Thursday, January 1, 2015

farewell, 2014. (my seunggi)


 hari ini hari terakhir 2014. 31 disember. pagi tadi ada peperiksaan akhir hubungan etnik. entahlah. dalam banyak-banyak kelas, paling aku tidak mahu akhirkan adalah kelas islamic law dan hubungan etniik. islamic law mungkin sebab aku rasa dekat sangat dengan ittifaq. daaaaaan, hubungan etnik sebab kelas tu paling relaks, juga ada lee seung gi aku. haha.

nak dijadikan cerita, dah hampir sebulan kelas hubungan etnik berakhir. sejak daripada itu, aku tak pernah pun terserempak dengan seunggi. kan dah cakap, peluang untuk terjumpa itu hanyalah 0.00000001% di universiti rimba hijau ini.

hari ini, pagi-pagi sudah jalan kaki ke kolej sebelah. exam di situ. jalan dengan erra, nani, cek yam, dan fiza. hahaha. dah nak sampai ke dewan, ada bas berhenti tepi jalan. turunlah sekumpulan manusia-manusia yang menuju ke tempat yang sama. haha. terus nampak seunggi aku. wah!

dalam dewan, dia duduk di yang paling hadapan.

okey, soalan hubungan etnik walaupun objektif tuhan sahajalah yang tahu betapa berpinarnya mata aku nak baca soalan. dalam seratus soalan, adalah separuh je kot yang aku macam hmm betul la kot. yang lain, logik je la. dadu betul. hahahaha. banyak betul soalan mengarut. hihi.

dan, adalah lepas sejam, seunggi aku bangun. mahu keluar dewan. sudah habis jawab. dia lalu di kanan aku. aku pandang je muka dia, konon pura-pura termenung jawab exam. tapi, mata pandang dia. dalam hati, farewell.

hahahahaha. erra kat belakang aku. lepas habis exam, dia pergi cerita kat bebudak ini apa yang aku buat masa seunggi tinggalkan dewan. aku buat vandalisme kat meja exam. aku tulis dengan pensel, terima kaseh 2014. farewell, seunggi. hahahaha. pathetic gila. aku memang suka buat benda-benda pathetic macam ini. takziah untuk diri sendiri.

lepas tu, kami jalan pergi kolej lain untuk makan siang. tetiba, wah, ternampak seunggi kat kafe itu juga. tapi dia dah habis makan. hahahaha. bila dia bangun dan jalan kaki pergi ke pondok bas, aku renung jauh dari belakang. it was really a goodbye for me.

sis erra memang sabarkan aku je kerja dia hari ini. hahahaha. aku ini bukanlah fanatik sangat tapi, entahlah, sedih la jugak. kenapalah kelas hubungan etnik yang sama tak ada tiap-tiap semester? *sepak diri sendiri*

sedih sebab 2014 dah habis sebenarnya. terima kaseh 2014. aku tak sangka aku dah harungi satu lagi tahun. betapa keadaan berubah. betapa aku tak sangka hidup di sini. betapa teman aku sudah berjauh pergi bertukar ganti. betapa lainnya tiap masa yang beredar.

sudah 20 tahun. sudah.

perangai masih begini.
*rotan diri sendiri*

banyak silap aku. banyak salah aku. qilah suruh aku ada azam. tapi, serius. aku tak ada hati nak ada azam. teruk betul. aku cuma mahu aku bisa hidup lagi, dan lagi dengan tuhan di sisi. moga. entahlah, kalau kira, aku cuma mahu statik. biar famili, teman cuma yang sama. tapi hidup bukan begitu. maka, hiduplah. selama tuhanmu ada. kan?

*tutup buku 2014*

farewell, my beautiful year.

and,
farewell, my seunggi. hahaha.
i am gonna miss you.
eventhough you dont know who am i.
eventhough i just know your name, and hometown, errr and age, and what degree you are doing, hahaha see i do good in stalking people. benda boleh hack kat laman web universiti. hack la sangat. padahal gunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis je. terima kaseh sharidza ajar aku buat benda mengarut macam tu alahai.

sedih lah.
tapi, tak apalah.

selamat malam.
moga cerita apa pun yang jadi dalam hidup kita, bisa bawa senyum tawa. dan kenangan yang indah. ayuh hidup. entah berapa lama lagi tuhan akan bagikan peluang.

and god,
thanks for not letting me go afar, and astray.
i bring no good.
but You loves me more.

happy 2015, people.
may the odds be ever in your favour,
have a blast.

salam alayk.







No comments: