Thursday, July 31, 2014

MAJESTIC


my perfect imperfect family is majesctically majestic.

raya ketiga dan keempat, ada sambutan hari keluarga mek nochu kat pantai perkasa punya resort. aktiviti keluarga, makan-makan mandi pantai lepak cakap-cakap borak-borak.

petang yang pertama, duduk di pasiran pantai. yang laki-laki kebanyakan dah terjun laut. maka kita, yang perempuan-perempuan, duduk borak-borak sambil pandang pantai. damai. pantai, mana pernah tak damai? lama kemudian, pergi duduk dengan yah dan kakak di hujung sikit sambil jaga nawal. duduk, dan borak pn boleh jadi damai. haih, keluarga.

malamnya, makan-makan. barbeque. masuk dewan siap ice-breaking, cabutan hadiah bagai. gelak-gelak. satu dewan tu penuh dengan keluarga. kemudian, makan-makan lagi. main mercun bagai. dalam pukul 11 malam ke hampir pukul 12, ajak yah jadi musyrif ececece teman aku kakak atin bilah kak siha pergi duduk kat pantai. sebenarnya masa kitorang tengah on the way ke pantai, yang lain on the way balik dari pantai lepas main mercun. dasaaaar. haha tapi heret jugak yah temankan. mana boleh tak ada laki-laki langsung. walaupun dekat, tapi dah malam larut sangat.

apa lagi, baringlah. masyaallah. tuhan je yang tahu betapa sempurnanya langit. pantai tu memang dah gelap. cuma bercahayakan bintang. baring di atas pasir, pandang atas masyaallah tak ada yang lebih sempurna pemandangannya masyaallah macam pandang lukisan masyaallah indah tak tahu dah cakap macam mana. pandang je. pandang. damai. lepas tu pejam, tidur.

bertemankan langit bintang, bermelodikan ombak, berselimutkan bayu, berlantaikan pasir, dan damai itu datang. dengan suara-suara orang yang dikasihi berbual-bual di larut malam. pejam, betul-betul pejam. bukan senang nak dapat peluang damai macam ini. masyaallah. dalam pukul 1 lebih baru kena heret balik. hahaha. tapi buka-buka mata jah, sorang-sorang datang. aniff dengan arif la. ijak dengan iqram. alah, dekat je pun dengan chalet. langit malam itu betul-betul majestic!

esoknya, pagi yang laki-laki subuh lagi dah turun ke pantai. memang aktivitinya main pantai je la. bermonopod. main bola-bola. haha group dengan anis. dapat nombor dua dan tiga yeah. lepas tu kan, naik banana boat yayy. asalnya tak nak sebab tak nak basah. renyah. tapi arghh tak boleh tahan godaan. naik banana boat dengan yah, dibah, bilah dan abah long.

nak dijadikan cerita, abah long terhuyung hayang sampai banana kitorang terbalik kat tempat yang agak dalam. sebab yang lain-lain sepatutnya terbalik kat  cetek je tempat famili kitorang mandi-mandi. haha abah long la ni hilang imbangan. semua orang jatuh. haha. dalam hoii dah la aku reti berenang katak je. tertelan air satu baldi. kalut gila kitorang bertiga. yah dengan abah long je la yang cool. ye la, lelaki. berenang punya berenang, tak gerak. hahah. masih kat tempat sama. bantai gelak je. sambil telan-telan air. yang famili kitorang pun dah gelak-gelak. nak pergi tolong, jauh sangat.

akhirnya, dengan bantuan yah, dia tolak je life jacket aku dan dibah haha sebab kitorang dua paling kalut. bilah dengan abah long haha. jadinya bila dah dekat dengan tempat budak-budak ni main, ijak dengan yoe datang heret aku. hahaha. aku cakap kat ijak, heret je la. dah tak mampu nak buat apa-apa. aku pun terlentang je la kat laut biru terbentang luas tu sambil pandang langit. haha. semua bantai gelak. lepas tu kena kelas terapung dan berenang dengan aniff, yoe, ijak, yah. haha.

main, main dan main. lepas zuhur tu, balik lah. the mek nochu's family day ended there. and i wish, all these moments will stay in my life story forever. i love my big family so much. so much until i want all of us meet again afterlife in heaven. ya allah, please grant us jannah ya allahh so that we can stay as a family forever in heaven and earth.

thanks for the memories, my loved ones. :)
pantai perkasa chalet, 30072014-31072014.
we are mek nochu's!

--sebab kat dunia ni, tak ada orang yang boleh terima setiap inci baik buruk engkau dengan apa adanya, kecuali keluarga.
--sebab dalam dunia, engkau cuma akan rasa keseorangan bila engkau dah tak punya keluarga di dunia ini.
--sebab di dunia ini, ada angels yang tuhan kirim-pinjamkan untuk setiap kita; KELUARGA.






Thursday, July 24, 2014

macam mana


macam mana nak bergantung pada cuma tuhan, saya tak ada jawapan. sebab saya sebenarnya pun macam manusia lain. yang harap2 dulu pada manusia. yang pandang2 dulu manusia. baru minta tuhan. tapi bila dah asyik macam tu- lama2 awak sendiri pun akan sedar, di mana- jauh yang paling dalam, kita sebenarnya perlukan tuhan.

bila jauh dalam hati kita cakap, tuhan tolonglah, itu yang paling ikhlas. sebab memang tak ada daya dah tak tahu nak buat apa. masa tu, tuhan. sekarang ni sama2 sedang belajar, hidup sorang2 dgn tuhan. apa2 mintak dengan tuhan. apa2 tuhan buat, redhakan. apa2 tuhan bagi, terima. walau kadang2 tanya juga, kenapa macam ni. tapi kita tak ada daya nak tentukan hidup kita ni macam mana sebab tak tahu apa2.

jadi mungkin, bukan, memang- apa yang tuhan berikan pada kita, paling baik. walau macam celaka pada pandangan kita. maka, kalau nak sentiasa bergantung pada tuhan, mungkin- kena sentiasa ingat, apa2, cari tuhan dulu. dan terima, apa2 pun yang tuhan bagi. letak itu dalam hati.

tiap kali rasa sendiri- sebenarnya kita masih mampu hidup sekarang, sebab tuhan bagi pinjam kasih.

Wednesday, July 16, 2014

28

dari tingkatan satu aku kenal qilah. entah macam mana entah boleh kenal hahaha cemana eh dah lupa tup tup jadi kawan tup tup jadi kawan baik kawan seumur hidup insyaallah walaupun gaduh je kerja masa kecik2 dulu cewah kecik2 la sangat.

lain orang, lain. kat ittifaq tu semua kawan seumur hidup aku kot. qilah, aku tak pernah tido rumah dia. walaupun selalu je tido rumah kawan2 lain. qilah, jarang je mesej waksep masa kat universiti tapi tetap boleh cari je bila2 masa.

mungkin sebab kami sama. aku jenis tak semestinya berhubung 24 jam baru boleh jadi kawan baik. dia pun jenis yang sama. kawan2 aku semua mostly macam gitu. ada satu quote yang cakap, jadi kawan baik bukan bermakna berhubung 24 jam tapi bilamana dah lama tak berhubung, bila berhubung tak ada apa yang berubah. tetap macam dulu.

aaaah. saya sayang kawan2 saya.

sekarang, qilah dengan aku hadapi situasi sama kot. hampir sama. cukup untuk buat kami faham diri masing2 bila cerita soal itu. kadang2, buat lawak bodoh pun boleh. acah2 kuat. padahal...... hahaha.

qilah selalu jadi manusia yang rasionalkan aku. jadi bilamana aku rasa tak rasional, dia akan bagi macam2 hujah serta hikmah kenapa tuhan bagi macam ini. semata2 untuk buka fikiran aku daripada asyik persoalkan tuhan, kenapa begitu kenapa begini.

