.

Aaaaaa.. Ipa kol!

Lepas tu sengih semedang. Aaaaaaa. Sampai pukul 1 bergayut. Haha. I really really really really really miss her. Even masa tengah dengar dia bercerita dengan sakannya pun ada la bergenang air mata.

Rindu sangat sangat sangat.

Dan.. di akhir perbualan-

"Ipa.. mu rindu aku dok? Hehe. Ipaaa..."

"Teka.. teka.."

Lepas tu sama-sama gelak. Rindu tapi tak nak mengaku!

Rindu nak menggila dengan ipa. Rindu nak tido dalam kelas dengan ipa. Rindu nak curi-curi makan waktu cikgu mengajar. Rindu nak main sorok-sorok buku latihan bila cikgu nak check sebab tak siap. Rindu nak nyanyi dalam kelas dengan ipa. Rindu nak sound orang dengan ipa. Aaaaaaa. Rindu rindu rindu. Sebab aku dengan ipa kan gangster dalam kelas. Hahaha. =P

Nor Nazifa--
Aku rindu.

Keh. Keh. Keh. =)


Aku Ada

Kalaupun satu dunia tudingkan jari jelingkan mata palingkan muka-
Datang sini; aku ada.
Aku nak peluk kemas-kemas,
dengan cinta kasih sayang

Lepas itu aku nak usap bahu dan cakap-
"Tak apa. Biarkan manusia menilai ikut suka. Biarkan manusia berkata ikut mahu. Sebab.. bukan manusia yang bagikan syurga atau neraka."

Ingat tau-
Cari aku.
Walau seluruh sejagat tak mahu memberi ruang,
tak apa. Lari sini, meh, aku nak peluk.

Aku ada.
Aku ada.
Aku ada.

:)

Monday, July 8, 2013

P1005G.

Tadi ada kelas Law012. Lepas habis kelas pukul 3, hampir separuh budak kelas kitorang bersesak-sesak naik van sekolah pakcik Rani. Pergi beli no pin MUET kat BSN.

Ummi. Iqbal. Zam. Asyraf. Fiqri. Zirah. Sara. Fiza. Iffah. Deena. Aina. Kasya. Amalina. Dan dua tiga orang lagi..

Satu van penuh. Haha.

Aku sedang cuba sesuaikan diri dengan kelas baru. Setelah lima tahun dengan rushdians. Kini, insyaAllah dua semester dengan P1005G. :)

Mereka--
Iqbal.
Fiqri.
Zam.
Asyraf.
Azeem.
Zulhilmi.
Adzrie.

Ummi.
Sara.
Ain.
Deena.
Aina.
Iffah.
Syikin.
Anis.
Kasya.
Liyana.
Fiza.
Aida.
Zirah.
Amalina.

24 orang semuanya.
Alhamdulillah mereka semua sangat awesome. =)

Dan... whatsapp group kitorang namanya--
'4 Flatters'. Haha. Ameen.

:)

Anthem

Berdiri di atas kaki sendiri,
Bergantung cuma pada Tuhan punya tali.

-- Baru lepas baca Anthem. Sepanjang perjalanan di atas bas kelmarin. Macam biasa, terasa bagai di belasah. Dan babak-babak last tu memang kena dengan jiwa. Sangat terasa bagai disepak diterajang dipukul.

Kenapa takut nak melepaskan,
sedangkan Tuhan sudah berjanji untuk ada disaat segalanya tiada?

Kenapa takut untuk percaya,
yang kau takkan mati selagi belum tiba masanya walau satu dunia mengecam?

Kau tahu apa yang kau buat ni 'kelabu'-
tapi tak kuat nak bertegas pada diri sebab rasa tak mampu.

Demm.

Takpe. Takpe. Kita buat perlahan-lahan okay? Satu demi satu okay?

----

Maka,
Anthem anda apa pula?

Monday, July 1, 2013