Tuesday, October 22, 2013

Angan

Selamat malam selamat pagi.

Daripada petang bekerja di dapur ekeke siapkan kek-kek coklat kecik yang kawan Farah tempah. Okey seringgit satu bekas alang-alang dah buat tu terus buat banyak sikit kasi Farah jual kat kawan-kawan dia. Huhu. Aku perlukan duit. Haha. Sebab dah biasa dekat UiTM, kan ada elaun. Berbulan-bulan hidup guna elaun tu je haha habis satu semester cukup-cukup habis duit haih baguslah. Jadi bila dah balik rumah ini kalau nak beli apa-apa nak mintak duit mama papa rasa macam bersalah pulak. Rasa macam menyusahkan pulak huwaaaaa tambah-tambah kalau nak pergi berjimba kat Jerteh ekeke. Memang tak ah.

 Maka mari kita balik pada kerja lama kita sewaktu lepas SPM iaitu merekrut adik-adik bawak kek/tat jual kat kawan-kawan. Haha. Kalau aku taknak buat pun, diorang paksa jugak sebab ye la budak-budak. Suka nau makan mende-mende cenggitu.

Lepas isyak buat Snow Cheese Cake yeayyyy dua biji sebab nak bawak pergi sekolah esok. Tak tahu lah tu macam mana rasa mende tu. First attempt. Lalala.

* * * * * *

Daripada dulu aku ada satu impian- yang pernah aku cerita kat housemates diorang taknak caya. Atau berdasarkan, "Gila ke hape? Ko seyes aaaa." Haha.

Cita-cita aku tinggi. Paling tak aku nak belajar sampai buat M.A. Lepas tu kahwen, duduk rumah goyang kaki memasak buat kek. Eh tak tak nak belajar sampai Ph.D. Lepas dapat tittle DR. berhenti la kerja nak jadi suri rumah.

Suri rumah yang berpendidikan tinggi mungkin? Ahahaha.
Ya, aku serius.
Tapi, kalau laki aku kaya ah. Kalau tak, memang tak ah.

Boleh bayang tak, hari-hari masak duduk kat rumah jaga anak buat buku tulis puisi omaigod heaven-nya.

Aku nak jadikan rumah aku nanti-
syurga untuk keluarga aku.

Aku nak jadikan suami anak aku nanti-
percaya kalaupun dunia ini terlalu melelahkan,
masih ada syurga untuk damaikan hati; rumah.

Aku nak bahagia dunia nanti-
pada keluarga erat yang tak terpecah-belah.

Tapi, itu hanyalah angan semata. :)

* * * * * *

Okaylah,
Selamat tidur semuaaa. Mimpi yang indah.


No comments: