sejak dua menjak hidup tak menentu ni, makan pun tak menentu. bila duduk dengan bebudak yang kaki makan lepas midnight ni memang cerita dia makan sama lah. kalau dah wann, napie, ika, eizah, franky, ipah, daus memang kejap-kejap maggi la, ruski la, vico la, biskut la, roti la, keropok la. masalah dia sebab napie yang suka masak. lepastu orang lain suka makan haha.
haritu napie buatkan maggie satu jug (budak asrama kan). tapi, aku kan tak suka maggie kari. rela aku tunggu diorang habis makan apa semua, baru napie masakkan ruski untuk aku. menangis terharu kejap sebab ada orang sudi buatkan ruski tengah-tengah malam.
esok-esoknya pulak, napie pergi buat mushroom soup pulak. alahai. esok-esoknya lagi, wann dengan napie goreng keropok. haha pantang bab makanan. i dont know. it just feels like family. it just feels like home.
semalam napie suruh aku belikan air mesin. padahal kat luar bilik je pun. sanggup bagi aku seringgit upah suruh belikan air yang aku mahu juga. sekali beli kopi ais. dah lama gila tak minum kopi. hasilnya pukul 4 pagi lebih baru dapat pejam. aku tak tahu sejak bila aku tak boleh react elok-elok dengan kopi. it hurts. hahaha. sumpah final exam pun aku takkan minum.
minggu lepas, duduk lepak dalam bilik sama-sama buat kerja. haha selalunya buat kerja pasal kolej yang kejap. kerja sendiri yang lama. masa tu stress buat buku mandarin. terus pejam mata atas sofa haha. ipah tolong tuliskan untuk aku karakter tu. wann buatkan air vico. tak, aku yang bangun-bangun lapar lepas tu semua duk pakat mintak air dia. wann memang redha dengan perangai bebudak ni hahah.
lepas tu napie buat #pickupline--
"kasih sayang izz sebanyak maggi ruski napie, sesedap air vico wann, dan setebal buku mandarin ipah."
kahkahkah diorang gelak. ya, aku tulis memang tak kelakar. tapi, situasi dia memang bantai la kena bahan.
aku tak pernah rasa yang aku akan sayangkan uum macam ni (despite of love-hate relationship yang tak sudah-sudah sebab stress dengan tak stress sama banyak). dah semester tiga, baru rasa. betul la kot, kat mana kita ditempatkan.. actually it is the best place untuk kita. orang lain tempatnya di sana, sebab hidup dia akan bermakna di sana. kita tempatnya di sini, sebab hidup kita mungkin akan bermakna di sini. kan?
and macam mana lah it doesnt feel like family--
kalau dah hampir hari-hari nak siapkan kerja + lepak sekali balik dari bilik pukul 3 pagi,
tido sebantal dengan eizah atas lantai sementara tunggu orang lain siap,
napie masakkan makanan tengah-tengah malam,
kena bahan dengan ika sampai rasa nak lempar bantal,
kena marah bebel dengan wann sebab cari pisau tak jumpa depan mata,
ipah yang tolong siapkan homework,
franky dengan daus yang suka mengusik,
alahai. macam mana?
kalau dah asyik habiskan masa sama-sama walaupun kejap-kejap takde arah tuju,
macam mana tak rasa macam family? walaupun kebanyakan rasa macam nak sepak je sorang-sorang sebab asyik buat sakit hati. hahah. kalau terasa kejap, selepas lima minit, baik balik. sebab nak mintak makanan hahahah.
No comments:
Post a Comment