tadi ada charity cinema yang chong buat. lepas makan kat kafe, pergi balik kat cenderawasih. saja. escapism. tengok cinema tu sorang-sorang. chong pasang mission impossible dengan corp apa entah. mission dah tengok tapi layan perasaan, tengok je la balik. yang corp tu best juga tapi macam gelak sorang-sorang la walaupun scene tak kelakar mana sebab pressure sangat jiwa. down tahap kerak bumi.
i dont know. i just cant live. i live but i dont feel like living.
corp ni cakap, "we live as we dream... alone." nak nangis dah. lepas tu ada,"some people think that they are getting stronger by holding on. in reality, the only power we have is letting go." okay sebak sorang-sorang.
habis cinema dalam pukul 1. lepak je kat situ sambil tengok budak-budak ni kemas dewan. chua, chong, shem apa semua. lepas tu lepak dengan chong kat bilik jkps. eon ada open day sekarang ni. cerita dia memang meriah la kan kawasan kolej sampai 2 pagi.
chong ni macam franky. antara senior yang aku respect. tak senior mana la kan kalau macam kawan macam famili dah kat kolej ni. #eonterbaik
aku down sampai tahap tak mampu nak luah dah. tapi lepas sembang dengan chong, semangat naik balik. betul la kot, maybe kita perlu orang yang kita tahu akan dengar untuk cuma dengar dan lepak tentang itu ini.
banyak yang chong kongsi dengan aku. banyak cerita. banyak pengalaman hidup. tentang program apa semua untuk sslem depan. tentang manusia. tentang buat baik. tentang marah bertempat. tentang kawan. tentang pendirian. tentang hitam putih.
manusia- tak rugi pun you buat baik dengan orang. walaupun you penat at least you happy. mungkin hari ni you tolong orang mungkin esok orang tolong you. orang buat jahat biarkan saja. itu nanti dia dapat balasan sendiri.
pendirian- you kena ada pendirian. kalau you rasa you betul, tak payah peduli orang. cari orang yang you betul-betul percaya.
marah- kalau you nak tegur orang, jangan depan ramai. itu you jatuhkan maruah dia. you tegur sebab you tak mahu dia buat silap. macam i, kalau bukan kawan i biarkan sukahati you lah. tapi kalau you kawan i, i takkan biarkan.
"kiranya kalau i buat salah you tak tegur maknanya you tak sayang lah"
"haaa macam itulah. sebab sayang lah tegur."
hitam putih- i dulu pun macam you. i fikir dunia ini cuma baik dan putih. tapi, tak. you akan rasa dan belajar sikit demi sikit. i pernah pergi kem. ada words, universiti la tempat you buat kesalahan dan belajar. kalau dah kerja, salah kena pecat. buat apa you mereput dalam bilik. kalau macam tu apa beza you duduk uni dengan rumah maa.
banyak lagi. banyak.
sampai aku rasa nak menangis sebab susahnya nak gain balik semangat tu.
tapi kalau dah sejam lebih duk berkaunseling memang haaaaaa. xiexie wo de abang chong haha.
:')
No comments:
Post a Comment