Sunday, April 26, 2015

beyond




go beyond the limit.
JUST GO.

Thursday, April 23, 2015

do fnish strong baby!


 too much works this week.

dengan tiga exams, yang sangat confirm aku merapu-rapu i dont even know apa yang tulis atau tanda oh my god. then, nak siapkan tuto homeworks assignments meeting rasa macam nak lari haha dah la final exam sebulan lebih lagi. rasa macam arghhhhhh. dah la subjek sem ni macam melampau-lampau subjek teras universiti.

petang hari isnin hari tu kelas legal batal tapi dah pergi kelas dan pukul 6 lepas tu ada exam entrepreneur. then aku duduk je dengan sistursss sekalian dalam dewan kuliah yang sejuk tu. mula-mula pegang la buku tapi bila dah lama-lama, sorang demi sorang conquer satu row kerusi haha kerusi kuliah kan kecil-kecil. tapi sebab sisturssss je dalam tu, makanya buatlah sesuka hati. best wooo kami tidoq dalam aircond hahahahaha. lepas tu merapu-rapu jawab exam lepas tu sebab baca pun macam tak jadi apa. rasa macam tak boleh handle dah. hahaha.

yeayyy hari ini dah khamis. fuh. a tough week. tapi, bila lagi kan. haha.







Wednesday, April 15, 2015

suddenly


should focus on entrepreneurship and management right now but this what we call rindu tak semena.
oh tuhan. gimme strength.

big dream requires big effort.







it's okay.
IT IS OKAY.

Tuesday, April 14, 2015

tak nak balik nak balik


escapisme; is actually done by living at the moment.

hari ini dah selasa. cepatnya masa. buka cuti terus exams lagi. banyak sangat benda tak sentuh. contract, entrepreneurship, management and titas. dah la dua exam sekaligus hari sama. esoknya ada lagi. omg. 

tak nak balik, tapi nak balik uum (?) 

tak nak balik sebab siapa je yang takmau duduk rumah bersenang-lenang bermanja bertekak riuh rendah dengan family.

nak balik sebab nak habiskan lagi 3 tahun lebih dengan jayanya. family comes first. aku nak mama papa happy tengok anak2 dia dah berjaya dalam hidup.

it's hard.
but i know i can do this.

aku simpan banyak impian untuk cita-cita aku. walaupun masih tak nampak lagi the true path haha.

so far, lepas habis degree... nak buat chambering 9 bulan. nak jadi lawyer ke tak nak ke, macam rugi je kalau tak buat chambering. alang-alang kan. lepas tu nak sambung syariah law dalam setahun setengah. lepas tu nak sambung masters dalam dua tahun. haha tambah tolak darab bahagi kalau macam tu nampaknya... nanti umur 28 baru habis belajar. 

nampak tak tinggi betul impian? tercapai ke tidak entahlah. tapi sekurang-kurangnya impian kena ada. stay focus. stay strong. stay gold. gituuuuuu haaaa.

hidup kena ada impian.
kan?

walaupun macam tinggi melangit, tapi apa salahnya anggap kita macam burung kecil yang terbang menebar sayap.

haha. ini serius. malam ni kena start study. nanti jadi macam sem 1. carry marks untuk subjek yang aku tak gemar tak adalah tinggi mana. dan B- tarik banyak sangat pointer. walaupun A lebih daripada B. so, jangan ulang kesilapan lalu.

payah betul nak naikkan semangat sendiri kan? fight for your own good pleaseeeeeeeeee.

ayuh!

Sunday, April 5, 2015

i miss you, though.



qilah cakap tak apa. jangan paksa diri. biar je. biar. kalau masih mahu sayang, walaupun orang akan katakan betapa bodohnya engkau, pedulikan. kalau nak sayang, sayang. perasaan kita tak boleh paksa. kalau paksa melupakan, tetap lagi beban pada diri. dah tu? hidup je. biarlah. biar. sebab sampai satu saatnya nanti, masa akan memudarkan segalanya.

akan ada satu saatnya nanti.

* * * * * *

bila kita hidup tanpa orang yang kita sayang, cuma dua pilihan yang diberikan secara natural. sama ada rebah, atau gagah.

rebah adalah apabila kita akan meratap, meroyan, membenci dan kecewa dengan hidup. 
gagah adalah apabila kita tepuk bahu sendiri, dan kata, "tak apa. kuat."

dan memilih untuk gagah adalah pilihan.

hidup dengan baik.
hargai sesiapa lagi yang ada.
belajar.
bersosial.

pendek kata, hidup. dengan baik. cuba. walau ada masa rebah lebih memilih, itu cuma kadang-kadang. bila sudah tidak mampu bertahan. tapi yang aneh, semangat tetap akan pulih, bukan? dan kita akan terus mengesat air mata seperti kebiasaan lalu hidup dengan baik... sekali lagi.

