Saturday, March 31, 2012

Dua Minggu


Dua minggu sudah berlalu.

Esok, selamat datang April :)

April; bulan baru, azam baru, semangat baru. Yeah yeahhh~

* * * * * *


Oh. Minggu bakat :D

Sangat laa memberi kenangan. Kenangan yang cukup manis. Nasyid. Sketsa. Busana Muslimah. Keh keh keh. Yang busana muslimah rasa macam nak tak boleh nak berhenti gelak. Ada ke jadi kacau macam tu. Argh argh. Lepas sekian terima kasih tu, terus keluar dari 'pentas' sambil gelak dengan Cik Pqah Jusoh. Oh, gelak di belakang langsir. Apa laa Sya Izz =.= Oh, okay. Kenangan yang manis namanya tu.

Hoho. Nasyid, si kecil Fasy dan Aina. Penat diorang kena belasah dengan kami cukup-cukup bila tiba masa nak main mekap-mekap. Haa, korang memang cantik! :D Tengok la siapa yang andam.. kakak-kakak senior A102 kan... Haha =)

Sketsa yang meruntun jiwa kot. Kasi pengajaran. Rasanya, ada yang nangis bila Hanifah baca sajak tu. Em, pokoknya, memang pelbagai ragam laaa. Ragam yang mencuit hati. Kalau nak cerita, tak tercerita tapi itulah, memori yang sangat indaaaaaaaaaaah bersama warga aspuri (n_n)

* * * * * *


Tahniaaah, tahun 2011 enam orang budak sekolah aku yang dapat semua A spm. Hoho. Kitorang pulak yang teruja. Lalala ~ Bestnya, dapat semua A! Nak jugak nak jugak nak jugak. Oh, haruslah berhempas pulas terlebih dahulu. Mana boleh nak macam tu je. Dan, jutaan tahniah buat Kak Mimi sebab dapat semua A+ dan kerana telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Terengganu :) Bangga bangga. Kak Mimi jadi sumber inspirasi kitorang~

Petang ada kelas. Malam ada kelas. Hujung minggu pun ada kelas. Haha, rasa macam sesak nafas ~ Nampaknya sekarang aku dah mula eja encik physics sebagai physick. Argh. Suatu hari, Ayah Sue masuk ke dalam bilik aku. Dia tengok dinding yang penuh dengan kertas-kertas. Tetiba dia gelak, dan tanya kenapa eja fizik macam tu? Erk. Lalalala ~

Takpe Sya Izz, takpe. Tahun ini je. Tahun ni. Bak kata Ijak, buat hatrik. Okayyy! Oh lupa, tahniah Ijak, Yoe, Qila, Hanan, Joe sebab berjaya dapat keputusan yang cemerlang. Terutama Ijak, memang jadi sumber inspirasi laa. Pergi rumah Mama Long, kutip-kutip buku Ijak dan Ilah, dan selamba-yayaya di'sound' oleh mama sebab selalu tido dalam kelas bla bla bla di depan sanak saudara haha. Olalala, nasib baik Ijak back up. Haha, sebab dia pon selalu tido dalam kelas tapi still dapat semua A. Takpe, takpe. Kena tahan jugak mengantuk tu, yang penting.. ada usaha!

* * * * * *


Berhujung minggu bersama Cik Nad dan Cik Pqah Jusoh. Yeahh yeahhh. Dah pukul 0000. Tengah baring-baring. Hmmm. Lapar laa. Pergi dapur, belasah nasi ayam tengah malam buta~ Hahaha. Terima kasih untuk kenangan yang indah, korang! Oh, kelas SI tadi. Ingat habis pukul 1200. Ustazah ada kerja jadi balik awal. Hehe. Apa lagi, Husna tersayang kan ada~ Jom, merempit balik rumah. Haha. Mula-mula, tak boleh nak tahan gelak. Yeahhh, terima kasih sayang sebab sudi hantar aku balik rumah. Hehe. Kenangan manis tuuuuu :D


 

Okay lah, may Allah bless.
Assalamu'alaikum.

:)

No comments: