Saturday, April 28, 2012

Miracles


Uhuuuuu.

Sanah helwah, Farahim.









Sabtu

Kena pergi sekolah :( Best apa pergi sekolah hoho alahai... Nasib baik buat acara gotong royong je. Hehe, gotong royong laaa sangat kan? :P Jadinya, pagi Sabtu itu dihabiskan dengan menjalankan aktiviti gotong royong mengikut rumah masing-masing. Yeah, yeah. Lepas rehat, buat acara menghias kelas. Wuuu wuuuu. Budak-budak kesayangan hati la yang sangat rajin menghias. Aku, kejap je... Tetibe je dah ter'lari' ke BK. Waaa waaa, bila dah nak dekat Zuhur tu, masuk ke kelas... Tengok-tengok kelas dah semakin 'meriah'. Rasa bersalah jugak uhuuuu, tapi hehe ~ Sorry kawan-kawan, aku terlepas peluang untuk mencipta memori indah bersama :)

















Ahad

Ada Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011. Dan, semestinya lah kitorang tak belajar ~ Lalala, walaupun bukan kitorang yang terima hadiah. Hehe. Tahniah la untuk korang yang dapat Anugerah Pelajar Cemerlang 2011. Hoho. Yang rasa nak gelaknya, lepas baca doa pagi, ada pengumuman atau warning lebih kurang agar kitorang jangan merayau-rayau di luar kelas. Uhuks. Makanya, buat lah apa-apa yang patut di dalam kelas kesayangan :D

Oh. Again, dapat jumpa dengan budak kecik Thilah! Wawawawa ~ Kasi dia makan eshkrem, bawak dia pergi ke kelas. Uhuuu, bila bawak budak comel tu masuk kelas.. Memang sah lah girls akan meroyan ~ Dah budak tu kiut sangat! Berebut laa nak main. Yang machonya, budak kecik tu main dengan Ijo. Ijo memang ketua kelas yang bertanggungjawab, hehe, di saat pria-pria lain dah lesap tapi Ijo masih setia di dalam kelas, huhu siap tolong Esyah buat jadual waktu kelas lagi. Yeahh, yeahhh. Majulah Ijo untuk 5Rushd =.="

Main dengan Thilah. Kasi dia cokelat. Oh, budak tu... sangat sangat sangat sangat comel!















Yeahhhh, satu sekolah dapat makan free :D Lepas makan, tanpa teragak-agaknya masuk ke Dewan Makan Aspuri untuk menyaksikan majlis itu. Nak tengok persembahan nasyid je tujuan utamanya. Haha, sumpah, lagu nasyid Ittifaq tahun ni memang best. Fifi pun dah nyanyi ala-ala macam nak rakam album je. Waahaha. Target kebangsaan macam tahun lepas, serius, kitorang pun rasa frust sama, tapi tak ada rezeki tahun ni, nak buat macam mana ~ Apa pun, Soutul Ittifaq memang terbaik laaa!

Girls pakat rebut nak pegang Thilah. Kejap budak tu duduk dengan aku, kejap dengan Auni, kejap dengan Cena, kejap dengan Hani, kejap dengan Kakcik dia, kejap dengan Mirah ~ Oh, bila lah dapat jumpa budak yang super duper cute ni lagi ~ Ahaaa, sampai tertidur dia. Penat main dengan kakak-kakak cantik yang buat perangai macam tak pernah jumpa budak yang comel, hehe.

* * * * * *

April 24, 2012

Sanah helwah Basirah Husna. Waaaaaa, dah cukup umur daaaah. Ipa buat kad, kitorang satu geng join tulis. Lepas tu, waktu BI, kitorang bungkus kad tu dengan kertas kajang dan kad itu gerak dari satu meja ke satu meja hingga lah tiba di meja tuan empunya ~ Lalalala. Lepas tu, kitorang buat-buat tak nampak.