* * * * * *

ada seorang manusia, yang aku pernah bilang pada dia... kalaupun suatu hari nanti tuhan bawakan dia pergi atau jauhkan dia dari hidup aku atau seumpama, dia adalah satu-satunya manusia yang aku tidak akan menyesal bertemu.

takdir itu benar-benar terjadi.

dan benar, dia adalah satu-satunya manusia yang tidak pernah aku menyesal bertemu. anehnya, aku masih tetap hidup dengan segala ajar, nasihat, tegas, lembut, gurau... yang pernah ada. walau segala tulisan sudah aku buang, rupanya yang melekat dalam kepala masih ada dan tidak bisa ditanggalkan. akhirnya, aku perlu terima bahawa kadang-kadang tuhan itu memang mempertemukan untuk dijadikan pengajaran dalam hidup.

entahlah.
terima kasih aku tidak pernah habis.
sekalipun dia tidak pernah tahu.
betapa kenangannya terlalu besar.

* * * * * *

okay, esok kuliah! ayuh semangat.
nak berjaya, kan. harus kekal semangat!

missing you... actually give me strength to show myself that I AM STRONG ENOUGH TO LIVE WELL FOR DAYS TO COME.

:)



Saturday, April 4, 2015

meski mimpi



mimpi adalah satu-satunya tempat, di mana aku boleh kembali hidup di kenangan lalu. entah bagaimana, secebis mimpi mampu membuatkan kita tenggelam dalam hidup yang tidak benar. bila mata kita buka dari pejam, terasa begitu kejam. kenapa harus datang dalam cerita yang paling manis sehingga bila aku sudah sedar, hati seakan menarik aku untuk terus lelap. bilamana mimpi lagi beri kekuatan. dan hanya kerana secebis mimpi, aku bangun dengan mata yang hampir genang. terus aku pujukkan hati, ini cuma mainan. seperti masa-masa sebelumnya. jangan peduli. selalunya kata pada diri cuma tahan sebentar. tiba di pancuran hujan, genang mata sudah pecah. dan luruh dengan pedih. betapa mimpi di pagi hari mampu bawa awan emosi terus mendung kelabu di sepanjang hari. tanpa sabar menunggu malam, aku mahu lelap dengan kosong. bukan dengan mimpi kamu lagi.

sepatah apa pun, tuhan tahu aku lagi gagah.

mungkin mimpi cuma saja-saja mahu mengusik aku. supaya sedar betapa hari-hari aku masih perlu bertabah terus.

sudah malam, aku mahu tidur lagi dengan bukan keberadaan mimpi yang seumpama. jangan muncul lagi.

aku sudah mandiri.
aku bisa sendiri.


Wednesday, April 1, 2015

hello legal, and lawyers!


31 march,


hari ini pergi kompleks mahkamah alor star. ini bawah program alsa uum. pagi lagi dah pergi. masuk-masuk sana, kami bahagia dua kumpulan. kumpulan aku ikut kak afiqah. kami pergi mahkamah majistret dengan sesyen dulu. masa kat mahkamah majistret, kami tengok sebutan kes. kes dadah. sumpah sedih. sebab mak-mak tahanan datang jadi penjamin bagai, anak kena gari depan mata. T_T muka makcik ya tuhan, memang rasa kesian sangat. hancur harapan ibu. sebab dadah. i miss my mama!

sebab sebutan kes kejap je, pastu kami masuk je la kejap situ kejap sini. oh, masa nak pergi mahkamah sesyen police officer bawak kami lalu ikut sel tahanan. huwaaaa, scary ya ampun. psiko betul.

kemudian baru masuk high court. kami tengok prosiding kes bunuh. lama la jugak dalam tu. tadi tengok dpp soal saksi. lepas tu lawyer okt pun ramai. sebab okt ramai. rasa macam semua orang dalam mahkamah tu tak boleh nak percaya sebab tak tahu nak percaya siapa. drama pun ada sikit tadi. memang real lah.

kami pun ada tengok sesi lelongan tadi.

begitulah. tapi aku rasa bosan. hahaha. wani jaszlie cakap, datang sini nak bagi lagi motivate tapi rasa macam semakin tak bermotivasi ja hahahaha. ni spesies tak berminat nak kerja dalam court la ni. tension kot. and yeayyy berjaya bekerja dengan nani jadi biro makanan untuk trip ini. walaupun simple. tapi agak menguji kesabaran lah proses dia. alhamdulillah we did it nani!










balik zuhur. rushing ke wacana undang-undang jenayah: mencari ruang untuk hudud dalam malaysia moden. forum. tapi semua budak law kena pergi. sebab colgis yang anjur. tapi ada je tak pergi. tapi, alang-alang kan... pergi je la. bukan rugi. dapat jugak ilmu gittew. lagipun aku still ingat lagi ummi pondok cakap, malaikat pandang majlis ilmu macam kita pandang langit malam nampak bintang bercahaya. macam itulah majlis ilmu.

dah petang sangat, hujan lebat. basah kuyup naik bas dengan sisters sekalian. basah-basah pun singgah kafe makan lepas habis forum. gigih redah hujan. alhamdulillah hujan. malam, terpaksa siapkan tuto contract sebab nak kena submit and discuss esok. phewwww. dan beginilah hari ini berakhir.

somehow i love living like this.
sebab you dont get time for yourself untuk fikir benda-benda lain yang tak perlu.
sebab you ada alasan untuk lari dari kisah semalam ataupun cerita lalu.
sebab you hidup on the go.

rather than have to do nothing, i completely choose the situation where i have to do everything. even if i am dying to just take a rest and sleep at times.

so, goodnight.
now i have to sleep.
\(~.~)/