i am sort of that kind of girl yang suka persoalkan dan cari kenapa semua benda ni jadi which is not too good for myself. because we cant predict future yet we dont what is the best for us. so how come you (I) can question god for giving the situation youre going through right now? pity me for being that kind of human.

qilah pesan lagi, tak semestinya orang yang kita sayang tu cuma untuk kita. kalau dia bahagia dengan orang lain, tak apalah. walaupun kita yang macam gila sikit sebab gila bayang hahahaha tapi those pains will fade away sooner or later. nak paksa2 hilang sangat pun macam meranakan diri. nak simpan macam makin tak betul. jadi, enjoy the moment je lah. that moment someday will become your reason to smile. chill, for you have been going through hard times that appear in your life waaaa imma superwoman yeah yeahhhh.

aku pernah tanya qilah, "kau masih ada rasa nak kahwen ke lepas semua ni jadi?"

jawapannya, haaa rahsia kitorang je haha tapi betullah, masih percaya ke? lol.

bila aku cakap nak kahwen 28, mostly kawan2 kecam aku hahahaha jangan la wei support la kawan engkorang ni. aku sebenarnya bukannya nak kahwen 28 sangat cuma hahaha nantilah kahwen2 tu lek2 dulu belajar dulu cari duit dulu duduk rumah mak ayah dulu travel dulu pergi korea dulu ke haha. semua orang ada impian masing2. semua orang ada cita2 masing2. kan.

haha.
okbai.

a guy like him

i want to marry a guy like beto kusyairy, please.

manis2.
comel2.
kelakar2.

hahahaha.

i am a die-hard-fan of him.
arghhh, gile ke ape keluarkan topik ni. hahahaha. suka hati lah.

nak jugak laki macam beto kusyairy!
titik.

hahaha.
selamat malam.
entah pape lol.

Tuesday, July 15, 2014

sekolah kehidupan

ingat lagi malam terakhir kat kuantan. pagi esok dah nak balik. dan kuantan cuma akan jadi kenangan.

duduk kat balkoni belakang. nyaman. sunyi. perhatikan kuantan. dan seisinya. duduk. diam. menangis. faiz kat sebelah. dua dua diam. dua dua menangis teresak-esak tanpa pedulikan masing-masing. air mata turun tanpa sebab. sepenuh jiwa pulak tu.

sambil terkenang setahun perjalanan aku kat sini. faiz pun mesti dalam kepala dia fikir sama.

sekolah lima tahun, tak ada lah menangis lepas spm.
asasi setahun, menangis macam tak jumpa esok.

sebab, lain. sekolah kehidupan.

kuantan.
moga bagi manfaat pada orang lain juga ya. masa aku dengan kau, berakhir pada april itu. kisah kau, aku simpan. dalam-dalam. macam dalamnya sungai kuantan. kau salah satu perhentian yang aku singgah.

nanti, jumpa lagi. mana tahu kerja kat kuantan ada rezeki panjang umur? haha takdelah. makin besar ni makin aku belajar, yang hidup, takkan selamanya kekal pada suatu tempat.

sekolah kehidupan ada banyak perhentian. dan perhentian aku di kuantan, sudah selesai kerana takdirnya cuma setahun.

:)

Monday, July 7, 2014

roti & kek

dah seminggu kerja. ya tuhan, penatnya. buat roti. buat biskut raya.

serius. nanti degree belajar betul-betul weh! biar dapat sambung master terus. nanti kerja dalam air cond! hahahaha.

serius ni serius.

tapi baguslah. sekurangnya pukul 10 - 11 malam dah tidur. mana taknya penaaaat penaaaat penaaaaat. tapi takpelah. pengalaman hidup. gitu.

biar tahu, bukannya senang nak dapat duit. biar tahu susah sikit. biar tahu banting tulang.

alhamdulillah!