Thursday, November 12, 2015

hujan dan air mata


kalau mampu dikirimkan pada awan
tentang rindu yang masih belum serik
langit pasti menangis lagi
akan di sana hujan
dan di sini air mata


.

.

.


aku sudah lama kuat. sudah lama. benar kata-kata itu satu doa. bila tiap-tiap masa aku dipanggil, kuat/kekuatan... doa-doa sekeliling mungkin meresapi jiwa.

aneh, bukan?

aku yang hari ini bukan yang semalam. aku yang asyik lebur dengan air mata, tapi sekarang asyik tanyakan pada diri, apa yang harus aku lakukan untuk meleburkan air mata turun?

aneh.

bagaimana kita, yang hari ini jauh berbeza dari semalam.
bagaimana kita, yang seakan mahu mati semalam akhirnya masih lagi hidup dengan sisa yang tinggal.
bagaimana kita, yang sehancur-hancur ini bangun lagi melekatkan kepingan-kepingan biarpun retak.
bagaimana kita, yang seperti gamat dalam air berubah menjadi kering dan keras setelah di bawa ke darat.

bagaimana kita, yang merasa tidak mampu hidup...
sebenarnya masih hidup dengan baik?

tahu kenapa?
tahu.




Friday, November 6, 2015

dr seeni saya


khamis kelmarin midterm untuk subjek tort. penghabisan kiranya. malam sebelumnya, ada meeting dengan geng shem. hahaha alih-alih jadi kelas bahasa mandarin. diorang bersungguh duk ajar nak pronounce. kah. wo bu congmin. dui buqi pengyou!

balik meeting penat. macam orang gila duk paksa diri celik sebab nak hafal. alih-alih tertidur. pagi ada kelas criminal. separuh budak-budak ni tak datang sebab pukul 1 nanti nak exam. hahaha melampau. aku dengan wani sesaat sekali menguap.

masa jawab tort, insecure sungguh sebab ramai yang minta kertas lebih dengan dr seeni. perasaan dia macam, alahai korang tulis apa?

lepas bagi kertas kat dr,
 "dr. i feel insecure."

"why why?"

 "most of my friends ask for additional papers. i dont have even one."

"eh it's okay. okayy. dont worry. it's not about pages. it's about the content. dont worry haa."

 "okay dr ^^"

cerita balik kat budak-budak ni dalam lenggok nada dia, gelak. dr seeni baik. he's from sri langka. sebab dia baik kami suka usik-usik dia. haha. dulu, dia cakap dia nak suruh student master dia yang ajar kelaa tuto kami. it was supposed to be like that. lepas tu, masa tuto pertama, student master dia tak dapat datang. dia ganti la untuk hari tu. tengah-tengah tuto, boleh pulak kami bodek dr nak suruh dr sendiri yang ajar.

haha aku ingat lagi,"but dr we dont want anyone else. we want you to teach..." haaa dia cakap dia nak fikir. terus kelas tutorial seterusnya, memang dia yang ajar! auwww.

kitorang ni, kalau ikutkan hati nak balik untuk cuti midsem, memang jeling je notes tort. tapi sebab fikir dr seeni, kesian dia susah payah ajar kami baik-baik, haaaaa itu yang macam orang gila duk trespass to person lah to land lah.

yeayyyy. happy holidays!
i miss you bumi terengganu.
dah takmau duk hutan. dah rindu pantai.