Monday, June 28, 2010

SYANA


Yuhuuuu. Hurmmmmm. Hari ini kembali bersekolah. Waa~ Haha. Masa Geo, Sn.. Cikgu tak ada. Maka aku, mula-mula borak kejap. Lepas tu, zupp! Tersedar. Daripada buang masa lebih baik menghafal sarwah. Okay, maka aku pergi dekat meja belakang.. Menghafal seorang diri. Baru syok.. Kah. Kah. Kah.

Masa BM best ouwwww. Sebab? Hari ini karangan. Maka, buat pembetulan. Bahagian B punya. Okay, cikgu tanya siapa dapat 19/20. Cikgu pun ambil kertas aku dengan Faezadti. Cikgu pun baca. Pendahuluan saja. Ngeh3. Lepas tu, cikgu suruh budak-budak ni buat pendahuluan kat papan putih. Bila Jieja siap tulis.. Cikgu pun tengok aku.. Siap tanya lagi Jieja.. 'ni ayat awak ke Sya?'.. Haha. Jieja sengih. Aku pun. Jieja pun cakap.. 'gabungan. Ayat SYANA'. Wakaka. Gelak. :P

Rehat. Masa BA. Wuu. Wuu. Seronok deh! Baiki ayat yang tak dapat markah penuh masa exam. Maka, Sya Izz... silalah ingat dalam otak ya, apa yang ustazah sebut dan ajar. Masa SJ, lagi best! Smart cikgu Hassan hari ini. Haha. Biasa bro. Ngeh3.

Okay, kami belajar bab 7 ~ Yeayyy! Bab terakhir. Bab nak bersatu dengan Singapura, Sabah, Sarawak, Brunei. Cikgu siap bagi contoh yang menarik. Budak-budak ini tak habis gelak, macam selalu. Sebab, ada ayah uzair, mama amni, mama faezadti, abang sharize, adik akkir, mama fasiha, mama sya izz. Kah3. 

Izzat siap nak tersembur bila cikgu umpakan amni cakap kat uzair 'abang ujir, kenapa tak ajak amirah tinggal dengan kita?' umpama nya.. Uzair tu Malaysia. Amirah tu Indonesia. Amni tu rakyat Tanah Melayu. Wakaka. Gelak sakan tadi. Tapi, cikgu dah pesan tau.. Fahamkan dengan situasi sejarah. Bukan dengan cerita yang cikgu buat. Haha. 

Lepas solat, cikgu mesyuarat. Maka, aku jadi rajin. Siapkan BM. Buat BI. Wuu. Wuu. Tak boleh lengah. Tak boleh siakan. Tak boleh, tak boleh, tak boleh. Nanti masa tinggal kita. Tak nak. Nak seiring. Maka, jangan berhenti....




Ps : Tadi masa Syirah lalu dengan sekuntum ros merah... Semua senyap. Mata tertumpu kat dia.. Haha. Tiba-tiba cikgu Hassan pun nyanyi. 'Sekuntum mawar merah.. sebuah puisi..' Haha. Budak-budak macam tak percaya aje. Waw, romantik.. Hehe


Sunday, June 27, 2010

Makan. Makan. Makan.


Yuhuuu. Hari ini tuisyen BA. Pagi pukul 8.30 pagi sampai 11.40. Eheee. Izzat, Irsyad, Azzim, Akkir, Danny. Jihah, Sya Izz. Oh yaa. Bilah pun ada! Tapi, datang masa kedua. Hehe. Belajar punya belajar. Wuu. Wuu. Dekat pukul 10, Cikgu Nordin ketuk pintu. Cakap, boleh pergi makan. Jamuan ringkas. Hehe. Kelas kami je yang ada waktu tu. 

Waww. Berseri-seri mata semua orang. Kah3. Bila berhenti, terus pergi serbu kat bilik sebelah. Yeayyy! Makan. Makan. Makan. Gurau. Gurau. Borak. Borak. Ada dekat setengah jam. Ustazah makan bilik lain. Sebab ustazah cakap takut kitorang malu kalau ustazah ada. Haha. Memang..

Lepas ustazah pergi, terus bising! Macam budak-budak. Entah kenapa, aku tergerak hati pagi tu nak bawa kamera. Tengok kamera atas katil. Hurmm, terus tangan capai masuk dalam beg. Haha. Rupa-rupanya ada event. Haha. 

Sedap aje Cikgu Dina masak mee goreng. Budak-budak siap tambah lagi. Bergambar. Haha. Rocks dongs! Pasangan Cg Nordin dengan Cg Dina memang sweet. Suka meraikan. Dah laa baik. Hak3. Ikhlas daripada hati ni.

Hehe. Bergelak sakan juga. Tapi, sambung belajar balik lepas tu. Best belajar BA hari ini! Hukum Isim dengan Hukum fe'el. Waa. Waaa. Danny laa yang asyik tanya itu ini. Sampai pening kitorang. Haha. Jihah siap gurau lagi 'Danny, mu gi balik nu'. Hahaha. 

Bila balik, duduk dekat meja. Lama.... Sampai tinggal aku, Izzat dengan Azzim je. Yang bestnya, cerita pasal hantu. Macam-macam. Mula-mula budak tu cerita pasal Shuffle. Okay, aku termangu-mangu. Haha. Entah macam mana masuk cerita seram pula. Izzat cerita pasal maahad dia laa. Jumpa itu ini. Pengalaman. Aku yang dengar, asyik mencelah. Best cerita. Ngeh3. Okay, ayah aku dah datang.

Aku pun blah. Rupanya, papa pergi rumah Teacher Rosliza kejap. Pasal assignment bagai. Hurmmm. Aku boring. Dekat je kan dengan rumah Cg Nordin. Uhuu, jalan kaki. Masuk ikut pintu belakang. Budak dua orang tu tak balik lagi. Sambung cerita. Haha. Azzim balik. Then, Izzat balik. Aku pun blah juga.. Pergi rumah teacher.

Bila nak balik. Siap cakap kat teacher 'teacher, besar doh anak teacher'. Haha. Kalau nak tahu, masa aku sekolah rendah dulu-dulu.. Aku laa yang suka main dengan budak Is ni. Teman tengok cerita Otromen lagi. Wakaka. Teacher pun masih ingat.































Okay lah! Chaw dulu. Masih ada kerja BA dan Math. Omaigod! Rajin. Rajin. Rajin. Muaahhh! Sayang hari ini. Sayang kalian. Haha.