ingat lagi malam terakhir kat kuantan. pagi esok dah nak balik. dan kuantan cuma akan jadi kenangan.
duduk kat balkoni belakang. nyaman. sunyi. perhatikan kuantan. dan seisinya. duduk. diam. menangis. faiz kat sebelah. dua dua diam. dua dua menangis teresak-esak tanpa pedulikan masing-masing. air mata turun tanpa sebab. sepenuh jiwa pulak tu.
sambil terkenang setahun perjalanan aku kat sini. faiz pun mesti dalam kepala dia fikir sama.
sekolah lima tahun, tak ada lah menangis lepas spm.
asasi setahun, menangis macam tak jumpa esok.
sebab, lain. sekolah kehidupan.
kuantan.
moga bagi manfaat pada orang lain juga ya. masa aku dengan kau, berakhir pada april itu. kisah kau, aku simpan. dalam-dalam. macam dalamnya sungai kuantan. kau salah satu perhentian yang aku singgah.
nanti, jumpa lagi. mana tahu kerja kat kuantan ada rezeki panjang umur? haha takdelah. makin besar ni makin aku belajar, yang hidup, takkan selamanya kekal pada suatu tempat.
sekolah kehidupan ada banyak perhentian. dan perhentian aku di kuantan, sudah selesai kerana takdirnya cuma setahun.
:)
1 comment:
I still remember my last nite at my college. Damn, that feeling. happy sebab final exam's over. excited nak balik. sedih sebab kena berpisah dgn mereka2 ni semua. T_____T
mixed. mcm blender.
Okay, now i feel like updating my blog, again, about my college, lol
Post a Comment