Sebulan terperap dalam kawasan sekolah.
Pagi petang, siang malam, uhuuuuuu, :)
Hari itu, budak-budak kelas Q sangat beruntung, sebab mereka dapat menghirup udara di luar sekolah untuk menghadiri kem sains. Haha, kitorang punya laa jeles =.='
Majlis Thaqofah Islami (BADAR, PRS, PSS)
Kem yang agak, hmm, menarik. Kumpulan 1. Dengan Nick, Pok Jat, Mira, Ida, dan ramai lagi. Ada kuliah tiga minit. Ada pengucapan awam yang melucukan, erk, kesian Nick, Seri, Imran. Terkena, dushhh. Tapi, aku paling suka pengucapan Nick. Haha, penuh dramaaaaaaaa. Teruk dikerjakan oleh kitorang satu dewan :D Nasib laa kan? Hihi.
Senaman pagi, nyanyi sama-sama dengan bertemakan lagu Menuju Wawasan. Lepas tu, peluk bahu kawan-kawan.. Masa itu, memang rasa wahhh aku sayang sangat semua orang :) ~ Umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik, dari semalam ~ Mesyuarat Agung; di maktabah. Panggil setiap orang perkenal nama. Yeah, ukhuwwah perlu erat. Perlu ada ikatan macam satu keluarga. Librarian, kita satu keluarga kan? =) Awal-awal lagi Hani dah pesan, kena garang, takpun buat-buat garang. Okey, Amin cakap dah cukup tegas dah malam tu. Heeeee.
Pagi rehearsal. Pagi yang kecoh. Uhuuu, mengamuk ~ Lalalala. Maaflah, emosi tak boleh kawal. Cakap pun erk, dah tak main cakap-cakap biasa dah. Maaf adik-adik, kak tak tunjuk contoh yang baik hari itu. Huhu. Encik A dengan aku pun sama-sama panas je waktu tu. Haha, dah aku tak cakap elok-elok dengan dia... Makanya, satu pengajaran untuk hari itu; jangan emo, dan jangan bercakap tika kamu sedang marah. Better diam. Alahai. Lepas keadaan dah tenang, baru pergi minta maaf cakap elok-elok. Orait, setel :) Waktu lepas adegan yang membara tu, uhuuu, panggil all librarian girls then buat satu bulatan. Okay, kita kena kenal dengan lebih dekat, dan yang penting... senyum! =D
Sebetulnya, kem ni agak best :) Tambah-tambah bila duduk asrama waktu takde orang sangat. Rasa asrama tu kita yang punya, haha.
Keesokan Ahadnya, baru Majlis Watikah :D
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Oh, kem yang banyak memberi makna. Terima kasih, warga yang terlibat.. ^_^
* * * * * *
Sebulan tu jangka masa yang lama kan?
Minggu lepas, cuti tiga hari. Sepatutnya, ye lah..Semangat betul kitorang nak balik minggu itu. Kui kui kui. Kemudian, waktu kelas malam, addmath, warden bercakap kat surau tapi still, boleh dengar hingga ke kelas. Dan, yeah yeah amik engkau minggu tu tak dapat balik. Haha, mengamuk bebudak ni ~ Mata dah berair dah, bila kat surau, haha tak payah cakap la. Memang rasa nak mengamuk, dan nangis. Eh eh, nak buat macam mana.. Dah berapa minggu tak balik rumah.. Huhuhu, sedih. Malam tu, mogok punya pasal.. Masuk bilik, semua senyap je. Tido awal. Jadual waktu untuk esok tak sedia lagi. Baju belum gosok lagi. Yang penting, tido! :) Esok tu, baru dah okay.. Baru dapat terima kenyataan. Hmmm.
Minggu Bakat. Aku wakil catur. Haha. Tak puas hati! Zainab, kak kalah sebab kesilapan teknikal tuuuu (tak dapat terima kenyataan :D) Silap aku, tak nampak queen dia dah siap sedia nak menyerang. Selamba-yayaya je alihkan castle. Ceh. Maaf A102, kemenangan saya tertunda~ Haha. Main batu seremban; kalah. Congkak; kalah.
Minggu Sukan. Bola Jaring. Haha, aku Center. Tapi, ha'aa laa lawan dengan budak geng bola jaring uhuuu kalah laa maknanya. Tapi, main memang dengan keseronokan yang amat. Jerit situ sini, berapa kali Kak Shida tiup wisel waktu kitorang main sebab banyak faults. Haha, hentam sajalah ~ Jatuh situ sini. Memang seronok! Kitorang memang enjoyyyy :D Oh, Bola Tampar.. Hehe, pun kalaaah. Nak buat macam mana, lawan dengan geng bola tampar jugak. Uhuuuhhh. Aku tak main la bola tampar, malas.. Bagi sokongan je dari dekat, sambil berbaring di atas rumput bertemankan Hajar, Haizum. Lalala. Sempoi je ~
Bak kata Azlina, Ketua Bilik A102 (H).. Kitorang simpan kemenangan untuk pertandingan hafazan, tilawah, nasyid, sketsa dan fesyen muslimah. Haha. Macam-macam laaa :)
* * * * * *
Dah pandai kawal diri siket-siket.
Dah kurang tido, yeah!
InsyaAllah, things will come better in future :D
Doakan!
Cik Sya Izz, jom! Jom study ~ Eh, dah bulan 3? Apaaa ni. SPM bulan 11. Erk. *pengsan*
PS. Cerita nanti, kisah Hajar dan Haizum. Budak kesayangan hati <3
PS II. Rasa kena tembak, bila orang tu cakap, "hilang pah mano semangat tu.. ada orang curi ko? ~ =.=' Tetiba rasa, ah tak boleh jadi ni.. Kena semangat semangat dan semangat! Terima kasih :)
No comments:
Post a Comment