Thursday, July 11, 2013

Tecer!



Assalamualaikum, hai! :)

Rindunya nak menulis panjang-panjaaaaaaaaang. Rindu nak menulis tapi tak tahu nak cerita apa. Ekeke. Oh, hujung minggu lepas aku balik rumah. Hehe. Sebab Khamis lepas, kelas petang tak ada. Jadi, kita ambil lah peluang yang ada. Macam biasa, balik Khamis, datang semula ke Kuantan pada hari Ahad. 6 jam naik bas. Huhu.

Ahad lepas, pagi itu aku nak kena naik bas pukul 11.40 pagi. Jadi, pukul 10 tu aku pergi dulu ke sekolah. Rindu! Rinduuu cikgu-cikgu! Jalan je, dah nampak Cikgu Sue daripada jauh. Lambai-lambai kat cikgu. Cikgu buat muka pelik, "Macam mana boleh ada kat sini ni?"

Sengih lebar-lebar.

"Cuti weekend cikgu." =D

Lepas itu naik tangga pergi bilik guru. Nampak Cikgu Mat Chik pulak. Lambai-lambai lagi. Rindunyaaaa nak dengar lawak cikgu. Huhu. Aku takut gila dengan cikgu mat chik sewaktu tingkatan 1 dan 2 sebab haha beliau kan cikgu disiplin. Bila tingkatan 3 tusyen sains dengan dia. Haha. Daripada takut terus jadi langsung tak takut. Sebab cikgu sangaaaat lawaaaaak. Pernah jugak dapat duit seringgit dua/dua tiga puluh sen dengan cikgu sebab aku lukis gambar cikgu kat papan putih. Hahaha. Nostalgia sungguh.

Cikgu tanya aku buat apa sekarang. Aku cakap buat law. Boleh cikgu tak percaya! -.-' Lepas tu ber-bla bla bla dengan  cikgu. :)

Kemudian, bukak pintu bilik guru daaan...

"Teceeeeer!!!"

Cikgu-cikgu yang ada semua sengih dan pandang, dari mana la datang budak ni. Haha.

Tecer Sal, Tecer Rohana, Mummy Shams, Ustazah Rubiha, Cikgu Faridah, Tecer Hanisah, Ustazah Hanifah, Tecer Aini, Tecer Junit, Tecer Saodah, Cikgu Aya, Ustazah Khairiah. Cikgu Zimah waaaa rindu rindu rindu sama mereka. =(

Seronoknya buat kecoh dalam bilik guru. haha, memang dah biasa dah buat bilik guru tu macam rumah sendiri. huh. rindu pulak dekat Ipa. selalu waktu sekolah dulu-dulu, kitorang pergi lepak bilik guru sebab nak aircond + makanan. Haha, selalu mintak kacang aprikot ke apa entah dengan tecer sal, tecer rohana, tecer zaini haha. erk, bukan mintak. tecer yang tawarkan, kitorang amik je. =)  lepas buat muka tak malu ambil makanan dengan tecer, elok je duduk bersila kat atas lantai, borak-borak kosong. aaaaa, Ipa, rindunyaaaa!

Oh, buat rainbow cheesecake. dah lama dah sebenarnya nak buat kek macam tu. tapi macam tak jumpa resepi yang senang. haha. hari sabtu pergi rumah Ayah Chik, tengok Kakak tengah buat. Cayalah, bapakk senang resepi. Sedap pun sedap. Sangat. Terima kaaasih kezenku! Hihi.

Bawak kek, kasi cikgu-cikgu.

Hulur kat Tecer Sal, "Teceeer, nah, makan!" *suara eksaited*

Cikgu Aya sengih, "Ajak makan supo ajak nak baloh."

-.-''


Sukaaa sangat kasi cikgu makaaaan. lepas tu mesti tunggu diorang masukkan makanan dalam mulut, then mesti aku cakap, "Sedaaaap kaaaan?" Hahaha. Muka tak malu. =P Lepak-lepak, citer-citer dalam bilik guru tu, beeestttnyaaaaaaaaaaaaaa. Tak tahu nak cakap macam mana lagi dah yang aku rindu, rinduuuuuuu.

Haha. Dan, tecer sal, cikgu aini, cikgu faridah suruh aku buat untuk diorang sebiji satu nanti raya ni, ekekeke. InsyaAllah. :)

Pukul 11 balik rumah. Tsssk tssskk. Sobsobsobs.
Dan, di sini lah aku. Rumah kedua, sekolah ketiga-- Sekilau, Kuantan.

:)


Ps. Tulis entry ini pun dah cukup buat aku senyum sampai telinga. Hailaa, rindu.





No comments: