Sunday, April 5, 2015

i miss you, though.



qilah cakap tak apa. jangan paksa diri. biar je. biar. kalau masih mahu sayang, walaupun orang akan katakan betapa bodohnya engkau, pedulikan. kalau nak sayang, sayang. perasaan kita tak boleh paksa. kalau paksa melupakan, tetap lagi beban pada diri. dah tu? hidup je. biarlah. biar. sebab sampai satu saatnya nanti, masa akan memudarkan segalanya.

akan ada satu saatnya nanti.

* * * * * *

bila kita hidup tanpa orang yang kita sayang, cuma dua pilihan yang diberikan secara natural. sama ada rebah, atau gagah.

rebah adalah apabila kita akan meratap, meroyan, membenci dan kecewa dengan hidup. 
gagah adalah apabila kita tepuk bahu sendiri, dan kata, "tak apa. kuat."

dan memilih untuk gagah adalah pilihan.

hidup dengan baik.
hargai sesiapa lagi yang ada.
belajar.
bersosial.

pendek kata, hidup. dengan baik. cuba. walau ada masa rebah lebih memilih, itu cuma kadang-kadang. bila sudah tidak mampu bertahan. tapi yang aneh, semangat tetap akan pulih, bukan? dan kita akan terus mengesat air mata seperti kebiasaan lalu hidup dengan baik... sekali lagi.

* * * * * *

ada seorang manusia, yang aku pernah bilang pada dia... kalaupun suatu hari nanti tuhan bawakan dia pergi atau jauhkan dia dari hidup aku atau seumpama, dia adalah satu-satunya manusia yang aku tidak akan menyesal bertemu.

takdir itu benar-benar terjadi.

dan benar, dia adalah satu-satunya manusia yang tidak pernah aku menyesal bertemu. anehnya, aku masih tetap hidup dengan segala ajar, nasihat, tegas, lembut, gurau... yang pernah ada. walau segala tulisan sudah aku buang, rupanya yang melekat dalam kepala masih ada dan tidak bisa ditanggalkan. akhirnya, aku perlu terima bahawa kadang-kadang tuhan itu memang mempertemukan untuk dijadikan pengajaran dalam hidup.

entahlah.
terima kasih aku tidak pernah habis.
sekalipun dia tidak pernah tahu.
betapa kenangannya terlalu besar.

* * * * * *

okay, esok kuliah! ayuh semangat.
nak berjaya, kan. harus kekal semangat!

missing you... actually give me strength to show myself that I AM STRONG ENOUGH TO LIVE WELL FOR DAYS TO COME.

:)



No comments: