Thursday, January 19, 2017

amaan


sedang merindui zaman di sekolah. entahlah. sejenis rindu untuk suka nak belajar sebab ada kawan-kawan yang sama-sama. sejenis rindu environment dalam kelas. bukan kelas macam di universiti. tapi kelas yang statik macam di sekolah.

hailaaa.

rindu dekat nazifa. lama betul tak jumpa dia. bertahun dah rasanya. susah betul nak jumpa. cuti tak samalah. aku ni kalau tahu rumah dia, memang aku pergi cari macam aku buat dekat cena. kenapa laa aku ada kawan-kawan yang jenis bertapa dalam gua.

rindu kawan-kawan sekolah.
rindu cikgu-cikgu sekolah.
rindu environment sebegitu.
rindu nak dengar asmaulhusna.
rindu nak kena bawak quran setiap hari. (walaupun time aku sampai ke kelas biasanya dah habis dah semua tu ahaha)

ahhh rindu dekat ipa. rindu dekat cena. zaman menengah atas memang diorang je la yang duk sepak terajang suruh bangun bila cikgu mengajar dalam kelas. haha masa tingkatan 5 paling over manja. dengan cena la manja. dengan ipa macam tempat bertekak lepastu pergi beli eskrem lepastu pusing sekolah sama-sama macam takde kerja kat kelas. alahai perangai.

ipa tu walaupun dia macam tak tunjuk kasih sayang dia hahahahaha tapi aku ingat lagi masa balik kelas malam, kawan aku nak cakap dengan aku. adalah pasal nak bagi nasihat sikit. lepastu ipa tunggu je aku, tak nak balik asrama lagi sebab dia takut aku kena marah. ahhhh. sejenis fragile, must handle with care. god i miss this girl so damn freaking much.

aku perasan yang aku ni, orang-orang yang ada dengan aku mesti jenis yang tak attach. yang whatsapp message kadang-kadang dua tiga bulan sekali, call kadang-kadang dua tiga kali setahun. tapi macam tak ada apa yang berubah. kalau jumpa sekali setahun pun, tak ada apa yang berubah.

sama.
macam hari-hari dahulu.
macam di mana kita pernah hidup sama-sama setiap hari.
perasaan yang tak berubah.
gelak yang sama.
jerit yang sama.
gaduh yang sama.

walaupun sebenarnya dah lima tahun kita tinggalkan sekolah.

:')

rindu.
tapi, semoga sahaja semua baik-baik. dalam jagaan yang paling amaan.


p.s- aku memang tengah rindu nor nazifa sakinun & husna munirah ramli. (rindu kelas R jugak sebenarnya)


No comments: