Monday, May 9, 2011

Asyik tido aje.





Hancuusss. Hancur betol SI hari ini. Haha. Memang gile. Entah-ape-laa yang aku jawab SI tadi. Mata pulak mengantuk. Yang SI i boleh tahan lagi. Yang SI ii itu, nak habiskan dua jam setengah macam setahun rasanya. Hehe, kejap kejap tido. Kejap kejap tido. Kalau nak kasi mata terbukak tu ala ala kena berjuang habis-habisan dulu. Aiyoooo.

Faeza cakap, 'Iqa tido sokmo tadi. Relaks nya.'


Yang si Cyfaa pulak ,'Aku lalu-lalu kelas mu, tido sokmo.'


Erkk. Erkk. Dah aku rasa nak tido, aku tido laaa. Huuu. Yang jawab BIO je tak tido. Ahaaaks. Dah laa tak sempat makan hari ini! Waaa, aku rasa sekelas girls semua tak makan. Bayangkan, sudah exam SI i pukul 9.20 pg. Nanti 9.35 pg sampai 12.10 t/hari sambung exam SI ii. Pukul 12.15 sampai 1.30 exam Bio. Memang haruuuu. Bila dah balik sekolah, terus pergi melantak dengan Jihah, Hani dan Thirah.


Lepas itu, kami sambung study sejarah dengan Thirah kat Bilik Dadah. Tempat biasa laa kan. Ehemm. Bila Thirah dah balik, kami study BM aje. Alih-alih, si budak yang tak cukup ubat itu datang XD. Kita pun borak-borak lepak lepak macam takde kerja. Kenapa? Sebab, esok exam BM sahaja. Hahaha. (punya laa suke). Dah rasa macam alumni 2Rushd je tadi. Huuu, sebak sebak. Jihah dan Hani sekarang kelas Q. Aku dengan dia R. Tapi, waktu form 2 dulu lagi rock kan. Macam best sangat-sangat. Dan, sangat banyak kami gelak hari ini. Haihhh. Orang kata, kalau gelak banyak banyak tak elok. Nanti, mesti ada sesi sedih sedih pulak. Entah. Cuma, aku happy dengan diorang. After all, kami pernah sekelas dua tahun lepas. Sangat cool!


Kan dah cakap minggu exam tu best. Bahagianya tak payah buat kerja sekolah. Haha. Bahagiaaaa walaupun terpaksa berhempas pulas dengan buku-buku yang maha banyak dan kepala jadi pening fikir-fikir mahu tulis jawapan apa. Pelik jugak dengan budak itu, kami persoalkan kenapa tibe-tibe jadi aneh macam tak cukup ubat? Aku cakap, mungkin terlebih makan ubat yang warna putih, oren dan bla bla bla kat dalam meja dia tu. Dia gelak aje.

Rasanya, aku dapat sesuatu hari ini. Thanks SA. Dalam sedar tak sedar kami berempat bercakap tadi, tetiba ada yang menusuk kalbu. Kah kah kah. :)


* * * * * *

Tengok, time exam ini laa jadi gile nak update belog. Huhu. 

Sunday, May 8, 2011

heart-to-heart


Erm. Hari ini sudah start exam. Super duper cool. Petang semalam balik dalam pukul enam petang, study dengan Ada, Cyfaa, Hani. Haha. Sekarang, memang dah biasa balik lewat. Study. Buat amanahworks. Lepak. Bilik Dadah tu dah macam bilik sendiri aje. Petang-petang mesti study kat sana. Huuu.

Sangat berterima kasih kat Ada yang ku sayangi. Ajar saya BA kelmarin. Mujur belajar dengan Ada. Kalau tak, tak tahu laa nak jawab apa. :) Dan, pagi tadi rasanya perhimpunan Ahad yang paling menggilekan. Haha. Kami sepatutnya tak perlu pergi beratur sebab nak exam pukul 8 ni. Tetibe, ada pengumuman cakap budak f4 dan f5 supaya turun ke tapak perhimpunan. Ahaaaaks. Memang setiap orang pegang buku, kertas. Beratur pun dah tak betul. Berbincang. Asyik dengan buku. Memang kesian laa kakak-kakak pengawas dengan gelagat kami se form 4 yang macam erk erk erk sebab asyik dengan buku. Btw, aku boleh jamin laa.. takde yang betul-betul khusyuk dengar cikgu cakap apa kat depan. Huuuu T_____T

Akhirnya, pukul sembilan pagi start. Habes dalam pukul 11 setengah. Lepas tu dah takde exam dah. Yeahhh. Pergi makan-makan. Lepak-lepak. Study bio dengan Ipa. Memang haru laa. Boleh pulak kami buat cerita yang berkaitan dengan kami pasal mitosis meosis bla bla bla. Hmmm. Sempat kena kacau dengan AA dan RI. Gile laa korang, dah pandai kacau sekarang ye? Huuu. Diorang letakkan botol air aku kat tempat paling tinggi. Buli. Sampai aku buang semua air dalam botol, alergik! Euw. XD

Memang riuh laa kelas. Kelas aku je laa. Yang kelas S kat depan, dah blah ke library kot. Yang kelas T kat belakang, sesetengah dah lesap. Kelas aku? Entah macam mana si Sapik itu boleh jadi macam orang tak makan ubat hari ini. Haha. Masa dia angkut beg nak keluar tu, sempat lagi nyanyi 'mari kawan-kawan.. kita dengar cerita..' (ala ala lagu nasyid Aura-Kisah Nabi Yunus). Dia, Nick dan Ime. Very bising sungguh. Main conteng-conteng. Sampai aku tanya dekat Nick, kenapa dengan kawan dia itu? Haha, Nick cakap dia rindu Nick kot. Lama tak jumpa kan.

Oh, lupa nak cakap. Very big tahniah untuk Nick, Fify, Famy, Zim, dan team Soutul Ittifaq sebab menang johan festival nasyid Terengganu. Lepas ni, wakil negeri Terengganu ke kebangsaan. Memang Ummi Pengetua pun asyik tahniaaaah kat diorang. Huuuu, superb kawan-kawan aku. Hahaha.

Petang ini, sekali lagi melepak kat Bilik Dadah. Cool. Belajar Bio dengan SI. Wargh, malas belajar SI. Pening. Ahaaaaaaks. PSI = Princess Sya Izz. Itu yang aku cakap kat kawan-kawan aku. Makanya, mesti buat yang terbaik sebab nama aku laa tu konon-konon. Heeee.

Dan, Selamat Hari Ibu untuk Mama. Iqa sayang Mama. Iqa tahu Iqa banyak sangat buat salah dengan Mama. Tapi, Iqa bertuah sangat sebab ada mama yang baik macam Mama. Mama, lebiu so much! Mmuaaahhhhh :*

pssst : Mg buat aku senyummm hari-hari. *gedik*