Sunday, August 29, 2010

Oo laa laaa


Assalamualaikum.

Banyak sangat cerita minggu ini. Sampai rasa malas mahu tulis, nanti jadi panjangggggggg.. Hehehe.

SABTU

Tak pergi asrama, nak tengok CintaKirana. Hahahaha, tengok Galang laaa :)

AHAD

Pagi pergi sekolah, angkut sekali dengan beg-baju-apa-entah. Pagi itu agak gedikk, sebab asyik cakap pasal Galang. Urhhhh, kenapa dia handsome sangat? Muahahahaha :D Masa PAI, pergi exam math. HAHA, waaaaa waaaaaa. Satu je yang aku nak cakap, blurrr ! Muahahaha, tengok markah lepas tu, waaaaaaaa.. T_T . Teacher Rose pun cakap 'takpe, demam kea..' Hehehe, aku pun cakap 'dok sabit pon' Teacher pun senyum je.. Lepas tu, ustazah PAI pun tengok aku. Dia hulur kertas PAI sambil cakap 'nah, hadiah untuk awak..' HAHA. Aku tersengih sengih tengok markah. 95% .

Masuk kelas, BI. Tapi, teacher tak bagi laa markah. Bincang kertas periksa.Waktu SN, okay laa result tu. Pasal kertas satu memang teruk, nasib baik kertas dua jadi penyelamat. HAHA. Lepas tu, BA. Yeayyyyy! Dapat A. Syokkk je rasa! Ngeeehahahaha. Lepas solat, waktu math.. okayy, redha je laaa degan result :)

ISNIN

Macam biasa biasa aje gitu .

SELASA

Pun macam biasa . Hahaha, tak ingat apa yang istimewa.

RABU 

Geram dengan result KH! Huhuhhh, Sya Izz akan pulun habis habisan selagi masa masih ada !

KHAMIS

Masa PAI, masuk library, best...  Hahaha, dan dapat balik rumah tercinta! Muahahha.

JUMAAT

Memang sangat best! Pagi, teman mama pergi klinik gigi kat Jerteh. Then, shopping raya.. Wahahaa. Seliapar raya I sangat cantik tau, ngeh ngeh ngeh. Kat econjaya, sempat terserempak dengan ZFathi. HAHAHA, ustaza yaa pun ada, muahaha. Sengih je. Jalan jalan , akhirnya sampai dekat butik peace. O laa laa, agak lama laa duduk kat situ.. Dalam dua jam gitu, sambil tunggu papa solat Jumaat. HAHA, baru aku rasa jadi perempuan betul betul. Nak pilih cuba baju berjam jam. Niat asal mahu mencari jubah akhirnya TERbeli baju kurung. Cantik! Bagi aku laa, hitam pink gitu. Harga pun cantik juga! Hahaha. Dapat cincin, simple je. Ngeeee ~ Lepas tu, terus pulang ke P Puteh.. Okay, dapat jumpa ayah sue's family. Amir, Dini, Dina, Ayish, Amiy. Waahaha. Main punya main, haihhh. Amir nangis, aku peluk. Dini nangis, aku peluk. Ayish nangis, aku peluk. Hak, hak, hak. Sayang sangat diorang! Petang tu pergi rumah mama long, macam biasa.. Lalu jalan denai.. Hahaha, pergi baca novel lelaki berkasut merah. Tapi, tak sempat habis.. sikit je. Petang tu, Ijak balik. Owhhh, budak MCKK dah balik. Lama sangat tak jumpa dia dan Yoe. Hahaha, sepupu kesayangan aku wehh.. Maklumlah, pelajar asrama laa katakan. Sempat cakap cakap dengan Ijak, bla bla bla. Okay, dalam pukul 7, baru kitorang ramai ramai pergi semula rumah Tok Ayah, hahaha. Bagus punya anak, tak menolong pun.. Hihihi, sekali sekala. Ijak dah mendahului di depan, aku dengan Iylah dan K Atin dengan K Teha di belakang. Kami cakap punya cakap, tiba tiba si Ijak keluar dari celahan pokok. Aaaa! Punyalah menempik sebab terperanjat. Dushh! Kemudian, sampai kat rumah Tok, Che Su and family dah ada [tok sedara aku]. Amik anak K Amy, dukung.. Comel! Apasal sepupu sepupu aku ni semua kecik kecik lagi? Hahaha. Yang sebaya ramai tak datang. Okey, aku.. K Atin, K Teha pergi rumah Pak Muda Jak, hantar makanan.. Belakang rumah Che Su je. Rumah Che Su belakang rumah tok. Oo Laa Laaa. Hahaha, sekawasan tu memang keluarga kami saja. Tu yang best! Bagi salam punya bagi salam, tak ada orang buka... Tiba Tiba punya azan maghrib. Budak budak lelaki kecik dah berlari masuk rumah, termasuk Ijak. Hahaha, buka puasa .. buka puasa! Diorang cakap, kitorang ni dengan keayuan pulang laa semula ke rumah tok. Makan makan, best! Lepas makan, terus ikut Iylah, Ijak, Anif dengan Arif balik rumah mama long. Heeee, nak habiskan novel.. Malam tu, cakap cakap dengan Iylah.. Berdua je dalam bilik, macam macam yang kitorang cerita.. Best!!!

SABTU

Macam macam ada . Hailaaaaa.


Okayy, sudah habis cerita. Mahu pergi asrama! Huhu, Khamis ni I balik semula yaa! Waittt for me, sayang.

Sayang = belog ^_^


Saturday, August 21, 2010

Balik Kampung


Selamat pagi !

