kalau orang boleh pergi dari hidup aku, kenapa aku tak boleh pergi dari hidup orang?
aku tak tahu perasaan apa seperti ini.
"andai ini hanya mimpi.. tinggalkan ku begini. biar ku terus lena."
perasaan yang menyeramkan;
sudah bolong kosong tak ada apa.
aku rasa kalau ditarik keluar hati dari badan, rasanya tetap begini. sama sahaja.
aku tawar hati.
aku sangat berperangai attach dengan orang-orang yang aku sayang. i thought they would do the same. i thought apa yang aku fikir, mereka juga sama.
i thought kalau kita sayang orang...
:')
aku dah hancur. hati aku dah lama hancur. dah tiga tahun hati aku hancur. tak pernah sembuh. sejak hati aku hancur, aku kutip dan lekatkan balik, mungkin stitches yang aku buat melekatkan picisan tunggang terbalik. jadi hati seperti biasa, tapi yang sudah sewel.
sampai hari ini aku hidup dengan hati yang hancur. yang paranoid. yang tawar. yang berbelah bahagi.
aku tak salahkan kau langsung. aku pun tak perlukan kau untuk betulkan balik semua. bagi aku kau dah mati. aku langsung tak peduli.
kau tak rasa bersalah langsung ke buat aku jadi macam ni? kau tak fikir ke selama ni aku hidup macam apa? kau ingat dengan menangis dua tiga kali semua okay? kau ingat aku ni manusia macam apa?
i, once, an extrovert.
that was naturally me.
positive. eventhough it was fake sometime.
now i am slowly turning into an introvert.
i kept all by myself.
negative. fully negative.
sebab aku malas nak peduli, aku biar. lama-lama, biar itu jadi serasi. aku dah jarang bercerita. aku pendam. aku simpan. lama-lama, semua jadi biasa.
dan baru aku perasan, dah terlambat.
semua dah berubah.
aku benci.
tapi aku suka.
aku tak ada siapa.
aku memang tak ada siapa.
aku senang begini.
bodoh, aku tipu.
tapi benar aku sudah kalis.
dan aku tak kisah.
sebab aku tahu, dan sedar..
segalanya sementara.
No comments:
Post a Comment