Saturday, April 4, 2015

meski mimpi



mimpi adalah satu-satunya tempat, di mana aku boleh kembali hidup di kenangan lalu. entah bagaimana, secebis mimpi mampu membuatkan kita tenggelam dalam hidup yang tidak benar. bila mata kita buka dari pejam, terasa begitu kejam. kenapa harus datang dalam cerita yang paling manis sehingga bila aku sudah sedar, hati seakan menarik aku untuk terus lelap. bilamana mimpi lagi beri kekuatan. dan hanya kerana secebis mimpi, aku bangun dengan mata yang hampir genang. terus aku pujukkan hati, ini cuma mainan. seperti masa-masa sebelumnya. jangan peduli. selalunya kata pada diri cuma tahan sebentar. tiba di pancuran hujan, genang mata sudah pecah. dan luruh dengan pedih. betapa mimpi di pagi hari mampu bawa awan emosi terus mendung kelabu di sepanjang hari. tanpa sabar menunggu malam, aku mahu lelap dengan kosong. bukan dengan mimpi kamu lagi.

sepatah apa pun, tuhan tahu aku lagi gagah.

mungkin mimpi cuma saja-saja mahu mengusik aku. supaya sedar betapa hari-hari aku masih perlu bertabah terus.

sudah malam, aku mahu tidur lagi dengan bukan keberadaan mimpi yang seumpama. jangan muncul lagi.

aku sudah mandiri.
aku bisa sendiri.


No comments: