aku benar mahu mulakan hidup yang betul-betul baru. aku serius mahu tidak peduli pada perkara yang langsung tidak penting dan pada yang separa penting cuma sekadar perlu.
aku benar mahu melupakan manusia yang tidak aku mahu ataupun tidak mahu aku. aku serius tidak mahu peduli. seperti baru sedar, kenapa aku mahu terus memikir apa yang jauh sedangkan yang di depan mata aku lupa mahu hargai?
aku tak ada masa untuk manusia yang aku tidak suka atau tidak suka aku kerana aku seharusnya sibuk dengan yang ada, sedang menerima aku apa adanya.
aku benar mahu melupakan.
aku serius, tidak pernah lebih serius daripada ini.
kali ini aku benar-benar redha, dan tekad. jujur, benar-benar.
dan rupanya, bahagia itu memang depan mata. cuma tidak perasan. sebab terlalu mengulit tawar jiwa.
pulang ke sini;
jiwa aku makin lama makin dicium manis.
aku punya keluarga, sahabat, cikgu dan juniors. haha. cikgu dan juniors itu wajib kalau cuti sem. tak tahulah. aku sedar aku bukan budak pandai yang boleh harumkan nama sekolah ataupun buat cikgu bangga. sambung belajar pun biasa-biasa. tak ada apa. langsung.
cuma bila cikgu minta datang sekolah buat program, ini sahaja cara yang aku mampu balas jasa cikgu. yang betapa sayangnya aku pada sekolah ini. ini sahaja. tak mampu contribute apa. cuma sejak lepas spm, kalau cikgu minta datang, haaaaa, datang. alang-alang boleh meriuh dengan kawan-kawan lama. entah. tak tahu lah sampai bila baru boleh move on dari sekolah. i guess i cant. sebab... tak boleh. aku membesar kat sini kot. aku jadi manusia kat sini. :')
minggu lepas seminggu jugaklah ulang-alik dan tidur kat sekolah. sebab baru balik rasa macam malas. tapi ye lah. rasa je lah. dirayu-rayu kamil, haaa ye lah. aku join haha segan lah konon kawan batch aku macam tak ada mana. haha sekaaaaaaali, rapat bukan main lol. entahlah, ada satu perasaan that i am glad that i can be here once again.
so far sepanjang program-program kat sekolah, yang reorientasi ni lah yang ukhuwwah dia macam gila sikit. hahaha. kami langsung tak boleh move on.
lepas habis kem kat sekolah hari tu, ramai-ramai pergi pantai. raikan gittew. dua tiga hari lepas tu, boleh pulak hiking dan picnic! sebab rindu. kejadah apaaa buat perangai tak boleh move on macam ni hahahaha bencilah. lima tahun kot sama-sama membesar dulu. empat tahun dah tinggal sekolah. tapi masih rasa macam semalam kita masih pakai seragam haha k dah malas nak mengenang memori.
sebab diorang lah aku baru perasan, sebenarnya apa yang ada dalam hidup dah cukup. tuhan dah beri macam-macam. kenapa macam bodoh sangat tutup mata lepas tu gaya macam kau tak ada apa pun bahagia?
tuhan T_T
memang manusia tak ada segalanya. sebab ini dunia. tapi rasanya perca-perca sebahagian pun sudah cukup untuk buat kita rasa cukup, bukan?
tuhan, selama ini aku fikir apa? T__T
aku benar serius mahu sibuk dan peduli pada yang di depan mata.aku tidak mahu jadi manusia bodoh lagi. kalau aku perlu lari atau pergi untuk melupakan, aku akan. kalau aku perlu halang orang yang aku tidak mahu ada dalam hidup, aku akan. aku tidak mahu kejam pada hidup sendiri. aku sudah serik. dalam hidup, cuma kita yang tahu baik apa yang harus kekal. kadang, itu yang terbaik. peduli sama yang dikatanya orang. hidup kita, sama ada bahagia atau derita kita. cuma kita yang rasa.
lalu, pilihannya harus di tangan siapa?
:)
ps; kamil nick zera akkir anih zamel zameer ijat sapik radhi ciksue ila mida thirah fila biha mekwa nicak alia anni fana
(and kalau ada yang lupa haha okay otak aku memang macam ni k huhu)
terima kasih;
bukan hujan bulan januari
matahari henti tumbuh separuh.