Wednesday, July 24, 2013

Iftar Gorgeous G.


Kelmarin habis kelas pukul 5 petang. Kelas kat PaLang. Lepas habis kelas tu, yang girls semua pergi solat kat surau dan boys naik ke bilik diorang bersiap-siap bagai. Kitorang yang berbelas orang ni siap solat pun diorang tak turun-turun lagi daripada bilik. Ohoi. -.-''

Lepas tu kitorang jalan kaki pergi Padang MPK depan Masjid Negeri. Jalan kaki. Sebab ramai kan. Waaaaaaaaaa. Serius jauh. Berkali-kali ganda daripada jauhnya Sekilau ke ECM. Haha. Tapi, tak terasa sangat sebab kitorang ramaaai dan masing-masing ber-huhahuha + bergambar tak henti-henti. ^_^

Boys kelas kitorang yang bertujuh itu jadi protectors haha. Kat depan diorang lead. Kat tengah diorang stay. Kat belakang diorang follow. Mana taknya, jalan bapaaaak besaaaaaaaaar. Haa, diorang la yang tolong bawak kitorang lintas jalan. Ekekeke.

Pengalaman melintas jalan lah yang paling ngeri. Huahuahua. Dengan busy-nya, ya Allah. Tapi, best. Haha.

Bila sampai kat MPK, kitorang bergambar bagai, jalan-jalan ke bazar cari makanan then bukak puasa in a circle. Oh, sweet. Lepas tu pergi solat kat masjid, kemudian berkumpul balik dan baaalik. Boys balik jalan kaki je ke PaLang, kitorang dengan Uncle Rani ke Sekilau.

Kelmarin-
memang hari yang sangat lemah untuk aku pada permulaan.
Tapi, semangat dah naik,
bilamana habiskan masa bersama mereka. :)

Sumpah aku memang tak ada mood pagi tengah hari petang.
Tapi, di akhirnya aku senyum,
sebab mereka.

:)

Oh ya, kitorang Gorgeous G.












#Iftar.GorgeousG.MPK.230714.Kuantan.



2 comments:

nasanasa said...

sobsob~ terharu..saem ak hk ni besar dh :)

sya izz said...

Besar doh??