Wednesday, November 26, 2014

random act of kindness


i cried reading this article. this is soooooo beautiful.

-random act of kindness.


betapa dunia ini masih cantik, walau sudah terlalu macam-macam tak terduga
moga suatu hari nanti, tidak ada yang akan jahat sesama kita
biar dunia yang cantik ini penuh dengan manusia-manusia penuh jiwa
terima kasih sebab masih wujud, peri-peri dunia

terima kasih.

Tuesday, November 25, 2014

c'mon baby


sudah tidak fokus. aduhai. ini kes tak sabar nak cuti la n. masyaallah. padahal cuti bulan satu! lambat lagi. hahaha siotnya perasaan.

ya ampun.

kalau nggak fokus, gimana dong kamu mahu jawab exam dengan cemerlang gemilang terbilang? ya tuhan. gimana nih. udah kerinduan banget sama kampung kesayangan. udah kerinduan banget sama papa mama dan musuh-musuh kecil di rumah. ya tuhan. gimana mahu bertahan sampai januari.

mahu nangis bisa enggak.

itulah, masa sekolah dulu sibuk nak belajar jauh-jauh. dulu, awal-awal masa asasi dapat kat kuantan pun kemaaaaaaaaain taknak sebab dekat. kesiotan apakah. hmmm. sekarang nah, duduk kedah. amik hang. nak jauh tara mana lagi. T________T

biasalah, dah tua-tua. dulu darah muda. ikut hati je. konon nak duduk jauh-jauh konon tak best duduk dekat dengan family konon nak independent konon nak acah-acah tak kisah hahaha, dah masuk degree ni... mak aiii. insaf. nak sekolah nurul ittifaq balik boleh tak? hihi.

ya tuhan.

inipun dipaksakan diri dengar lagu terbang tunduk- fynn jamal. daripada dengar lagu korea jiwang-jiwang siot lagi la nak balik rumah.

--bertahanlah wahai raksa. jangan kau terhenti.
berpautlah wahai nyawa. ini bukan mimpi.
--payah-payah semalam. moga mudah selama.
tiap apa yang mematah tegakmu. tiap yang menolak.
tiap yang memijak henyak. biar dibelakangmu.
--tuhan jangan kau izin aku lupa.

YA TUHAN AKU MAHU PULANG KE RUMAH. T_T

bawa bertenang. okay? okay.

kau buat semua ini pun sebab mak ayah kau. let's nail it. c'mon baby!


Saturday, November 22, 2014

forget



even if it hurts now,
time is passing by,
wounds will heal.

-- i will forget / heartstrings


merindukan kehadiran manusia-manusia yang sering mengelilingi diri ini. dengan terlalu. kadang-kadang, yang jadi pengubat jiwa penguat semangat adalah mereka. alahai, rindu betul. aku bukannya reti hidup cuma dengan dua tiga orang. daripada asrama, sampai kuantan hingga seremban.... semua riuh. hmmm, kat sini, riuh jugak. tapi ada sunyi yang terselit.

anis lyana cakap, sampai bila nak mengeluh.

ya lah, betul. ini tak betul. itu tak betul. perangaaaaaaai. tak boleh ke hidup syukur dengan apa yang tuhan bagikan cukup-cukup ini? boleh tak?

bersyukurlah.
walaupun secebis.
kalau rindu sangat pun, sekurangnya tuhan dengar. dan, pasti disampaikan salam rindu itu dengan dijagakan manusia-manusia yang engkau sayang itu sebaik mungkin. tak cukup lagi ke?

dr rafidah cakap, "people tends to like their past more then their future. dont do that. past is past, that remains past." dan, "you are not going to surrender. dont let go."

wah siapa yang tak nangis terharu kalau kena tibai dengan kata-kata yang terang-terang betul.

ya allah berikanlah kami semua kekuatan untuk,
terus hidup moga disayangi moga dirahmati.

tiap kali dengar lagu dalam cerita heartstrings mesti teringat kuantan. sebab itulah drama korea pertama yang aku tengok. gigih betulkan habiskan dalam sehari. itulah saat kenal yonghwa, kenal cn blue. terus jadi fanatik lols. ini semua salah ayaa. kenalkan aku dengan korea. wadehel hahahaha. yang pastinya, heartstrings could bring me back to the old days. going through the memories that would not be repeated, and left behind as my past story. tiap lagu-lagu semua ber-memori untuk tiap-tiap peristiwa. payah kalau dah sentimental. gila.

terima kasih aya, kenalkan aku dengan semua ini. walaupun banyak membazir masa aku ngahaha tapi sebenarnya aku rindu, meriah kita bila bicara soal korea ni lols. boleh merapatkan silaturrahim sebenarnya hihi. memang pun.

doakan aku kuat, untuk hidup.
cerita lama, cukup jadikan pem-booster untuk bikin senyum saat layu,

:)




Thursday, November 20, 2014

lee seung gi saya


hari ini kelas hubungan etnik. kelas yang paling rilek di sepanjang semester satu. macam belajar sejarah, tapi sivik. haha. macam tu la. adat budaya bagai. whoa. dalam kuliah hubungan etnik, aku ada crush. hahaha. mamat chinese ni muka dia, sebijik macam lee seung gi. takde la sebijik tapi kalau tengok perghhhh melting kalau masuk dalam freezer pun belum tentu beku. ngahaha.

tapi, masalahnya, aku je. yang erra, fiza, nani... semua terpaksa menenangkan aku dalam kelas etnik. hahahaha. ya allah. perempuan -_-"

dan bila kelas dah nak habis, dr cakap, minggu depan kelas terakhir. lepas tu takde dah. sebab final exam akhir bulan 12 nanti. sedihnya aku. sebab tak dapat jumpa lee seung gi aku dah. bukan tak dapat jumpa, lebih kepada tak dapat tengok dan perhati dari jauh ngahaha.

nama dia pun aku tak tahu.
apatah lagi biodata dirinya.

wahhhh.

dan kelas hubungan etnik satu-satunya tempat pertemuan kami. wakaka. sadis gila bertepuk sebelah tangan. haha. kalau nak terjumpa terserempak kat seberang jalan tepi taman itu memang peluang 0.01% hahaha universiti ni besar nak mampuih.

boleh tak kelas etnik ada sampai bila-bila? hihi. gatai.

tapi sedihnya saya.
minggu depan sekali je lagi.

untuk sekali lagi.
amboi, drama.

*menangis*




gila tak hensem ka?! hahaha
(-______-)"



p/s- tengah baca case yang madam azlina suruh review. huahuahua. aku ni dah la macam siput sikit bab-bab nak faham kes omaigod pebenda la noscitur a sociis ni siapa punya kerja yang buat istilah-istilah latin ni hmmm doakan saya semoga rajin dan sel-sel otak laju berhubung.

p.s ii- aku serius sedih ni. haha. T_________T



Monday, November 17, 2014

manusia


kelmarin, lepas habis kelas pergi mall. beli coolblog. saja. hadiah untuk diri sendiri. hahaha. lepas tu masuk kedai buku. lepak. tengok buku. hmmm. tengok orang, tepatnya. dalam kedai buku tu ada kiosk kedai cermin mata, duduk kat situ borak-borak dengan uncle yang jual kat situ. pasal lens bagai. huihuihui. kalaulah lens tu tak rumit, tak leceh... dah lama aku pakai. ini ada sepasang lagi yang belum guna. sebab dulu beli untuk annual dinner kat kuantan homaigod dinner kan kena la lelawa gittew -.-

lepas tu tengok gelagat manusia je. pun dah boleh bikin senyum. nampak betul sunyi dekat uum ni. haha. sebab uitm dulu kan bonding dia punya la kuat tahap betul-betul keluarga punya pertalian. tak apalah, ini baru lagi. tak sampai dua bulan lagi kat uum ini.

tapi aku rindu kuantan.
seremban jugak.

paling, gorgeous g.

tapi, tak apalah. hidup ini kan satu perjalanan yang panjang. di setiap perhentian yang kita singgah itu, ada pahit manisnya tersendiri. cukuplah nak buat kenangan. nak jadikan sumber kekuatan. untuk terus bertahan hidup pada suatu masa nanti lagi. harap-harap.

jadi aku duduk je dalam kedai buku itu. tengok orang. patutlah manusia suka lepak kat mall. ngahahaha. ke aku sorang je kalau dalam uum ni? hui. nasiblah.

final exam mula bulan 12. 22/12 hingga 12/1 to be exact. hahahah. tak gelak pun sebenarnya. jadi kita akan mulakan dengan contract law, hubungan etnik, computer, islamic law dan malaysian legal system. dalam banyak-banyak tu, yang paling kritikal masyallah subjek komputer wahaha. aku tak tahulah. belajar macam belajar penggunaan komputer dalam pejabat. tahap kritikal punya. tapi alhamdulillah lah ilmu tu agak bertambah takde la reti buka microsoft word je huahuahua tapi itulah exam masyaallah menguji kesabaran betul. nasib baik semua soalan mcq, boleh tembak bang bang bang sampai redha. benci lah.

yang lain insyaallah boleh usaha boleh belajar sebab ye lah, karang kalau malas-malas nanti kena bebel dengan mama. mesti mama cakap, engkau yang nak amik law haaa belajar la. heuwwww. takdelah. tapi mungkin. dah tahu dah. lain la komputer. bukan aku nak pun. dah kena belajar. nak buek cemano ~.~

malas tu memang ada. tapi kalau difikirkan penat lelah pengorbanan nak datang sini, rasanya kena jugak study rajin-rajin. tak apalah. usaha dulu. yang lain fikir kemudian.

cepatlah habis final exam.
nak lepak rumah.


Monday, November 10, 2014

nostalgia yang hilang


tak sengaja tengok dan baca emel-emel lama. dari zaman tahun 2009. haha. kadang-kadang tak habis fikir, macam manalah masa sebenarnya boleh mematangkan. but yes, it is. we grow up as time goes by. zaman-zaman itu lah yang paling dirindui. zaman-boleh-buat-apa-sahaja. entahlah. tak boleh berhenti senyum. untuk setiap orang yang pernah kita beremel sama-sama, ada yang sudah terputus hubungan ada yang masih begini ada yang masih kekal. terima kasih beri aku peluang. untuk rasa manis itu. walaupun sekarang ada yang jadi pahit. tapi, tak apalah. hidup. :)

haih.

rasa nak balik rumah.
tapi kena qowiy! nak kena balas jasa mak bapak.

hari ini dalam facebook ada berita seorang mak meninggal dan sempat tolak anak dia ke tepi jalan masa hantar anak dia pergi sekolah. dia yang kena langgar. ya allah, sedih. budak tu baya adib je. innalillahi wainnailaihiroji'un.

rindu mama.
rindu rumah.
rindu besut.

kalau difikirkan rindu, sampai bila tak habis. T_T

ya allah kalau di dunia ini kami berlama-lama cuma sebentar, moga-moga ada syurga untuk kami berlama-lama untuk selamanya.

okey dah, mari belajar. mari usaha. cakap kat ika (roommate), "kalau boleh aku taknak besar. nak duk rumah je dengan mak ayah." ika cakap, "habis kau ingat mak ayah kau tak penat nak jaga kau?" hahaha. paling win. lepas tu ika sambung lagi, "inilah masa nak balas jasa. belajar untuk mak ayah. buat assignment. bla bla bla."

oh god.
lemme have the chance to repay all the kindness that they have been given to me. so i can give paradise on earth to em.

gimme strength!
yuk. belajar!

Sunday, November 9, 2014

sekolah itu syurga


rindu sekolah.
bukan.
rindu kawan-kawan sekolah.
rindu kelas.

betul lah, bila dah masuk universiti baru tahu, sekolah tu macam syurga. haha. universiti tu pun syurga juga tapi sekolah ni, lain. aku rindu kawan-kawan lama aku. aku nak mereka ada kat sisi. aku nak mereka guide aku.

that suasana. suasana yang bila dalam kelas dr azam. kelas islamic law. suasana macam tu la yang aku rasa kat sekolah untuk kebanyakan masa. walaupun aku agak rebel. hahaha. bukan. mungkin tak sebaik mana seperti kawan-kawan lain. tapi, sekurangnya aku ada mereka untuk cakap,


"iqa, bukan gini."

"iqa, dokleh wat gini."

 "mu ni gak eh iqa."

 "mu tahu dok kalo kito bla bla bla, kekgi bla bla bla."

"dok molek la mekqa weh."

"tak yah duk wat gong gitu lah."


atau sama-sama paksa aku. kalau malas buat benda baik. hahaha.


"weh, jom lah bla bla bla."

"mari lah. kalo dok aku gocoh."

"layan ko mu ah. meh g skali."


i just miss to be with you guys. sep mu tahu kea, aku manja sangat dengan sep mu. sokmo jerik ikut dea ikut nok. pah g letok palo atas ribo sep mu. pah sep mu layan  jah aku. sep mu tahu kea aku sayang blako ko sep mu. sep mu tahu kea aku ni jenis dok leh duk dediam. sep mu tahu kea aku suko kawan ramai-ramai pah wat kacik blako ngan semua orang. sep mu tahu kea aku behi kecek. sep mu tahu kea aku koya dok takut cakap depan-depan. sep mu tahu kea perangai aku gano. kalo aku nok wat gapo-gapo aku tak yah explain pun ko sep mu. kalo aku nok g mano-mano aku tak yah explain pun ko sep mu. kalo aku behi gapo-gapo aku suko tanyo sep mu. aku tak tahu, aku rindu sep mu jah. aku rindu nak manja-manja ngan sep mu. aku nak jadi iqa balik, aku dokse jadi izz.

izz tu kuat, gapo-gapo ye simpan dalam hati jah. gapo-gapo ye malas nak amik kisah. gapo-gapo ye biar jah mende jadi. gapo-gapo ye tak caro pon mende remeh temeh. gapo-gapo ye malas nak nyusoh ke saeng dia. gapo-gapo ye malas nak cerita pasal hidup dia. gapo-gapo ye behi dengar jah. kecuali kalau orang tanya, baru ye cite. izz tu kuat. dok tahu lah lagu mano boleh tahan jadi izz.

aku nak jadi iqa sep mu balik. aku nak sep mu. sep mu paham dok?


okey habis. kadang-kadang hidup ini cuma nak ajar kau jadi kuat. kalau paling belakang sampai bila pun jalan di depan kau takkan dengan jayanya lalui. detik yang terkebelakang, adalah masa lalu. cukuplah sekadar terima kasih. detik yang ada, hargai.

ya, memang aku hargai. aku suka dengan apa yang aku buat sekarang. aku syukur sebab di mana-mana pun aku pergi, ada je kawan-kawan yang baik yang sanggup susah senang sama-sama macam kawan kat sekolah.

tapi, ada masa... semua tentang kita;
aku masih rindu.


ya allah ya tuhanku,
ke manapun kau pisahkan kami
walau di mana pun kami masing-masing
tolong jaga kawan-kawan aku
panjangkan jodoh kami sampai tua
moga dilimpahkan segala sakinah ke atas mereka
moga mereka bahagia
moga mereka gembira
moga mereka tidak dalam kesedihan
moga mereka tidak dalam kepayahan

ya allah ya tuhanku,
sampaikanlah rindu aku pada mereka
melalui doa-doa
di balik bayu di balik awan
moga didengari di segenap langit dan bumi
moga mereka sama-sama seperti aku
diberi kekuatan untuk terus hidup
selagi punya waktu

ya allah ya tuhanku,
kiranya tiap kebaikan yang pernah mereka lakukan
kau gandakanlah berlipat kalinya
tiap payah mereka moga dipermudah
tiap getir mereka moga berkesudah

ya allah ya tuhanku,
panjangkan kasih aku buat mereka
biarkan kejap berlama-lama di hati mereka
moga diizinkan kami
bersama-sama ke syurga
moga jodoh kami
tidak habis cuma di dunia

ameen.










okay, mari berusaha untuk terus hidup. nanti kita sama-sama berjaya. dunia dan akhirat insyaallah. harap-harap. walaupun aku asyik tersilap langkah, terima kasih sebab masih ada menerusi whatsapp, facebook dan sebagainya. tapi, lain betul ya. lain betul bila cuma mampu ada korang di alam maya bukan di sisi sini.

haha, jangan risau. sebab iqa dah jadi izz, izz lebih berkuasa. haha. izz lagi kuat. insyaallah izz boleh survive untuk jangkamasa panjang lagi. macam split personaliti pula. lol. bukan, cuma sekarang kan dah sembilan belas, dan boleh fikir gaya orang-orang tua sikit. insyaallah. 

selagi tuhan kuatkan, selagi itu kalau terhempas, boleh terbang lagi.
biiznillah. allahu yusahhel.

okeylah. assalamualaikum. :)



p/s: sebab tu kelas yang paling aku suka yang paling aku tunggu-tunggu adalah kelas islamic law. mesti yeayyy. haha. aku suka. that suasana. suasana ittifaq. that suasana, yang buat aku rasa, hidup.


Saturday, November 1, 2014

lemme go


hazim called, and we talked about random things. stuffs that do not matter. like the old days. kinda missing my old colleagues. i dont know. it is hard to pretend that you dont miss someone. i keep telling myself that it doesnt bother but deep down my heart, it bothers. i want all of my friends to be here. the ones from high school, uitm kuantan, uitm seremban. haha, what an impossible hope. 

but i have to stay strong. i need to remain strong. so that i can finish my degree. i can have my own job, my own money, my own car, my own house haha and travel on my own. i want to go around the world. phewww. what a dream. 

can i just go to a place where i can lay on the ground, watching the starry skies in the midnight while grateful for being alive until that day? i hope i can do so.

a sky.
a sky that full of stars.

god, may i?
one day, please.

lemme go to korea, france, italy, venezuela, uk, czech republic etc.

let's dream.
and fight for it.

this world is so beautiful.
yet fulfilled with pretty people.

be kind.
be positive.

okay?
okay.