khamis kelmarin midterm untuk subjek tort. penghabisan kiranya. malam sebelumnya, ada meeting dengan geng shem. hahaha alih-alih jadi kelas bahasa mandarin. diorang bersungguh duk ajar nak pronounce. kah. wo bu congmin. dui buqi pengyou!
balik meeting penat. macam orang gila duk paksa diri celik sebab nak hafal. alih-alih tertidur. pagi ada kelas criminal. separuh budak-budak ni tak datang sebab pukul 1 nanti nak exam. hahaha melampau. aku dengan wani sesaat sekali menguap.
masa jawab tort, insecure sungguh sebab ramai yang minta kertas lebih dengan dr seeni. perasaan dia macam, alahai korang tulis apa?
lepas bagi kertas kat dr,
"dr. i feel insecure."
"why why?"
"most of my friends ask for additional papers. i dont have even one."
"eh it's okay. okayy. dont worry. it's not about pages. it's about the content. dont worry haa."
"okay dr ^^"
cerita balik kat budak-budak ni dalam lenggok nada dia, gelak. dr seeni baik. he's from sri langka. sebab dia baik kami suka usik-usik dia. haha. dulu, dia cakap dia nak suruh student master dia yang ajar kelaa tuto kami. it was supposed to be like that. lepas tu, masa tuto pertama, student master dia tak dapat datang. dia ganti la untuk hari tu. tengah-tengah tuto, boleh pulak kami bodek dr nak suruh dr sendiri yang ajar.
haha aku ingat lagi,"but dr we dont want anyone else. we want you to teach..." haaa dia cakap dia nak fikir. terus kelas tutorial seterusnya, memang dia yang ajar! auwww.
kitorang ni, kalau ikutkan hati nak balik untuk cuti midsem, memang jeling je notes tort. tapi sebab fikir dr seeni, kesian dia susah payah ajar kami baik-baik, haaaaa itu yang macam orang gila duk trespass to person lah to land lah.
yeayyyy. happy holidays!
i miss you bumi terengganu.
dah takmau duk hutan. dah rindu pantai.
No comments:
Post a Comment