Sehinggalah, Ba datang ke tempat kitorang dan cakap dia sangat hargainya ~ Hehehe. Dah warning Ipa dah, kalau dia tak buat kad untuk birthday aku tahun ni, memang siaaap laa =P

Lepas solat, cikgu tak ada dalam kelas. Bebudak ni duduk je la kat tempat masing-masing, almaklumlah semuanya rajin-rajin. Bagus-bagus. Dan, rasanya si Fatin dan Farahim pergi kat papan hitam untuk tulis happy birthday khas buat Ba. Kitorang macam, jadi penonton je la gitu.

Yang bestnya, bebudak ni meriaaaaaah je. Semua pakat bersuara, suruh tulis itu ini. Haa, ada permintaan suruh lukis babablacksheep. Okaih, aku bangun dan lukis babablacksheep :) Bebudak ni gelak je la. Sempat  kenakan Adik (aziz) atas arahan Ipa, Tengku Ijo, Jwad hailaaa macam-macam perangai. Semua macam syok amik part main lukis-lukis kat papan hitam. =.=" Yang tak tahannya, bila tulis nama Tengku Ijo kat papan hitam, boys dulu yang tepuk tangan, then melarat ke girls, dan semua budak kesayangan hati tepuk tangan buat riuh sambil gelak. Ahaaa, kitorang je la yang tahu apa maknanya ~ Hailaa, kitorang buat gaya macam laa nak amik SPM sepuluh tahun lagi kan? Grrrr. -.-' Sekali sekala je, kan kawan-kawan? :D Rushdians, thanks for the memories ~

April 26, 2012

Sanah helwah Nurul Syafiqah. Yeahh, yeahhhh. Happy birthday, 'Madu'. Heeeeeeeeeeee. Terima kasih untuk kenangan yang super duper best, sepanjang perkenalan kita. Pqah yang baik, manis, cantik dan pandai... saya sayang awak! :D

Selalu, waktu di hostel, suka sangat tido dekat dia. Lentok kepala di ribaan dia. Waahaha. Tidak kira Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib mahupun Isyak, kalau jumpa haaaa memang gaya dah macam budak kecik dah, nak tido nak tido. Haha, dia pun tahu, kalau aku pergi senyum buat muka seposen dekat dia, haa tandanya nak tido lah tu. Dia pulak dengan senyuman manis cakap pada aku, "Meh sini, tido" :')

Waawaawaaa, miss you Pqah <3

April 28, 2012

0025. Keluar bilik, nampak wanita cantik itu senang melepak di hadapan tv bersama budak hensem Adam :P

Okey, pergi tepi telinga dia lepas tu bisik, "Mummy, happy birthday, i love you"

Sengih, lepas tu kasi kiss satu dekat pipi dia,

lepas tu masuk bilik,
:'D

Selamat hari lahir mama!

Wanita cantik yang tak pernah penat melayan kerenah anak perempuan dia yang degil, pemalas, suka merajuk, sensitif, pantang kena tegur sikit mulalah nak sentap lalalala ~

Wanita cantik yang sebolehnya mahu memberikan anak-anaknya kalau boleh dunia dan seluruh isinya ~

Wanita cantik yang setia dengan ucapan sama selepas salam waktu nak pergi sekolah. Hehe, waktu Darjah 6 mesti cakap, "Belajar sungguh-sungguh, bia dapat 5A". Bila dah naik menengah rendah, "Belajar sungguh-sungguh, bia dapat 9A". Dan sekarang, di menengah atas.. "Belajar sungguh-sungguh, bia dapat 11A" ~ Orait puan besar!! :)

Wanita cantik, semoga bertambah cantik,
semoga sentiasa dirahmati,
semoga aku mampu menjadi budak perempuan yang baik untuk mama =)





Tuhan,
terima kasih untuk segala,

keindahan ini.


PS. Warghh. Exam mengejut, sepatutnya 08052012. Tup tup, tetiba dah tukar jadi 03052012. Erk erk erk. Apaaaaaaa niii. Dah dah, target dah ada.. Sila gerak! Kawan-kawan, selamat berjaya! Peperangan sudah mahu bermula (0.O)

No comments: