Tuesday, December 29, 2015

merepek


aku ingat lagi masa asasi dekat kuantan dulu, sir kamarul cakap yang dia masa degree, tiap kali exam tiap kali tu lah tak pernah jawab soalan dengan habis. sebab tak cukup masa. haha. masa tu aku macam, takkanlah tak cukup setiap paper empat soalan je kot. gituuuu. sebab masa asasi paper dia tak ada lah sampai tak cukup masa nak jawab.

haaaaaaa. kan betul sir cakap. faham tak perasaan, okay, aku tahu ni. belek lagi, haaa yang ini macam ini. belek lagi, haaaa yang itu macam gitu. sekali lima belas minit terakhir baru gelabah nak buat soalan yang macam gini yang macam gitu.

mulalah seret-seret je tulisan macam cacing (dengan harapan cikgu faham setiap huruf kat depan) lepas tu besar kecil besar kecil je tulisan sebab kau dah tak mampu tak ada daya nak tulis dan tangan kau terlalu lembab dah habis tenaga nak menulis tapi kau tahu kau tak boleh berhenti selagi akak peperiksaan tak tunggu kau kat sebelah meja nak kutip jawapan.

banyak sangat benda nak merepek tapi tak ada masaaaaaa ya tuhan. sedihnya. lepas habis, pegang tangan madam nak salam lepas tu pandang muka madam lepas tu dengan ikhlas redha pasrah yakin, "madam. maafkan tulisan saya. soalan 1 dengan 2 je tulisan cantik." pandang muka madam lagi. salam seikhlas hati. gituuuu anak murid yang kehilangan arah tuju.

* * * * *

hidup memang macam ni kan? padahal setiap benda tu cuma perlukan gist. cuma perlukan benda yang perlu. kalau merepek semua benda nak campur nak buat nak harung, memang haru biru lah ceritanya. jadi, moral hari ini?

jangan mengarut tika jawab exam. apatah lagi dalam kehidupan.

* * * * *

"self-pity will not get you anywhere."



loser


final exam kali ini macam tak guna sikit. haha. aku lah yang tak gunanya. nasib baik ada cila, rumet dengan sis yang duk brainwash aku tiap kali malam sebelum exam. masa tu laaa nak ingat cases haaa baru nak tahu facts apa semua sampai tiap kali discuss tiap kali tu aku cakap kat diorang aku tak patut amik law. sempat lagi tak nak tukar kulinari? kahkah diorang gelak. masuk pertandingan hias cupcakes pun buruk. ada hati. hey! masak je lah. hias bagi la orang lain. lepas tu sis dengan suara memujuknya,"sis, sikit lagi. dah sem 3 dah pun." k fine. k. sambung menghafal.

entahlah, kalau diikut hati aku kesian dengan diorang sebab duk bagi special lesson kat aku, nak ulang-ulang ajar, nak bagitahu cases mana yang penting, nak paksa aku ingat, nak bagi aku semangat lagi.. padahal diorang pun tengah struggle.

tapi mungkin sebab diorang lagi kesiankan aku kot, nampak macam loser sangat haha tak tahu lah kalau tak ada diorang. mungkin aku akan menangis di sebalik nota. nasib baik ada member tsk tssskkk.

dah, dah habis revision untuk esok. harapnya dipermudah. haha aku macam slow sikit untuk subjek sem ni. bukan sikit, slow banyak. takpe, slow banyak takpe. merangkaklah. at least sampai. daripada diam terus menyerah. no way kan? no way.

doakan aku dan kawan-kawan untuk criminal, mandarin dan consti yang masih berbaki. doakan kawan-kawan yang banyak sangat tolong aku, curah ilmu kat aku, bagi notes dan paksa aku belajar sampai ke habis walaupun aku jenis yang surrender kalau tak faham terus nak pejam mata huhu tapi haruslah dihalang. maka gigihlah diorang nak menerangkan segala benda yang aku payah nak faham. i cannot brain omg. saya memang menyusahkan. saya tahu. saya minta maaf. (terharu betapa sebenarnya aku punya kawan-kawan yang akan suruh kau berdiri jugak walaupun kau dah terlentang kat lantai)

aku sebenarnya, rindu rumah. huwaaaaaa. rindu papa mama atin sarah adam adib farah tok acu mokngoh sob sob sob. rindunya ya tuhan... tabahlah. tabah. doakan ika deh.

esok yang baik-baik sahaja harapnya.
selamat malam, sintok.


Monday, December 28, 2015

selamat ulang tahun yang kosong


tiga; tiada
sepertinya biasa
seakan lupa
siang bahagia
cuma berpura
malam tiba
kenangan melilau
jatuh airmata
benar rupanya
sudah lama
tapi kenapa
dalam jiwa
masih gila
aku tanya
sampai bila
pergi saja
sini juga
mahu punya
hidup tanpa
walau secebis
dongeng kita





Tuesday, December 22, 2015

error


the moment i said that i wont give up;
but actually i already give up.

GIVING UP.

GIVING ALL MY HOPES AND DREAMS UP TO THE SKY AND THEN WATCH THEM SCATTER INTO DUST AND LET THEM FADE AWAY SOMEWHERE ON EARTH;

BECAUSE SERIOUSLY I CANNOT DO THIS ANYMORE.


Monday, December 21, 2015

sebab


rindu nak belajar bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arab... yang proper. pergi kelas, buat esei, poems, ayat balaghah dan so on so forth.

rasa muak. rasa jemu kalau tak ada jenis matapelajaran macam ni. alaaaa rindunya.

bosan.

dah bosan dengan facts, statutes and cases.

nak menulis ikut suka hati.
nak menulis bayangan mimpi.
nak menulis tak digari.

benci.

dah lima semester okay kau bergelumang. tinggal lima semester lagi. sabarlah. kau sendiri tahu kenapa kau pilih jalan ini, kan?

ingat tak,
-i will finish what i have started.

ingat tak,
-kalaupun aku menyesal nanti, sekurang-kurangnya aku takkan menyesal sebab aku dah buat pilihan yang aku memang nak.

ingat tak,
-passion can come second. the first will always be the intention.

dan ingat tak,


kan?

aku rasa kebanyakan orang ada sebab yang sama kenapa masih tak mahu mengalah, dan bertahan.

(merasionalkan diri)

(lapar)

(nak ciken cop, nasi ayam, sotong celup tepung, cheese cake mama)

(sabar lah)

(kembali bersemangat)




Saturday, December 19, 2015

maggi


dalam waktu-waktu macam ni,
tahap pemalas nak buat apa-apa sebab penat hadap buku-

makan maggi macam makan mamee krup krup je.

sebab lapar sangat tapi malas nak renyah.

*menangis*

walaupun fikir banyak kali sebab napie dah cakap tak boleh makan macam tu lilin okay lilin alaaa dah tuuuuuuu huhuhu sebab aku makan macam tu je maggi eizah hari tu hahah.

tapi apa kaitan maggi dengan hidup sekarang?
macam maggi, putar belit simpang siur.


.

.

.


sesat.
kalau tak mahu sesat, harus diperca.

dua-dua gila.


Thursday, December 17, 2015

memang


memang aku je ke yang rasa salah ambil kos tiap kali nak exam? memang aku je ke yang fikir betul ke tak benda yang aku buat ni? memang aku je ke yang nak patah balik, i shouldnt do this? memang aku je ke yang rasa tak confident? memang aku je ke yang rasa aku tak patut belajar benda mengarut macam ni? memang aku je ke yang rasa sepatutnya aku tak payah pilih jalan yang aku rasa aku boleh buat, dan terima yang aku memang kena buat? memang aku je ke rasa minat dan cinta yang datang kemudian ni macam tak masuk akal? memang aku je ke yang rasa tak boleh nak blend in? memang aku je ke yang rasa ya ampun macam mana aku boleh bertahan dua tahun lebih belajar macam gini? memang aku je ke rasa ya tuhan ada dua tahun lebih lagi? memang aku je ke yang rasa apabende woi apebende aaargh?!

memang aku je ke yang gila malam ni?


Wednesday, December 16, 2015

and, it feels like family.


sejak dua menjak hidup tak menentu ni, makan pun tak menentu. bila duduk dengan bebudak yang kaki makan lepas midnight ni memang cerita dia makan sama lah. kalau dah wann, napie, ika, eizah, franky, ipah, daus memang kejap-kejap maggi la, ruski la, vico la, biskut la, roti la, keropok la. masalah dia sebab napie yang suka masak. lepastu orang lain suka makan haha.

haritu napie buatkan maggie satu jug (budak asrama kan). tapi, aku kan tak suka maggie kari. rela aku tunggu diorang habis makan apa semua, baru napie masakkan ruski untuk aku. menangis terharu kejap sebab ada orang sudi buatkan ruski tengah-tengah malam.

esok-esoknya pulak, napie pergi buat mushroom soup pulak. alahai. esok-esoknya lagi, wann dengan napie goreng keropok. haha pantang bab makanan. i dont know. it just feels like family. it just feels like home.

semalam napie suruh aku belikan air mesin. padahal kat luar bilik je pun. sanggup bagi aku seringgit upah suruh belikan air yang aku mahu juga. sekali beli kopi ais. dah lama gila tak minum kopi. hasilnya pukul 4 pagi lebih baru dapat pejam. aku tak tahu sejak bila aku tak boleh react elok-elok dengan kopi. it hurts. hahaha. sumpah final exam pun aku takkan minum.

minggu lepas, duduk lepak dalam bilik sama-sama buat kerja. haha selalunya buat kerja pasal kolej yang kejap. kerja sendiri yang lama. masa tu stress buat buku mandarin. terus pejam mata atas sofa haha. ipah tolong tuliskan untuk aku karakter tu. wann buatkan air vico. tak, aku yang bangun-bangun lapar lepas tu semua duk pakat mintak air dia. wann memang redha dengan perangai bebudak ni hahah.

lepas tu napie buat #pickupline--

"kasih sayang izz sebanyak maggi ruski napie, sesedap air vico wann, dan setebal buku mandarin ipah."

kahkahkah diorang gelak. ya, aku tulis memang tak kelakar. tapi, situasi dia memang bantai la kena bahan.




aku tak pernah rasa yang aku akan sayangkan uum macam ni (despite of love-hate relationship yang tak sudah-sudah sebab stress dengan tak stress sama banyak). dah semester tiga, baru rasa. betul la kot, kat mana kita ditempatkan.. actually it is the best place untuk kita. orang lain tempatnya di sana, sebab hidup dia akan bermakna di sana. kita tempatnya di sini, sebab hidup kita mungkin akan bermakna di sini. kan?

and macam mana lah it doesnt feel like family--
kalau dah hampir hari-hari nak siapkan kerja + lepak sekali balik dari bilik pukul 3 pagi,
tido sebantal dengan eizah atas lantai sementara tunggu orang lain siap,
napie masakkan makanan tengah-tengah malam,
kena bahan dengan ika sampai rasa nak lempar bantal,
kena marah bebel dengan wann sebab cari pisau tak jumpa depan mata,
ipah yang tolong siapkan homework,
franky dengan daus yang suka mengusik,

alahai. macam mana?
kalau dah asyik habiskan masa sama-sama walaupun kejap-kejap takde arah tuju,
macam mana tak rasa macam family? walaupun kebanyakan rasa macam nak sepak je sorang-sorang sebab asyik buat sakit hati. hahah. kalau terasa kejap, selepas lima minit, baik balik. sebab nak mintak makanan hahahah.






tinggal


setiap hari, aku cuba berbicara dengan hidup,
seperti aku mampu tahu esok jadinya apa,
seakan aku mahu rayu untuk esok jadi persis yang dibayang-bayang.

setiap hari, aku paling takut akan hilang,
tentang wajah-wajah yang aku sayang, mungkinkah nanti pudar?
tentang cinta-cinta yang aku dukung, mungkinkah nanti pergi?
tentang hidup yang bagaimana lagi, kalau tiada?

setiap hari, aku berbicara soal abadi,
tahu, semua tidak kekal,
faham, termasuk aku nanti jua tinggal picisan memori.

tuhan, kalau di dunia aku sudah merasakan seperti syurga bilamana menatap wajah-wajah kesayangan hamba.. lalu, sudikah didengar untuk tiap kami saling memandang habis selesai semuanya berakhir?


*untuk-
tok, acu, papa, mama, atin, sarah, adam, adib, farah, cheqcheq, tera.
juga-
manusia.




14122015/
dalamrenungjauhyangpanjang



Saturday, December 12, 2015

alaaaaa


rindu.

pergi sana rindu sini,
pergi sini rindu sana.

alahai, hidup.

tapi, alaaaaaa.
rindu.







Wednesday, December 9, 2015

sehari lagi



akhirnya.
akhirnyaaaa.

ya tuhan, dua minggu yang sangat menghiris mental dan fizikal. tak ada hujung minggu sebab program dan setiap hari yang sangat sangat sangat buat aku terfikir, kalau terjun tingkat tiga jadi apa eh? ya, dah sampai tahap itu. dah macam orang gila. tidur bangun tak menentu. buat presentation macam orang kabut. pergi exam lambat. sepanjang semester tak pernah tidur dalam kelas family law, boleh pulak yakin tidur. rasanya tak pernah budak-budak ni tidur dalam kelas madame sebab nak kena think, kan hihu. 

hinggakan tahap aku beli buku mewarna sekali dengan krayon, sebab nak hidup balik. how pathetic my past two weeks. aku pun tak sangka macam mana aku boleh hidup macam ni. 

akhirnya.
akhirnya semua kerja dah submit. tinggal nak fokus untuk final exam.

tuhan, berikan aku sedikit sahaja sabar lagi.
esok sehari lagi.

supaya esok aku bisa terus berdoa;
sehari lagi.

dan, sehari lagi.


Saturday, December 5, 2015

mana awak? saya rindu


di tahap yang sekarang
aku cuma mahu meraung
pada dunia yang menarik tegang
pada manusia yang mengerikan sekeliling

setiap kita memang cuma selalu lihat kita yang teraniaya
setiap kita memang cuma memikir dalam pada yang dianggap
setiap kita memang cuma lupa pada kita juga pernah
setiap kita memang cuma hidup untuk membela perasaan sendiri

nah, kalau begitu
pegang sahaja masa lalu
tolak tepi semua
jangan anjak masa
biarkan di situ

kalau yang padanya hidup cuma baik-baik;
apa gunanya hujan di kala matahari?