Hurmmm, semalam buka puasa dekat rumah Tok. Yeahhh, kali pertama balik ni. Petang tu, dah terlentang atas katil, kipas dua tiga butir mengelilingi. Muahahaha, panas panas. :P Sempat bergayut dengan atok palsu aku.. Muahahahahahaha. Ada pakatan rahasia lagi, deal! Setelah puas bertikam lidah, akhirnya kami mengambil jalan yang lurus. Kah, kah, kah. Bertepatan dengan peribahasa.. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Kami akan pastikan, tahun ini tahun terindah buat dia. :) Just wait and see, bro.. Haha

Malamnya pergi rumah Tok dekat Pasir Puteh. Che' Ma dengan Che' Mah ada. Yeahhh, main dengan sepupu sepupu aku yang kecik kecik lagi. Kali pertama jumpa Aikal yang dah besar sikit. Comel sangat, putih dan tembam! Aku ingat Amie anak Ayah Su, Muahaha. Tak habis habis aku main. Main juga dengan abang Aikal, Akim. Yang ni dah besar sikit.. Aku usik dia sebab botol susu dia warna pink! Haha. :D 

Kemudian, balik rumah tok kat semerak. Tidur kat sana.. Oo yeahhh. Malam tu, ada budak merajuk dengan aku.. Akhirnya aku hantar gini 'Z, aku minta maaf.. Bila aku mati nanti, sekurang kurangnya mu ingat aku..' Zupp! Tak sampai satu saat dah balas tanya aku ngigau ke.. Siap call lagi, hahaha. Konon konon tak baik laa aku cakap macam tu. Tapi, bukankah manusia yang paling bijak ialah manusia yang mengingati mati, wahai kawanku? Ngeh, ngeh, ngeh.. :)

Sahur yang paling best, sebab kat rumah Tok.. Ni yang buat aku tak mau pergi asrama. Tak sedap sangat makanan ! Tapi, macam Z cakap.. Kalau tak ada makanan langsung? Hehe, okayyy. 

Konklusinya, hujung minggu yang bahagia. 

Ouh, minggu depan kena siapkan diri, untuk result trial. Hua hua hua. Setakat ini, result trial laa yang aku paling pasrah dan tak kisah. Bak kata pontianak aku 'Ada aku kisah? Tak ada...' Suka hati ko laa wahai result trial. 

:P


Arghhh! Tak boleh tengok Galang.. buat aku benci asrama! Hahahaha. Histeria aku kalau tengok Galang, smart amat. Muaahahaha. :D

Friday, August 20, 2010

Galang



Waaa waaa waaa. Cinta Kirana. Handsome amat hero nya. HAHA. 

:D

Thursday, August 19, 2010

Minggu TRIAL PMR'10


Assalamualaikum !

Alhamdulillah, hari ini hari Khamis maka berakhir sudah peperiksaan TRIAL PMR'10. Yeayyyyy! Uhuu, tapi aku buat buat merdeka pasal iyalah math dengan sejarah tak periksa lagi. Kenapa? Dah, aku nak cerita ikut kronologi dulu. Sejarah minggu ini laa katakan.

بسم الله الرحمن الرحيم


AHAD

Well, malam tu memang tak berapa membaca laa kitorang. Sebab Ahad periksa BM saja. Jadi, kena utamakan subjek yang sentiasa mahu membunuh result kami yaa. Paginya, jawablah exam dengan tenang dan teruja. HAHA. Mestilah teruja, BM kan... Alhamdulillah, agak okay laa. Petang tu, kitorang baca PAI. Sebab, hari Isnin exam PAI dengan BI. Ooo yeahhh :D Aku ni pula ke hulu ke hilir dengan buku PAI tapi dari petang sampai ke malam masih tak beralih tajuk lagi. Wakaka. Aku akui, selalu aku baca PAI pagi sebelum exam je.. Baca laa macam mana pun asal habis satu buku dalam masa sejam gitu. Dan, balun je laa dalam exam. Begitulah tabiat aku, sejak dari tingkatan dua. Hehehe, alhamdulillah dapat A sokmo.. Tu yang tabiat tak pernah berubah je. Jadi, sejak aku duduk kat hostel ini.. Kawan kawan asyik pegang buku PAI je, so aku pegang jugalah.. Ambil berkat katakan.. :D Muahahahaha. Malam pula, Amni datang bilik aku.. Kitorang study sains tau! Hahaha. Rajin tak? Rajin tak? Rajin tak? :P Hehe, punyalah mengantuk masa nak study sains.. Akhirnya ambil keputusan nak tidur. Tapi, bila nak tidur... TERcakap banyak pula. Cerita itu ini macam macam. Mata pun jadi segar. Eishh, menggedik sungguh mata ni. Jadi, berceritalah kami sampai kami tak sedar pun bila masa tertidur. Bangun bangun je sudah sahur sahur. Muahaha.

ISNIN

Hari ni exam PAI dengan BI. Lalala, PAI alhamdulillah okay. BI kertas 1 pun alhamdulillah juga. BI kertas 2... astaghfirullah hal 'azim... Sob, sob. Hancur! Karangan aku laa. Dah laa tengah hari, mengantuk.. Nak mengarang pula.. Aku ni dah laa tak tau perkataan canal. Hehe, aku guna juga.. Aku ingat maksudnya jambatan. HAHA. Rupanya parit. So, bayangkan lah bila aku buat canal cracked bila aku lalu dan terbelah dua lalu aku pun jatuh ke dalam river. Omaigod. Tak apa, nasib baik ramai yang buat macam aku. haha. Masing masing gelak je bila kami bincang balik. Gelak guling guling :P Malamnya, aku dah jadi pelik. Sebab, rasa sejuk sejuk dingin panas gitu. Haha, ala ala nak demam.. Huhu. Tapi, aku buat dunno je laa kan. Last-last, rasa terhuyung hayang je nak terawih. Haihh, tak apa.. Gagahkan. Ceh, kemudian aku belajar sains dengan Cipaa. Tu pun paksa diri. Dan, senyap je sikit aku malam tu. Balik prep, Amni datang study sekali lagi.. Tapi, aku dah baring kat katil dah. Selimut, bantal siap dipeluk lagi. Dingin sangat. Haihhh. Sempat study kejap je dengan Amni, kemudian aku pun tidur. Amni pun tidur juga laa. Hehe. :)

SELASA

Bangun pagi sudah pening pening lalat. Sahur minum air kosong je. Huarghhhhhh. Hehehe, tak apa.. Sabar. Tidur balik. 6.30 pagi; kecoh beb asrama tak ada air. HAHA. aku rasa satu sekolah pun tak ada air juga. Ada yang mandi kat surau laa. Sana situ. Hehe. Oh laa laa. Pagi tu, aku turun awal solat subuh. Kira awal laa tu sebab masa tu orang tengah mandi semua kan.. Around 0650 gitu kot.. Masa tu aku dah memang blurrrr. Urh, aku solat kat saf depan.. Tak ada orang langsung.. Maka, boleh aku baring lepas solat. Lama juga laa, memang tak larat nak bangun. Huhuhu. Tapi, macam biasa ada perjumpaan pagi maka aku kuatkan laa juga. Ehhh, hari ni exam! Harus kuat. Hehe. Dan, sementara tunggu pukul 8 pagi [nak exam Geo].. Aku langsung tak sentuh buku geo. Semalam pun sama. Mood dah tak ada. Dengan keadaan macam tu, aku just duduk sorang sorang senyap senyap kat tempat aku. Okay, tiba tiba rasa nak nangis. Perit sangat rasa. Oo laa laa. Aku tekup muka kat meja dan dengan murahnya air mata aku mencurah. Hahaha. Dah fikir ni, tak mungkin dapat A geo. Muahahaha. Lama juga laa. Akhirnya, Amni pergi kat aku, dia tanya okay ke. Macam biasa, sentuh dahi.. Panas whoa! Haha, aku pun kesat laa mata. Sengih gitu je, maknanya okay. Bila Amni pergi, aku sambung nangis balik. HAHA. Berhenti pula, Khaleeda datang tanya apa entah. Haha. Aku ni memang dah tak boleh layan orang kalau dah air mata bercucuran. Aku tahan ni air mata dari tumpah, akhirnya nampak laa mataku bergenang. Eeda pun tanya 'are u okay?' Haha. Aku nak sangat jawab dengan suara tapi aku just angguk sebab aku dah tak mampu bersuara. Nanti menangis jadinya, maklumlah.. Dari kecil aku begini, tak akan mampu bercakap dengan orang kalau rasa nak nangis. Sob, sob, sob. Eeda pun chaw, dan aku pun konon konon pasrah laa untuk exam geo ni. HAHA, konon konon pasrah pun alhamdulillah laa tu dapat 67. Huhu

Hehe, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku menangis masa jawab peperiksaan. Iya, masa jawab geo. Aku takut sangat tak dapat A atau B. Sampai aku rasa geram, kenapa masa ini baru demam ni menggedik. Huhuhu. Sabar, sabar. Laju je air mata aku turun masa jawab geo.. sekejap sekejap berair.. Sob, sob. Sedih tahu tak? :( Akhirnya, aku balun je. Suka hati kamu lah encik geo weh. Hehehe.

Jawab exam sains kertas 1 pula. Yang ni aku dah okay sikit, cuma aku jawab sekali jalan je. Haha. Kemudian, tidur.. Dah pening pening tahap lebah dah. Sekali lagi, aku terpaksa pasrah. Ceih, pasrahkah itu? Hahaha. Tak laa. Cuma... hurmmm. Okay, lepas sains.. aku memang dah tak larat.. Muntah. Haihhh. Sampai tak sempat jawab sains 2, minta izin dengan teacher tak nak exam. HAHA. gile nak exam k2 hari tu juga, naya result sains nanti. :) Kemudian, pergi sickbay. Yeahhhh, aku enak enak aja tidur waktu orang lain tengah berperang dengan pemikiran. Lepas waktu solat, Jihah dengan WaWa pun mari laa jenguk aku. Lalalala, aku pun pergi surau dulu. Ada kelas BA, jadi aku nak pergi juga. Naik lewat sikit. Masuk je kelas, budak budak ni tengah buat latihan nahu. Okaii, glamour babe aku hari ni. Haha, lepas sorang sorang tanya okay tak. Ada yang sentuh dahi. Well, so caring y'all. Muahhhhh. ^_^ Part yang paling best bila kelas dah berakhir.. Aku last pergi salam dengan ustazah Rohani sayang.. Masa tu ustazah tengah ajar Akkir. Tiba tiba je ustazah berpaling kat aku dengan muka ala ala terkejut tanya 'awak demam ke?'. Aduihh, aku tak boleh laa bab bab caring gini.. Rasa  nak nangis je. Sebab tu aku senyum dan angguk je. Then, ustazah tanya 'boleh jawab dok pekse tadi?'. Aku jawab 'boleh laa juga, cuma sains k2 je dok pekse ag'. Ustazah pun angguk je sambil cakap 'doh bia, jaga kesihatan tu.. jawab molek deh exam.. Good luck' Haha. Sweet gitu lorh.

Petang tu aku tidur tidur dan tidur aje. Jadi puteri beradu laa katakan. Muahaha. Yang bestnya, Amni datang jenguk aku.. Tanya itu ini.. Then, Cipaa pula datang.. Datang duduk di birai katil aku. Ceih, katil Hani sebenarnya, katil aku katil atas. Hak, hak, hak. Ermmm, aku pejam mata je. Lama laa juga Cipaa senyap je. Sempat peluk dia.. Panas whoa badan aku. Then, aku turun pergi solat Asar. Kat surau, Ada pula tanya. Akhirnya, aku ikut Ada dan Cipaa ke dorm diorang. Boleh pula kak form 6 paksa aku makan obat. Dah laa bulat, besar gedabak pula tu. Ada dekat 10 minit aku nak makan tak nak makan nak makan tak nak makan , akhirnya telan. Eishhh, tobat aku tak suka obat! Yang sweetnya, mereka semua baik sangat sangat.

Hahaha, last last malam tu, orang terawih aku tidur kat belakang. Chop! Dah cakap kat ustazah tau. Hahaha. Pukul 10.15 malam, aku.. Cipaa dengan Cena naik.. Diorang teman aku kemas barang sikit. Yeahhh! Balik rumah! Rasa nak melompat lompat je. Haha. Tapi, sejuk sangat rasa. Agagagagaga ~ Thanks yaa buat gadis gadis kesayanganku, HusnaSyifaa dan HusnaMadiha. Dua kali pula tu korang sanggup teman aku naik turun aspuri. Haha. Sayang kamu berdua. Sangat sangat.

RABU

Tak pergi sekolah. Demam. Maka, terlepas exam Sj dan Mt. Huhuhu. Gerammm sangat! Tak apa, sempat main jawab soalan dengan Exora. Kan kan kan? Hahaha. Malamnya, bertimbun buku atas meja, study laa katakan. Tiba-tiba je mood jadi turun. Sampai aku macam ni kat dia 

'malas sero nk study, bukan boleh A pun'

dia pun cakap 'eishh, jangan mengalah.. bla3'

aku pun cakap 'urh, tau...'

dia cakap 'jangan gitu, tak pe.. nanti stdy sama2 ke.. jgn gini'

aku cakap 'okaiii, sya izz mana mengalah, kan kan kan ?'

dia cakap 'cam tu laa..'


