Monday, November 16, 2015

sudah pergi


seperti baru sahaja
aku punya semalam;

yang manis
yang damai
yang hidup
yang ada

seperti lama sahaja
aku punya sekarang;

yang hancur
yang retak
yang hilang
yang tiada

apa benar semalam tidak boleh menjadi yang sekarang?

apa benar yang manis, cuma untuk yang telah pergi?

apa benar yang retak, tidak akan lagi berganjak?


No comments: