Monday, January 30, 2017

24/7 365


aku selalu fikir, kenapa aku jadi macam ni? kenapa aku asyik melepek depan tv. suka main phone or should it specifically said as ws sebab dah lama takde semua laman sosial. 

(hey takde laman sosial is good for me. i am not attach to my phone at all. pernah lah jugak tiga hari tak pegang phone sebab malas nak charge. biar je mati haha. yang si cila pulak duk condemn aku cakap mesti aku tak tahu berita semasa sebab taknak active kan balik semua tu walaupun dia asyik pujuk aku. heyyy, aku baca news dekat google okay. bersepah. bbc cnn thestar freemalaysiatoday allkpop pun boleh hahah) 

lepas tu aku fikir jugak, kenapa semua orang lebih hidup dekat dunia maya daripada hidup dekat dunia realiti? kita cakap kita rindu kawan tapi bila jumpa duk sibuk balas ws orang. kita tanya kenapa tak riuh petang-petang di halaman sedangkan kita nak keluar rumah pun malas. kita fikir kenapa ada orang boleh kenal jiran sampai sekampung tapi kita sebelah rumah pun tak tahu nama, tapi bila mak bapak mengajak pergi makan-makan rumah jiran kita tak nak bergerak sebab lagi mahu tengok movie?

ironi kan.

tak, sebenarnya aku nak cakap aku pergi makan kek rumah jiran aku. sedap. saja makan-makan katanya saja sambut birthday yang mana ada. lepas itu aku tak balik rumah teus. aku pergi rumah jiran aku sorang lagi, tahu buat apa? main tangkap kupu-kupu dan snakeboard dengan anak-anak jiran aku. haha it was really fun. walaupun aku je yang macam terlebih umur, who cares haha. sempat la jugak pinjam basikal jiran yang lagi sorang buat pusing kawasan. the wind makes me feel so alive yet the sunset is dancing with me along the road.

all of those stuffs that wandering around my mind make me realize that, i can make things change only by changing myself first. it is the obligation. 

i am giving myself another chance. because i want to live my life well, with no regrets. i am so sick of being the one whom actually doesnt suit me. i dont want to live in that pathetic masquerade any longer. i dont need any masquerade. i am done with it.

#feeling like watching the odd life of timothy green so i can appreciate life more. and the internship, so i can keep tighten that little ass whenever i stumble and fall.


Thursday, January 19, 2017

amaan


sedang merindui zaman di sekolah. entahlah. sejenis rindu untuk suka nak belajar sebab ada kawan-kawan yang sama-sama. sejenis rindu environment dalam kelas. bukan kelas macam di universiti. tapi kelas yang statik macam di sekolah.

hailaaa.

rindu dekat nazifa. lama betul tak jumpa dia. bertahun dah rasanya. susah betul nak jumpa. cuti tak samalah. aku ni kalau tahu rumah dia, memang aku pergi cari macam aku buat dekat cena. kenapa laa aku ada kawan-kawan yang jenis bertapa dalam gua.

rindu kawan-kawan sekolah.
rindu cikgu-cikgu sekolah.
rindu environment sebegitu.
rindu nak dengar asmaulhusna.
rindu nak kena bawak quran setiap hari. (walaupun time aku sampai ke kelas biasanya dah habis dah semua tu ahaha)

ahhh rindu dekat ipa. rindu dekat cena. zaman menengah atas memang diorang je la yang duk sepak terajang suruh bangun bila cikgu mengajar dalam kelas. haha masa tingkatan 5 paling over manja. dengan cena la manja. dengan ipa macam tempat bertekak lepastu pergi beli eskrem lepastu pusing sekolah sama-sama macam takde kerja kat kelas. alahai perangai.

ipa tu walaupun dia macam tak tunjuk kasih sayang dia hahahahaha tapi aku ingat lagi masa balik kelas malam, kawan aku nak cakap dengan aku. adalah pasal nak bagi nasihat sikit. lepastu ipa tunggu je aku, tak nak balik asrama lagi sebab dia takut aku kena marah. ahhhh. sejenis fragile, must handle with care. god i miss this girl so damn freaking much.

aku perasan yang aku ni, orang-orang yang ada dengan aku mesti jenis yang tak attach. yang whatsapp message kadang-kadang dua tiga bulan sekali, call kadang-kadang dua tiga kali setahun. tapi macam tak ada apa yang berubah. kalau jumpa sekali setahun pun, tak ada apa yang berubah.

sama.
macam hari-hari dahulu.
macam di mana kita pernah hidup sama-sama setiap hari.
perasaan yang tak berubah.
gelak yang sama.
jerit yang sama.
gaduh yang sama.

walaupun sebenarnya dah lima tahun kita tinggalkan sekolah.

:')

rindu.
tapi, semoga sahaja semua baik-baik. dalam jagaan yang paling amaan.


p.s- aku memang tengah rindu nor nazifa sakinun & husna munirah ramli. (rindu kelas R jugak sebenarnya)