KHAMIS

KH dan BA. KH tu aku memang dah putus asa untuk trial ni. Well, aku sangat sangat 'suka' KH! Hehe, sabar je laaa. Masa BA, aku tengah menge'check' balik jawapan.. Sementara tunggu masa habis. Kemudian, si gedik yang duduk belakang aku ni dah lama siap.. memandangkan kaki dia panjang sangat kot, boleh dia main tolak kerusi aku. Huarghhh, banyak kali sangat. Sampai ada je budak budak sengih je tengok. Aku siap warning 'sekali lagi mu wat, siap mu'. Dia buat dunno je. Oohhh, ingat aku tak berani ehh? Lastnya, dia buat sekali lagi.. Aku pun paling ke muka aku ke belakang aku cakap 'Ustazah! Tengok N nih!!' Haha. Aku tak menempik pun suara aku dah kuat tahap guna mikrofon.. Habis budak budak yang tengah periksa ni berpaling ke arah kitorang... Ramai yang gelak, N yang malu. Haa! Kan aku dah cakap, maka aku kotakan. HAHA. Ustazah sengih je.. Sambil cakap 'saya nampak ehh awak semua duk buat mende.. nampak belake.. haha' Maka, padan muka! Huhh. Lepas solat exam Sn k2. HAHA. Nak menangis aku tengok SN k1 aku dapat 20/40. Wawww. Gerammnya. Arh.. Aku nak B aje! Maka, aku jawab k2 sungguh sungguh. Akhirnya, dapat laa 44/60. So, dapat lah 64. Huhu, syukur dapat B. Sempat buat sesi mencurah rasa.. Teacher bagi nasihat itu ini. Aku cakap laa persepsi aku ni pasal sains.. Susah laa itu ini.. Lastnya, teacher bagi perumpamaan.. 'Syafiqah kalau saya suruh syafiqah angkat batu.. tapi, syafiqah kata tak nak.. padahal syafiqah nampak je berat itu ini padahal syafiqah tak tahu sama ada batu tu berat sungguh ke, atau batu tu kapas, atau buatan manusia yang ringan ke..' Kemudian, teacher cerita pasal zaman remaja teacher macam mana dia trial mula itu ini. Sob, sob.. terharu aku dengar. Akhirnya, bila nak salam pulang.. teacher cakap 'usaha lagi deh..' . Aku jawab 'okay'. Hehe, cikgu cikgu suka je tambahkah huruf H dekat nama aku.. tapi, aku paling suka kalau teacher rahamah sebab dia cakap loghat kedah.. kedengaran best! lunak manis gitu.. hehe.

SENYUM.

Semua ada hikmah, kan?

Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia

antara kami dan mereka

antara kamu dan kita


Semua itu, terindah.

Oh, kejap. Minggu ini memang minggu yang menyakitkan bagi aku. Tapi, tetap termanis.. Haha, maka.. Sya Izz janji pada diri, Sya Izz tak akan pernah mengalah.. Selagi masa belum berakhir.

Ps : Aku dah tak kisah boleh berapa trial ni. Saket sangat rasa, urhh.. malas nak fikir. Cubaan, cubaan dan cubaan. Ada aku kisah? Tak ada.. Hehe.

0.O

Wednesday, August 18, 2010

Mereka Baik


*terharu*

mereka semua baik. Baik sangat sangat

T_T

Saturday, August 14, 2010

Cipaa love SyaIzz


Pada suatu PAGI yang hening,




Akhirnya,



SEKIAN.

Bintang


Salam

Lepas sahur, pergi kat beranda .

Mata mendongak ke atas. Tengok langit malam, penuh dengan bintang.

Sangat sangat cantik dan indah.

Night all a glimmers.

Nak jadi macam bintang.

Walau apa pun, tetap bercahaya.

Memang jauh, tapi nampak dekat sangat. Di hati :)

Friday, August 13, 2010

Celoteh SI, HI, HF, HM, SC ; ReviewTime


Assalamualaikum .

Hurmm, rasanya mahu sangat menaip panjang sepanjang panjangnya di sini. Ahaksss. Rindu sangat sangat mahu menulis. Tapi apakan daya, aku budak hostel. Kalau tak, setiap hari aku update untuk kenangan aku. Haha. Erm, jadi sekarang seminggu sekali je update. Maka, review untuk minggu ini. Korang tak nak baca pun tak apa, aku sekadar mahu mengenang memori aku. TerINDAH. :)

AHAD .

Huhuhu, macam biasa laa kan. Kehidupan sehari hari tak pernah berubah. Hak, hak. Rutin tak usah di cakap, memang sama ..

ISNIN .

Part ini best, bila kami jadi budak sekolah rendah kembali ! Omaigod. HAHA. Erm, waktu pulang.. HI dengan SI turun ikut tangga bilik guru. HI cakap HF pasal HM. Konon konon masalah laa. Haha. Last-last, HI panggil HM. Masa tu, SC pun ada dengan HM. Tak kisah laa pasal SC tu, pasal dia senyap aje. Budak cute katakan... Hahaha. Erm, then.. Perbincangan bermula dekat tangga bilik guru. SI dengan HF dah terkedepan, sambil borak .. Kaki kitorang menghala ke dewan makan. HI dengan HM terkebelakang sikit, sebab mahu selesaikan perbicangan mereka itu. Lalala, SC hanya ikut HM. Well, kami jalan berlima sampai lah ke dewan makan. Baru pisah, na na na.. Baru sedar, eyhhhh. Tak percaya betul.. Kah, kah, kah. Tak ke naya nampak dek orang.. Hurmm, macam macam laa bila dah jadi budak kecik balik.. Dekat bengkel KH, SI mula jalan slow. HF pun slowkan juga, ikut rentak. Kitorang still lagi berborak.. Sebab, tunggu HI.. HM dan SC jalan lambat sangat. Then, mulut memang tak berhenti. Cakap punya cakap... Haihhh.


:)


SELASA .

