Friday, August 19, 2011
Hikayat
Lama dah tak beli kesayangan-kesayangan hati. Kali terakhir, Contengan Jalanan & The Book of Tomorrow. Itu pun beberapa bulan yang lepas. Rindunya, rindunya nak menenggelamkan diri ke dalam hikayat-hikayat itu.
Selalu je mengecheck laman web Jemari Seni. Tengok-tengok 'hikayat baru'.
Oh, saya nak buku-buku yang dibawah. Cik Syieqa, jom laa pusing-pusing Jerteh. =_="
hai orang di sana, lama tak dengar khabar berita? XD Cepat laa balik, cepat laa balik. Jangan lupa bawak balik hikayat di bawah ye. Tak sabar dah nak baca ni. T_T
PS: Hari ni rasa nak buat entry rindu-rinduan sahaja.
PS II: Nak baca buku For One More Day jugak... -_-'
Rintisan Rindu
Tetiba, rasa rindu sangat dekat kawan-kawan sekolah rendah. Lama tak pergi sekolah tu, rindunya rindunya rindunya! Ye laa, enam tahun bukan suatu masa yang sekejap. Walaupun, dalam jangka masa enam tahun itu semua masih kecik-kecik, mentah-mentah belaka. Tapi, zaman itu laa yang paling menyenangkan. Tak perlu fikir masalah, hanya nikmati je hidup sebagai budak-budak. Alahai.
Walaupun masa tu masing-masing belum ada telefon bimbit nak 'bergayut' atau main sms... tetap aje rasa erat dengan diorang. Haha, lama dah tak bergayut guna telefon rumah. Dulu, selalu je buat macam tu dengan kawan-kawan lama. :)
Mungkin dulu, hati masih suci kot. Budak kecik, apa laa yang tahu. Rindunya, rindu sangat-sangat. Terutama tahun 2007. Kelas petang dan malam hampir setiap hari.
Aku ingat lagi, waktu tu kelas sains. Semestinya di makmal. Tika waktu rehat, ramai-ramai rehat kat dataran perhimpunan. Macam-macam buat. Borak-borak, main-main, kejar-kejar. Geng aku? Okey, pegang tangan buat bulatan... sambil jerit-jerit panggil kawan-kawan lain ikut sama. Lepas dah pegang erat-erat, kami berpusing sambil mendongak ke atas. Kami tengok bintang sambil-sambil cari buruj. Kalau jumpa buruj masa kelas malam, memang riuh laa! Masing-masing nak menatap ciptaan-Nya yang indah. SubhanAllah :D
Kami gelak sama-sama. Pening, lepas main pusing-pusing. Agaknya, waktu kelas malam kitorang kerap mentadabbur alam. Suka tengok langit, langit cantik dengan hiasan bintang.
Rindu dengan senyuman mereka. Nak jumpa mereka. Lama tak jumpa. :'(

Kali terakhir jumpa mereka ramai-ramai, bila reunion tahun 2008.
PS: Sekolah menengah pun best jugak. Tapi, terlalu banyak cabaran.. dugaan. Permainan hidup terlalu berselirat, sampai kadang-kadang susah nak diuraikan balik. Penat :'(
Subscribe to:
Posts (Atom)




