God I feel like tomorrow will end.
Ada yang dah dapat result, ada yang belum. Tak larat dah nak recheck email! Demmit I'm dying.
But I know He will only gimme the result which is the best for myself.
Hope so.
Oh.
God I feel like tomorrow will end.
Ada yang dah dapat result, ada yang belum. Tak larat dah nak recheck email! Demmit I'm dying.
But I know He will only gimme the result which is the best for myself.
Hope so.
Oh.
I cant sleep.
I'm freaking nervous.
I dont know what tomorrow will be.
Oh, MUET.
Screw all those feelings up!
Tomorrow will be okay.
No, it will turn out better.
But if you have faith, it will be the best day ever.
What say you, huh?
:)
Rabbi yasser wa la tu3asser.
Rabbi tammim bikheir.
God, ease the hardship.
God, make it perfect with goodness.
Ameen.
*close the eyes, sleep well dearself*
Aku tak faham orang,
dan orang tak faham aku.
Rumit,
tapi aku tak reti nak terangkan.
Biar,
fikirlah apa sahaja aku tak kisah.
Ceritanya terlalu rumit.
Biarkan sahaja apa yang kalian nampak-
Yang tak ternampakkan,
biar aku diamkan sahaja.
Kerana kalau difikirkan orang,
sampai bila?
Sampai bila?
Jawab.
Pagi-pagi lepas mama papa adik-adik pergi sekolah terus masuk dapur.
Panaskan nasi. Ambil daging tongkol yang aku rebus kelmarin daripada peti. Hiris nipis-nipis. Panaskan minyak. Campakkan daging. Bubuh sos tiram, sos tomato, garam, gula, air sedikit. Biarkan menggelegak okay siap daging masak merah.
Tak tahu mimpi apa lapar pagi-pagi buta cenggini.
Duduk depan TV tengok cerita Misiku Kuza yang episod akhirnya dah lama dimainkan tapi aku tak pernah sempat tengok pun lagi. Astro Best ada cerita Chennai Express. Shah Rukh Khan. Huuuu tapi mama macam tak bagi sebab mama cakap SRK punya cerita dah tak best. Sebab dulu aku langgan cerita Jab Tak Hai Jaan mama cakap tak best eh eh eh tapi best je bagi aku. Yang penting ada SRK. Haha.
Lepas makan kenyang-kenyang, melepek depan TV. Haa, baguslah anak dara punya perangai. Kain tak basuh lagi, pinggan mangkuk menggunung masih dalam sink tu. Bagus. Bagus. Kerja banyaaaaaak hoiiii jadi suri rumah ni.
Betul-betul menikmati leisure time kan. Pagi je. Malam bertungkus lumus buat cuppies choc nak sara hidup ekekeke.
Okaylah dah zuhur. Kerja banyak lagi. Kbai.
Sakit-sakit aku,
dibiar-sepikan sahaja.
Luka-luka aku,
ditidak-pedulikan sahaja.
Sini,
robek aku punya hati,
besi,
mengerti?
Dulu hati aku pernah rebel. Iya. Teruk. Sampaikan aku punya perangai tak pernah mahu peduli orang. Lebih suka hidup sendiri- sendiri.
Sekarang, aku dah tak boleh buat macam tu. I care people too much instead of I'm not realize that people don't. Too much.
Hingga satu saat, aku rasa aku dah beban sangat. Dan aku tak sedar, bila perangai lama aku tu datang balik. Tak sedar dan aku rasa aku perlu biarkannya bermaharajalela sekali lagi-
sebab aku sudah terlalu sakit untuk peduli.
Selama ini aku percaya tak berbelah bahagi.
Rupa-rupanya, macam kena tipu hidup-hidup.
Mati-mati aku percaya seluruh jiwa raga.
Tuhan, tukarkan.
Hati- sudah kecai sepai.
Sekarang dah masuk mood cooking and baking dah alhamdulillah dah takyah nak makan tido makan tido je kerja.
Punyalah lama nak amik mood. *lempang muka sendiri*
Dah la tido. Enough. Mari kita berjasa pada duniaaaaaa. Eh? --"
And somehow I just want to be the old me. The strong old me. Hoyeah. Jangan terlalu dewasa okay. Jangan. Kau tahu kau tak mampu pikul bebannya itu. Kan? :)
Let's enjoy the time of our life. Do what we want to. Do what we need to. Do what we have to. And the most important is, do with love.
Aku ini, sebenarnya apa,
untuk engkau?
Gila.
Yang sasau di akhirnya, aku.
Kau, tidak ada apa-apa kan?
Bahagia.
Rindu itu-
Aku tahankan sedalam-dalamnya.
Sakit itu-
Aku biarkan sediam-diamnya.
Sampai satu saat,
empangan yang aku bina-
retak hancur pecah.
Aku tak sedar,
hati aku retak hancur pecah,
dengan air mata berlari turun senyap.
Sedar-sedar,
berlinang.
Aku ingat sampai mati.
Kau jangan lupa-
Jasad ini yang kau robek hatinya.
Tubuh ini yang kau kelar emosinya.
Badan ini yang kau pijak perasaannya.
Sampai mati.
Kau jangan lupa aku takkan lupa.