Tetap macam hari hari biasa. Cuma, biasa laa kan . Hari ni tak ada perjumpaan unit dan ada perjumpaan pengawas pss. HAHA. Aku boleh pula jadi terlebih emo. Kah, kah, kah. Punyalah tak puas hati ni.. Sebab, Syadid tegur pasal blazer. HAHA. Aku bukan tak puas hati sebab kena tegur. Malah, aku tak terasa langsung.. Sebab bukan untuk aku. Erm, cuma Syadid just cakap cakap gitu je. Aku beruntung sangat sebab dapat KP yang lembut dan tenang macam dia. Cakap pun slow talk je. Ngeee, tapi entah kenapa hari ni aku rasa arghhh je bila dia tegur macam tu. Nampak sangat budak budak akan buat tak kisah. Macam motto geng SA 'ade ak kesah? tak adaaa ' HAHA. Then, kami kena susun buku. HAHA, aku memang tak puas hati pasal ni. Ayat biasa aku 'aku tak mahu berpanas panasan walhal orang lain berdingin dinginan'. Hurm, lepas ni aku dah malas nak kisah. Hal diorang bukan hal aku. Yang penting, aku buat hal aku sendiri. Nak jadi orang yang pentingkan diri pula. 

Owww, mulut aku dah muncung dah masa tu. Aku pun pergi depan Syadid, maka tanpa perasaan aku membebel kat dia. HAHA. Alasan ? Sebab dia tegur lembut sangat. Dah berjuta kali tegur macam tu, that's why others buat dunno. Huh, kesian dia. Aku membebel macam mak nenek. Haha. Waww, tak beragak agak yaa, haha. Well, mungkin kurang sopan bila aku membebel dekat dia. Haha, apa ni.. Penolong Setiausaha membebel dekat Ketua Pengawas PSS ? Haha. Ada aku kisah ? Tak ada.... :P

Yang penting, aku dapat membebel. Huhu, kemudian aku pergi mengadu dekat K Farhah pula, Penolong KP. Hahaha, boleh je k Farhah gelak balik bila aku tiru gaya KP . HAHA. Tak beradap sungguh budak Sya Izz.. :) Tak apa, tak apa.. Emosi sedikit terubat bila boys keluarkan buku baru untuk letak kat rak. Apa lagi, kena sapu denga kitorang dulu laa. Aku pinjam.. Ombak bukan penghalang, Antara dendam dan perjuangan, Manikam Kalbu dan Cahaya Cinta. Hani pinjam.. Catatan seorang muda, Mata Hati dan Zahrah de tigris. Wawww, sempat lagi Syadid tanya 'dea ko nak bace ?' aku pun pot pet menunjukkan relax laa bro. HAHA. Agak lewat laa kami pergi dewan makan. Hampir tak ada orang, cuma ada geng laki kami dengan geng girls kami. Maksudnya, kawan kawan sekepala tak cukup ubat aku. Memang bising laa dewan dengan celoteh budak budak ni.. Siap main kena mengena lagi... Haha. Kami menikmati hidangan dengan semolek moleknya.. Sebab, esok dah puasa ! HAHA.

Lastnya, kesian dekat HF. HI asyik nak cakap tapi tak jadi. Bila HF gertak nak pergi HI baru nak buka mulut tapi tak jadi pula. Begitulah berulang sampaikan K Za sengih je tengok gelagat kitorang. Tak jadi juga cakap. Alasan, panjang ceritanya .... Haha. Petang tu SI dengan HI mengarang ye, hahaha. [MataHati & ZahrahDeTigris done!]

RABU .

Yeayyy, salam 1 Ramadhan wahhh. Tapi, memang tak turun sahur. Bangun gitu je, then tidur balik. Malas laa nak jalan ke dewan makan, bapak jauhhh. Haha, lainlah kalau asrama lama.. Huahuahua. Dewan makan lama di apit oleh asrama lama Puteri dan asrama Putera. Maknanya, ASPURA - DEWAN MAKAN - ASPURI . Satu blok setiap satu dalam satu kawasan je . Hurm, tapi ASPURI baru jauh sikit, di tepi pagar depan. Dewan makan baru pun tak guna lagi. Hailaa, ASPURI baru budak form 3,5 dan Upper 6 je penghuninya.. Da bombbb gitu. Hahaha. Di sekolah, masa nak turun tangga, terserempak dengan K Farhah kat tangga. Aku siap muncung mulut lagi, cakap aku tak nak pakai doh. Mogok katakan. Memang aku tak pakai, malass eh.  

Orang lain keras, aku pun boleh buat keras laaa. Boleh blah, ada aku kisah ? Tak ada.. [ HAHA, kenapa Sya Izz jadi macam ni ? Well, hati aku dah semakin keras sampai sekarang aku dah sukar nak fikir perasaan orang lain. Hidup yang buat aku begini, buat hati aku jadi kebal.. Mungkin, selepas ini korang akan tengok Sya Izz yang tak pernah ada perasaan. Sya Izz yang kejam. Sya Izz yang tak akan fikir perasaan orang. Sebab, aku tak mahu perasaan aku disiat lagi. Cukup, aku dah malas nak jadi budak baik lembut hati bla bla bla. Korang buat aku jadi macam ni... Aku tak ada pilihan. Ada aku kisah? Tak ada ! HAHA ]

Selepas rehat, ada taklimat Geo. Yang bestnya, dengan Cikgu Nazlan. Bekas PK KO sekolah aku. Rindu sangat dengan dia. Punyalah kelakar sesi bersama dia. Haihh, sayang cikgu.. Lalala. Buka puasa .. Seawal 6 lebih lagi kitorang ambil makanan. Then, pergi jalan jalan dekat pondok atau surau. Sempat lepak kat meja bawah pokok dengan Syifaa sekejap, angin bertiup memang syokkk. Azan, makan kurma dulu. Solat maghrib lepas tu baru makan nasi. Lepas tu, baru sambung solat balik. Dekat pukul 10 baru sudah.. Tapi, harus ada prep juga lepas tu.. Sekejap pun sekejap laa. Supper hari ni murtabak. Haha, kawan kawan aku semua suka. Aku memang sejak kecil agak benci kannya. Haha. Maka, aku ambil saja, bagi kat Mc Na. Hahaha. Makan, makan, makan :P [Manikam Kalbu done!]

KHAMIS .

Yeayyyyyy ! Balik rumah. Oh yaa, sempat main surat dengan Pontianak. Konon konon aku merajuk dengan dia. Dia pun hantar laa loveletter. Aku balas dengan puisi. Dua kali berbalas rasa hati melalui kertas. Wakaka, Qilah; ILoveYouForever. Lagi.... hari ni lepas susun meja untuk trial tiba tiba je mood aku jadi tak baik. Haha, nak mengamuk je rasa. Well, pasal tak boleh nak masukkan kertas setinggi gunung dalam file biru aku. Kan kena kosongkan meja... Sob, sob, sob. Haha. Mujurlah si Najihah ni tolong aku. HAHA, sayang you laa.

Sorry, aku agak mengada ngada waktu ni. Wakaka. Hurmmm, naik turun ASPURI dua kali. Pasal tertinggal file. Haihhh, nasib laa Sya Izz. Pergi pustaka, ingat kan nak apa ? Rupanya tu je. Huargghh, tetiba aku rasa nak mengamuk je. Terus blah gitu. HAHA. Sorry, masa tu emosi memang tengah kacau bilau ditambah dengan kepenatan naik turun tangga. Hmm, balik rumah dengan happy ! <3 Rindu sama bilik me. Hahaha. Malamnya, tengok TV kejap. Lepas tu, bergayut dengan HF. Kah3, tipu je.. Sekejap je, boring punya pasal.

Jadi, minggu ini memang aku blurr sikit. Kejap okey kejap tidak. Baru aku perasan, sekarang aku memang tak menentu. Tak boleh baca diri katakan... Haha. Sebab hati aku mengada ngada. Mungkin terpengaruh aku. Dan, sekarang baru aku sedar.. Tak ada apa apa laaa ! Buat suspen je Sya Izz wehh. HAHA. Sya Izz tertipu .. Huhhh, nasib baik hati cepat sedar kan.. Itulah, jangan mudah terpengaruh tau.

Sya Izz ada hati sendiri, maka Sya Izz kena betulkan hati sendiri. Jangan terikut ikut sebab hati orang lain pun nak juga. HAHA. *gelak* Hurmmm, Sya Izz dah okay. Tersangat okey. Nampak tak Sya Izz senyum melebar ni ? :D Aiyaaa, Sya Izz lebih senang sekarang, setakat ini sahaja statusnya.. Bukankah, kita masih budak kecik... HAHA. Ermmm, biasa bro. Lalalala.

Sekarang, Sya Izz tengah mengumpul semangat baru. Kekuatan baru. Untuk jadi orang yang lebih baik. Untuk jadi gadis yang lebih solehah. Dan, untuk menjadi diriku.

<3 Sya Izz sayang Sya Izz <3

Muahhhhh !

Tak akan pernah biarkan diri aku lagi.

Menjadi diriku, moto utama.

Meski, DIA TERINDAH. Tapi, kawan cukup laa :)

Dan, Sya Izz mahu senyum. Selamanya.

Tak apa, kasih ALLAH tetap terindah ~ Selamanya .

Tak begitu ?

Sya Izz, no matter how, when, where... You must keep on fighting. Never ever forever get tired till the end of your life.

Yeahhhhh.

Alhamdulillah.

Aku sayang ALLAH.
Aku sayang mama papa.
Aku sayang kak dan adik adik.
Aku sayang saudara saudara.
Aku sayang guru guru.
Aku sayang kawan kawan.

Aku sayang ceritera terINDAH ini.

Doakan aku dan kawan kawan berjaya hadapi trial PMR;15082010 ini. Dan, I'll do the best.

For the rest of my life..

I'll never give up.

InsyaAllah.

Do keep in touch, yaa..

:)




Regards,
Sya Izz
Smkanian
13082010

Thursday, August 12, 2010

R A M A D H A N


Selamat menyambut R A M A D H A N .

:)

Dingin


Dingin

Dinginnya mentari pagi
Begitu menusuk hati
Dalam diam aku bicara
Bicara sendiri

Lalu, ku lalui jalan tertera
embun pagi ku lihat
jernih teruntai
sejernih kristal

Langit pagi tersenyum indah
Hatiku yang gusar
Bertukar redup

Awan putih berombak di mata
sekali lagi aku tersenyum
kerna keindahan yang terpancar
telah ku diam kejap
di dasar hati

04082010 [ 3ibs'JAnjal_Sun]

Akhirnya Ampuh



Akhirnya Ampuh

Hati, tahukah aku
hidup ini tidak pernah
hilang dari cubaan
sekuat mana aku mengeluh
sekencang mana aku
berlari
cubaan tetap mengikut

Maka sabarlah dan usaha
tiada guna kau beralih
ke alam fantasi
sepahit mana pun kopi
tetap gemar dihirup
sepahit mana pun realiti
tetap bergelar indah

Kerna apa yang terjadi
tanpa bicara telah
menguatkan hati
satu demi satu
akhirnya ampuh

[ SI | 31072010 ]

Saturday, August 7, 2010

Pergilah Ayu


Pergilah Ayu 

Kosong hidupku tanpamu
Cermin ku membayang bayanganmu
Pameran kasih ku layu
Tiada dirimu tiada untukku

Tinggalkan ku dalam anganmu
Sakitku mencintaimu
Deritaku merinduimu
Lemah hati menginginkanmu

Kau hilang terus kau menyepi
Tewasku bila ku ketahui
Berita kau sudah berpunya
Hancur hatiku
Berkeping-keping jadinya

Hilangku bukan kerana cinta
Hilangku bukan untuk menyeksa
Bagiku semua tiada berharga
Biarku telan semua derita

Pergilah kau pergi dariku
Biarku ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasihmu
Meski hati merelai

Mati hariku di kotak sepi
Di situ kau mula mahu mengenalinya
Langkahku songsang telah ku sedari
Semula ku hias kau jauh dah pergi
Putus komunikasi kau elakkan diri
Ku mencari jalan kembali kau mahu terus pergi
Ku ingatkan kau memori kau tutupkan telinga
Nyata tiada kita tiada jalan penyambungnya
Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka berdua ku doakannya
PadaMu ku pohon sucikan hatiku
Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu
Amin

Pergilah pergilah ayu
Jangan kau
Hiraukan tentang diriku
Pergi kau pergi kau ayu
Ku anggapkan ini satu tragedi

Kau hapuskan semua yang kita bina
Kau hancurkan harapku
Untuk hidup bahagia bersamamu

Berkali kau bersumpah untuk berubah
Tapi janji kosongmu
Tak sudah-sudah
Entah sampai bila
Kau lepaskan saja aku

Pergilah kau pergi dariku
Biar ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasihmu
Meski hati merelai

Pergilah pergilah ayu
Jangan kau
Hiraukan tentang diriku
Pergilah pergilah sayang
Biarkan ku begini

BYE.

Cerita Keluarga Bahagia :D


Assalamualaikum.

Semalam pergi rumah Cikgu Jora.

Ada makan makan.

Hehe, lepas je aku makan.. Cikgu Nik pun datang. Mesti laa bawa baby kembar cikgu. Haha, baru je cikgu letak si Hafia, terus aku ambil pegang. Waaa waaaa sangat comel. Cikgu Nik pergi makan, dan tinggal si kembar dengan kitorang. Sarah pegang si Haifa. :D

Sangat sangat comel.

Haifa dengan Hafia.

Si kakak yang comel dan galak . Si adik yang manja dan suka menangis.

Haha. Baby gitu !

:D

Okey, kemudian.. Pergi rumah ayah chik. Tengok sepupu baru aku. Kecil je.



Budak kecik ni namanya Ahmad 'Akif Hakimi Mohd Najihan .

Hahaha, nama kesukaan aku dengan kakak [mierah] .

Kan, kan kan ?

Dan, Che Ma pun ada. Dapatlah jumpa dengan Hanis dan Alya.

Amir dengan Dini pun ada !

Rindu diorang, si budak Riyadh.

Selalu, menanti raya baru dapat jumpa...

Hmmm, memang excited sangat ! Main, macam budak kecik. Posing dan senyum

Wakakaka.

Pulang dari rumah Ayah Chik, Che Ma dan my family balik Pasir Puteh.

Mataku melilau lilau.. eh ? solo . [telaga papan]

hahaha.

Yeahhh, malam tu kita makan sate banyak banyak dan ramai ramai.

Cerita keluarga bahagia :D























SEKIAN.

Friday, August 6, 2010

Dinie & Me




Cerita hari ini.

Untuk esok.

:D

Oh yaa, kawan... Terima kasih untuk lagu Teman Sejati yang kamu hadiahkan . [ Fieyy ]

Dan, Sahabat - firdaus.. Untukmu kembali.

Sekian.

Hikayat Terunggul


Hikayat Terunggul

Setenang siulan burung
begitulah rasa hatiku
dinginnya begitu mencucuk
umpama sampai ke tulang

Semanis secangkir kopi
umpama gula darinya tebu
kadang membuat hatiku tepu
dengan pelbagai bayangan kiasan

Secomel senyuman kasih
hati hati saling beruntai
apa yang pecah, dilekat
apa yang retak, di taut

Kalaupun tak seindah fantasi
hatiku tetap mahu realiti
kerna hakikat yang sebenar
adalah hikayat terunggul

29072010 | R' SI\14:46

Secangkir Realiti


Secangkir realiti

Kalau dihitung bintang
tak tergapai dek awan
tidak mengapa
asal sinarnya dari jauh]nampak di hati
dan aku terus tersenyum
nadaku menari-nari merdu
lalu khayalanku menjelma
pabila terdampar di pulau
kedamaian

Ku padamkan fantasi itu
ku hirup secangkir realiti
kembalilah aku ke alam nyata
di mana aku masih berdiri
di situ langit dijunjung
di sini bumi dipijak
bagai mengakui
keindahan yang tersirat
kebahagiaan yang tersurat

2707201 | S.I.A.A.

Moga Langit Menjadi Saksi


Moga Langit Menjadi Saksi

Aku tersenyum
indah
aduhai hati, sudah lupakah pada
syurga kasih di kaki pelangi
walhal sudah sedia mengerti
sekencang mana angin
sederas mana hujan
yang hujungnya, tetap bersinar pelangi

Aku tersenyum
lagi
Maka mengertilah wahai diri
kalau sakit, terasa di sini
kalau kasih, terasa di sini
hulurkan tapak tanganmu
usaplah hatimu
agar mengetahui betapa
cantik corak jendela hati
moga langit menjadi saksi
bintang jadi peneman

Aku kuat dengan hati
aku bertahan padaNya

27072010 | S.I.A.A.

Hati


Hati

Sekali lagi aku terpana
hatiku merintih tanpa makna
kalau disimpan sayunya membukit
kalau dibuang sayunya merantau

Lalu, aku mahu angin
bawalah aku terbang
meski ke hujung dunia
aku tegar

Hati, kenapa harus berbolak balik ?
aku manusia, mengerti tidak ?
sedihku, tawaku dan gembiraku
kadang cuma singgah di awanan

Dan bila aku sedar
apakah aku masih terkapai-kapai ?
atau sudah seperti kerikil
keras dan sunyi
selamanya

27072010 | S.I.A.A.

Sedang Aku



Sedang Aku

Sunyi tanpa kata
diam tiada rindu
kasih tiada makna
rindu tanpa cinta

Aku berdiri
butir-butir hujan mula menapak
sedang aku masih kaku
aku mendongak
titisan hujan itu sungguh putih
bagai mahar wakil ke syurga
maka, pada hati aku bersoal
apa erti hidup ?

Perlukah aku berpanas
mencari mutiara lautan
perlukah aku berdingin
menguntai rantai simbiosis

Sedang aku berdiri
pelangi tiba-tiba ada
aduh, apakah aku hanya pengemis
di kasih kaki pelangi ?

27072010 | S.I.A.A.

Diam Lagi



Diam Lagi

Aku diam
sekali lagi membawa makna
abstrak atau cinta
konkrit atau rindu

Bagai diam terindah
buat aku sedar
aku biasa
maka, kadang aku diam
lari, sejauh mungkin
berbisik, sepanjang waktu

Lalu pada malam bintang
aku bertekad
diamku seribu bicara

27072010 | S.I.A.A.


Contengan Seorang Budak

Thursday, August 5, 2010

Budak Hostel


Assalamualaikum. 

Aduh, rindu kamu wahai blog ! Hahaha.

Padahal baru seminggu tak buka . Hurmmm . Y're my passion kan..

Okey. Sejarah hidup aku. Pertama kalinya dalam hidup, aku bergelar budak hostel. Wawww! Haha. Tak adalah, cuma hari sabtu lepas.. Secara sahnya aku masuk hostel. Hostel baru macam hotel lima bintang bak kata Ustaz Do. Pergi hostel, petang. Dalam pukul 530 petang. Pergi dengan Ayah Chik dan Kakak. Thanks yaa mierah tolong angkat barang saya. Hahaha. :D Mula-mula naik bilik dulu. Tengok ada Hani. Kami turun dulu, dan Hani turun kemudian. Tolong mengangkut barang. Haha, ni sayang kawan aku ni. Hmm, lepas tu aku pun masuk laaa dorm aku. Ada katil, ada loker. Ooo yeahhh. Teruja, sebab pertama kali ! Hahaha. 

Roommate aku form 3 :

HusnaMunirah - Mc Na, geng gila gila aku .
Azhani - Mc Ni, geng gelak guling guling aku .
AnisNajihah - Mc Nis, geng ketuk ketuk aku .

Geng sporting ! Mc Na sekelas dengan aku. Mc Ni kelas S. Mc Nis kelas T.

Hehehe. Petang tu mengemas apa-apa yang boleh di kemas. Malamnya, tidurlah aku. Haha, katil tingkat dua. Huhu. Tak apalah, Mc Na bawah aku . :D 

Rutin harian sekarang :

Setiap pagi bangun mandi pukul 6 gitu. Haha. Mentang-mentang asrama baru ni air banyak . Selalu aku tersedar bila dengar suara orang mengaji kat surau. Senang-senang je tersedar. Haha. Tidur balik kejap.. Sempat lagi. Haihh.

Lepas siap, pergi solat kat surau. Naik dorm, buat apa yang patut. Salin jadual, tidur balik, kemas kemas ke ... :)

Kemudian, pukul 7 pagi turun ke dewan makan. Haha, hari pertama.. Aku tak makan. Sentuh sikit je, waaa rasa nak muntah. Hahaha. Apa laaa, tapi sekarang dah biasa :0

Pukul 7.10 pagi ada perhimpunan aspuri. Hmmm, barulah pergi sekolah. Balik sekolah, makan dulu. Naik dorm tu, buat laa apa apa yang patut. Selalu petang-petang, kitorang membasuh, mandi. Baru buat kerja sekolah. Aku dengan Mc Na laa memandangkan kami satu kelas. Haha. Kalau malas, tidur. Masa petang laa paling santai. Satu blok sunyi sepi je. Jenguk dorm tu, penghuni tidur. Dorm tu, penghuni buat kerja sekolah. Haihhh. 

Lepas solat Asar kat surau, kalau rajin makan petang.

Kemudian, dalam pukul 7 petang turun makan malam. 

Solat maghrib. Lepas tu, solat hajat. Kemudian, sesi ta'alim. Mengaji, berzikir. Solat Isya'. Itu kalau tak ada kelas. Kalau tak, lepas solat hajat dah blah. :P

Balik kelas malam atau prep, supper. Haha. Masuk dorm, sekitar 11 lebih.. Baca al fatihah, as sajdah, al mulk, ayat kursi. Selalu k Wani jadi imam. Ngeeee. Kitorang baca ramai-ramai. Barulah buat kerja sendiri lepas tu .

Kak form 5 dan form 6 tidur awal selalu. Pukul 12 dah tidur. Kitorang biasa tidur lewat. Dekat pukul 1 gitu, study or buat homework. 

Dua kali baru aku tidur kat katil sendiri.

Sekali tidur dengan Mc Na. Haha, part ni laa menunjukkan kitorang ni penakut yaa. Hahaha. Memandangkan Ada tidur dengan Hani.. Aku tidur dengan Mc Na. Ngeee. Kisahnya, Mc Na nak letak kain batik kat tirai katil. Aku tak nak. Aku suruh Mc Na letak cadar aku macam kain selimut warna putih. Tiba-tiba semua senyap. Haha, pakat berebut ke katil. Hieshhh. Then, aku ambil selimut hello kitty. Ahaaa, aku berebut dengan Mc Na nak tidur tepi dinding. Hahaha. Last, dapat kat Mc Na.. :P

Sekali tidur dengan Hani. Awal. Pukul 11 lebih. Sebab sejuk sangat. Hujan. Aduhai, aku dapat tidur tepi dinding. Haha.

Oh, sempat merosakkan selimut hello kitty aku. Waaa, dah berlubang. Hahaha. Tangan aku kah yang tak reti mensterika ? Wakakaka T_T

Ada sekali tu, nak turun makan malam. Hujan, lebat sangat. Kitorang lalu ikut pintu belakang aspuri. Redah, lalu alik surau bahagian lelaki. Nasib baik tak ada orang. :) Nak masuk dewan tu, kehujanan! Haha. Basah lencun kitorang. Sejuk.... Haha.

Sempat ustazah shamsiah warden tepuk tangan tengok kami. Haha. Konon konon dah berjaya lari. Ngeee ~ Ustazah cakap tu laa untung dapat duduk asrama baru. Jauh, dapat rasa basah kena hujan. Hahaha.

Konklusinya, duduk asrama ini agak best. Sebab, aku ada geng satu kepala yang sentiasa tak cukup ubat. Hahaha. Kemudian, aku belajar untuk menjadi diri sendiri. Diri sendiri yang terbaik. :)

<3

Oh yaa, minggu ini jadual anjal. Kali rombak betul-betul pelajar. Aku masuk kumpulan 1, kelas S. Haihhh. Best juga, sebab kosong. Budak kem tak ada. Dan, hari ini budak kem dah balik.. Kami duduk kat bilik APD. :D

Tadi, eyrah cerita pasal cerita hantu. Paranormal, dan apa apa yang berkaitan. Kami yang girls ni sikit sikit menempik. Dan, baru aku tahu geng aku pun penakut juga rupanya. Aiyoo, hehe. Aku pun sama. :)

Dan, aku penghuni Dorm 13. Bilik No 13 :D




Regards,
SyaIzz


If ALLAH is with you, then whom do you have to fear? If ALLAH is against you, then what hope do you have?
 

IbR,IbS,IbK,IbJ ; Us



3 IBN RUSHD 



3 IBN SINA



3 IBN KHALDUN



3 IBN JARIR


Gambar-gambar ini sudah dijadikan banner PMR '10. Besar punya, tergantung . Ngeee . Hahaha .


Ps : Kelas saya, kelas 3 IbR :D