Wednesday, January 18, 2017

eventually


sudah tahun 2017. sudah 22 tahun. iwan cakap mesti ada beza 21 dengan 22. dia pun tak tahu bezanya apa nanti, tapi mesti ada.

aku pun tak tahu.
cuma rasanya aku mahu lebih tenang.

.
.
.
.

selamat malam jue, pah, zah, anis, yana, kins, nas, kakdayah, iwan, wf, napie, mal, frank, muz, daus.

selamat malam keluarga jkpskb1516.

lama tak ucap selamat malam. maafkan orked sebab orked dah lama tak ucap selamat malam macam dulu. maafkan orked kalau orked dah lama berhenti mengucapkan apa-apa. maafkan orked kalau orked sudah tidak berbuat apa-apa. maafkan orked kalau orked sudah menyerah pada keadaan. maafkan orked kalau orked sudah mengalah.

kalian masih dalam dakapan doa yang paling dalam. sampai bila bila.

orkedsayang.

.
.
.
.

duduk rumah banyak pulak makan aagagagaga. padahal kalau di uum, memang aku lah orang yang paling tak makan. selalunya nasi sekali sehari je aku makan. itu pun separuh senduk. kalau buat perangai, hmm makan kuah aje la sampai ke malam. tomyam ke apa ke. memang tak luak. tak tahu kenapa. akhir-akhir sem semakin menjadi-jadi mungkin sebab apa yang dah jadi. tapi entahlah. aku tak minat nak makan masa hidup kat sana. makan untuk hidup haha. nasib baik rumet konsisten nak makan 24 jam. kalau tak, agagaga tak tahu la jadi apa. masa dia balik rumah memang aku rasanya memang minum air je kat bilik.

i cant help it.

tapi bila dah balik ni ya ampun tak boleh berhenti makaaaaan. nasi pun 3-4 kali makan sehari hahahahaha omg nanti bulat tidakkkk.

hm tapi takpelah.
rasanya nanti balik sana, datang balik kot perangai tak makan aku hmm.

.
.
.
.

rasa macam nak baca novel yang lama-lama, alah yang jenis yang dulu-dulu. sekaliiiii terbelek setulusnya cinta, dan aku baca sampai separuh cuma sebab nama watak dalam novel tu. kahkah. tapi tak habis pun, sebab tak cukup dramatik untuk tarik perhatian aku. selain daripada nama watak tu alahai -_-.

.
.
.
.

dah tak ada muse. hati dah lama kering. sebab tu dah lama tak boleh nak dwell myself into deep thoughts or words. tersekat di skala ke enam. rasanya cerita rindu even after years tu dah tak releven untuk buat aku ada jiwa lagi nak menulis. hati aku betul-betul dah hambar. rasanya aku betul-betul dah move on. cuma biasalah, kenangan yang terlalu besar itu tak senang nak lupa. macam sorotan filem bisu. kadang-kadang nampak dalam tayangan. tapi, rasa tu memang dah tak ada. memang dah mati.

itu yang kalau nak berpuisi pun macam, malas.

nak menulis tapi macam, memang kosong. memang hambar. memang sejenis perasaan ahh malas nak layan lepastu pergi tengok tv ekekeke.

rasanya empat tahun dah cukup lama. rasanya empat tahun dah cukup. dah tersangat cukup. cukuplah untuk buat aku malas nak fikir sebab apa yang lebih merisaukan adalah apa aku nak buat apa lepas habis degree? nak chambering? master? syariah? kerja? arghhhhhhh. banyak sangat jalan yang boleh dipilih. tapi aku masih tak tahu apa aku nak buat.

kalau ikutkan hati nak kahwin dengan anak raja. hahahaha. otak dia. tak ada masa nak fikir kahwin. aku dah cakap dah kat budak-budak ni kalau aku tak kahwin aku nak pergi duduk korea nanti senang-senang datanglah melawat -_-".

iwan cakap kat aku yang aku ni macam ada niat taknak kahwin je ni.

lol

lalu aku tinggalkan persoalan,"kau rasa ada ke orang yang akan sayang kita macam dia sayang nyawa dia?"

.
.
.
.

selamat malam besut. selamat malam kuantan. selamat malam seremban. selamat malam sintok.


tatang hatinya bagai permata
luangkan masa untuk bersama
bilang padanya kau sayangkan dia
sepenuh jiwamu


#wanita-KRU




No comments: