Thursday, August 19, 2010

Minggu TRIAL PMR'10


Assalamualaikum !

Alhamdulillah, hari ini hari Khamis maka berakhir sudah peperiksaan TRIAL PMR'10. Yeayyyyy! Uhuu, tapi aku buat buat merdeka pasal iyalah math dengan sejarah tak periksa lagi. Kenapa? Dah, aku nak cerita ikut kronologi dulu. Sejarah minggu ini laa katakan.

بسم الله الرحمن الرحيم


AHAD

Well, malam tu memang tak berapa membaca laa kitorang. Sebab Ahad periksa BM saja. Jadi, kena utamakan subjek yang sentiasa mahu membunuh result kami yaa. Paginya, jawablah exam dengan tenang dan teruja. HAHA. Mestilah teruja, BM kan... Alhamdulillah, agak okay laa. Petang tu, kitorang baca PAI. Sebab, hari Isnin exam PAI dengan BI. Ooo yeahhh :D Aku ni pula ke hulu ke hilir dengan buku PAI tapi dari petang sampai ke malam masih tak beralih tajuk lagi. Wakaka. Aku akui, selalu aku baca PAI pagi sebelum exam je.. Baca laa macam mana pun asal habis satu buku dalam masa sejam gitu. Dan, balun je laa dalam exam. Begitulah tabiat aku, sejak dari tingkatan dua. Hehehe, alhamdulillah dapat A sokmo.. Tu yang tabiat tak pernah berubah je. Jadi, sejak aku duduk kat hostel ini.. Kawan kawan asyik pegang buku PAI je, so aku pegang jugalah.. Ambil berkat katakan.. :D Muahahahaha. Malam pula, Amni datang bilik aku.. Kitorang study sains tau! Hahaha. Rajin tak? Rajin tak? Rajin tak? :P Hehe, punyalah mengantuk masa nak study sains.. Akhirnya ambil keputusan nak tidur. Tapi, bila nak tidur... TERcakap banyak pula. Cerita itu ini macam macam. Mata pun jadi segar. Eishh, menggedik sungguh mata ni. Jadi, berceritalah kami sampai kami tak sedar pun bila masa tertidur. Bangun bangun je sudah sahur sahur. Muahaha.

ISNIN

Hari ni exam PAI dengan BI. Lalala, PAI alhamdulillah okay. BI kertas 1 pun alhamdulillah juga. BI kertas 2... astaghfirullah hal 'azim... Sob, sob. Hancur! Karangan aku laa. Dah laa tengah hari, mengantuk.. Nak mengarang pula.. Aku ni dah laa tak tau perkataan canal. Hehe, aku guna juga.. Aku ingat maksudnya jambatan. HAHA. Rupanya parit. So, bayangkan lah bila aku buat canal cracked bila aku lalu dan terbelah dua lalu aku pun jatuh ke dalam river. Omaigod. Tak apa, nasib baik ramai yang buat macam aku. haha. Masing masing gelak je bila kami bincang balik. Gelak guling guling :P Malamnya, aku dah jadi pelik. Sebab, rasa sejuk sejuk dingin panas gitu. Haha, ala ala nak demam.. Huhu. Tapi, aku buat dunno je laa kan. Last-last, rasa terhuyung hayang je nak terawih. Haihh, tak apa.. Gagahkan. Ceh, kemudian aku belajar sains dengan Cipaa. Tu pun paksa diri. Dan, senyap je sikit aku malam tu. Balik prep, Amni datang study sekali lagi.. Tapi, aku dah baring kat katil dah. Selimut, bantal siap dipeluk lagi. Dingin sangat. Haihhh. Sempat study kejap je dengan Amni, kemudian aku pun tidur. Amni pun tidur juga laa. Hehe. :)

SELASA

Bangun pagi sudah pening pening lalat. Sahur minum air kosong je. Huarghhhhhh. Hehehe, tak apa.. Sabar. Tidur balik. 6.30 pagi; kecoh beb asrama tak ada air. HAHA. aku rasa satu sekolah pun tak ada air juga. Ada yang mandi kat surau laa. Sana situ. Hehe. Oh laa laa. Pagi tu, aku turun awal solat subuh. Kira awal laa tu sebab masa tu orang tengah mandi semua kan.. Around 0650 gitu kot.. Masa tu aku dah memang blurrrr. Urh, aku solat kat saf depan.. Tak ada orang langsung.. Maka, boleh aku baring lepas solat. Lama juga laa, memang tak larat nak bangun. Huhuhu. Tapi, macam biasa ada perjumpaan pagi maka aku kuatkan laa juga. Ehhh, hari ni exam! Harus kuat. Hehe. Dan, sementara tunggu pukul 8 pagi [nak exam Geo].. Aku langsung tak sentuh buku geo. Semalam pun sama. Mood dah tak ada. Dengan keadaan macam tu, aku just duduk sorang sorang senyap senyap kat tempat aku. Okay, tiba tiba rasa nak nangis. Perit sangat rasa. Oo laa laa. Aku tekup muka kat meja dan dengan murahnya air mata aku mencurah. Hahaha. Dah fikir ni, tak mungkin dapat A geo. Muahahaha. Lama juga laa. Akhirnya, Amni pergi kat aku, dia tanya okay ke. Macam biasa, sentuh dahi.. Panas whoa! Haha, aku pun kesat laa mata. Sengih gitu je, maknanya okay. Bila Amni pergi, aku sambung nangis balik. HAHA. Berhenti pula, Khaleeda datang tanya apa entah. Haha. Aku ni memang dah tak boleh layan orang kalau dah air mata bercucuran. Aku tahan ni air mata dari tumpah, akhirnya nampak laa mataku bergenang. Eeda pun tanya 'are u okay?' Haha. Aku nak sangat jawab dengan suara tapi aku just angguk sebab aku dah tak mampu bersuara. Nanti menangis jadinya, maklumlah.. Dari kecil aku begini, tak akan mampu bercakap dengan orang kalau rasa nak nangis. Sob, sob, sob. Eeda pun chaw, dan aku pun konon konon pasrah laa untuk exam geo ni. HAHA, konon konon pasrah pun alhamdulillah laa tu dapat 67. Huhu

Hehe, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku menangis masa jawab peperiksaan. Iya, masa jawab geo. Aku takut sangat tak dapat A atau B. Sampai aku rasa geram, kenapa masa ini baru demam ni menggedik. Huhuhu. Sabar, sabar. Laju je air mata aku turun masa jawab geo.. sekejap sekejap berair.. Sob, sob. Sedih tahu tak? :( Akhirnya, aku balun je. Suka hati kamu lah encik geo weh. Hehehe.

Jawab exam sains kertas 1 pula. Yang ni aku dah okay sikit, cuma aku jawab sekali jalan je. Haha. Kemudian, tidur.. Dah pening pening tahap lebah dah. Sekali lagi, aku terpaksa pasrah. Ceih, pasrahkah itu? Hahaha. Tak laa. Cuma... hurmmm. Okay, lepas sains.. aku memang dah tak larat.. Muntah. Haihhh. Sampai tak sempat jawab sains 2, minta izin dengan teacher tak nak exam. HAHA. gile nak exam k2 hari tu juga, naya result sains nanti. :) Kemudian, pergi sickbay. Yeahhhh, aku enak enak aja tidur waktu orang lain tengah berperang dengan pemikiran. Lepas waktu solat, Jihah dengan WaWa pun mari laa jenguk aku. Lalalala, aku pun pergi surau dulu. Ada kelas BA, jadi aku nak pergi juga. Naik lewat sikit. Masuk je kelas, budak budak ni tengah buat latihan nahu. Okaii, glamour babe aku hari ni. Haha, lepas sorang sorang tanya okay tak. Ada yang sentuh dahi. Well, so caring y'all. Muahhhhh. ^_^ Part yang paling best bila kelas dah berakhir.. Aku last pergi salam dengan ustazah Rohani sayang.. Masa tu ustazah tengah ajar Akkir. Tiba tiba je ustazah berpaling kat aku dengan muka ala ala terkejut tanya 'awak demam ke?'. Aduihh, aku tak boleh laa bab bab caring gini.. Rasa  nak nangis je. Sebab tu aku senyum dan angguk je. Then, ustazah tanya 'boleh jawab dok pekse tadi?'. Aku jawab 'boleh laa juga, cuma sains k2 je dok pekse ag'. Ustazah pun angguk je sambil cakap 'doh bia, jaga kesihatan tu.. jawab molek deh exam.. Good luck' Haha. Sweet gitu lorh.

Petang tu aku tidur tidur dan tidur aje. Jadi puteri beradu laa katakan. Muahaha. Yang bestnya, Amni datang jenguk aku.. Tanya itu ini.. Then, Cipaa pula datang.. Datang duduk di birai katil aku. Ceih, katil Hani sebenarnya, katil aku katil atas. Hak, hak, hak. Ermmm, aku pejam mata je. Lama laa juga Cipaa senyap je. Sempat peluk dia.. Panas whoa badan aku. Then, aku turun pergi solat Asar. Kat surau, Ada pula tanya. Akhirnya, aku ikut Ada dan Cipaa ke dorm diorang. Boleh pula kak form 6 paksa aku makan obat. Dah laa bulat, besar gedabak pula tu. Ada dekat 10 minit aku nak makan tak nak makan nak makan tak nak makan , akhirnya telan. Eishhh, tobat aku tak suka obat! Yang sweetnya, mereka semua baik sangat sangat.

Hahaha, last last malam tu, orang terawih aku tidur kat belakang. Chop! Dah cakap kat ustazah tau. Hahaha. Pukul 10.15 malam, aku.. Cipaa dengan Cena naik.. Diorang teman aku kemas barang sikit. Yeahhh! Balik rumah! Rasa nak melompat lompat je. Haha. Tapi, sejuk sangat rasa. Agagagagaga ~ Thanks yaa buat gadis gadis kesayanganku, HusnaSyifaa dan HusnaMadiha. Dua kali pula tu korang sanggup teman aku naik turun aspuri. Haha. Sayang kamu berdua. Sangat sangat.

RABU

Tak pergi sekolah. Demam. Maka, terlepas exam Sj dan Mt. Huhuhu. Gerammm sangat! Tak apa, sempat main jawab soalan dengan Exora. Kan kan kan? Hahaha. Malamnya, bertimbun buku atas meja, study laa katakan. Tiba-tiba je mood jadi turun. Sampai aku macam ni kat dia 

'malas sero nk study, bukan boleh A pun'

dia pun cakap 'eishh, jangan mengalah.. bla3'

aku pun cakap 'urh, tau...'

dia cakap 'jangan gitu, tak pe.. nanti stdy sama2 ke.. jgn gini'

aku cakap 'okaiii, sya izz mana mengalah, kan kan kan ?'

dia cakap 'cam tu laa..'


KHAMIS

KH dan BA. KH tu aku memang dah putus asa untuk trial ni. Well, aku sangat sangat 'suka' KH! Hehe, sabar je laaa. Masa BA, aku tengah menge'check' balik jawapan.. Sementara tunggu masa habis. Kemudian, si gedik yang duduk belakang aku ni dah lama siap.. memandangkan kaki dia panjang sangat kot, boleh dia main tolak kerusi aku. Huarghhh, banyak kali sangat. Sampai ada je budak budak sengih je tengok. Aku siap warning 'sekali lagi mu wat, siap mu'. Dia buat dunno je. Oohhh, ingat aku tak berani ehh? Lastnya, dia buat sekali lagi.. Aku pun paling ke muka aku ke belakang aku cakap 'Ustazah! Tengok N nih!!' Haha. Aku tak menempik pun suara aku dah kuat tahap guna mikrofon.. Habis budak budak yang tengah periksa ni berpaling ke arah kitorang... Ramai yang gelak, N yang malu. Haa! Kan aku dah cakap, maka aku kotakan. HAHA. Ustazah sengih je.. Sambil cakap 'saya nampak ehh awak semua duk buat mende.. nampak belake.. haha' Maka, padan muka! Huhh. Lepas solat exam Sn k2. HAHA. Nak menangis aku tengok SN k1 aku dapat 20/40. Wawww. Gerammnya. Arh.. Aku nak B aje! Maka, aku jawab k2 sungguh sungguh. Akhirnya, dapat laa 44/60. So, dapat lah 64. Huhu, syukur dapat B. Sempat buat sesi mencurah rasa.. Teacher bagi nasihat itu ini. Aku cakap laa persepsi aku ni pasal sains.. Susah laa itu ini.. Lastnya, teacher bagi perumpamaan.. 'Syafiqah kalau saya suruh syafiqah angkat batu.. tapi, syafiqah kata tak nak.. padahal syafiqah nampak je berat itu ini padahal syafiqah tak tahu sama ada batu tu berat sungguh ke, atau batu tu kapas, atau buatan manusia yang ringan ke..' Kemudian, teacher cerita pasal zaman remaja teacher macam mana dia trial mula itu ini. Sob, sob.. terharu aku dengar. Akhirnya, bila nak salam pulang.. teacher cakap 'usaha lagi deh..' . Aku jawab 'okay'. Hehe, cikgu cikgu suka je tambahkah huruf H dekat nama aku.. tapi, aku paling suka kalau teacher rahamah sebab dia cakap loghat kedah.. kedengaran best! lunak manis gitu.. hehe.

SENYUM.

Semua ada hikmah, kan?

Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia

antara kami dan mereka

antara kamu dan kita


Semua itu, terindah.

Oh, kejap. Minggu ini memang minggu yang menyakitkan bagi aku. Tapi, tetap termanis.. Haha, maka.. Sya Izz janji pada diri, Sya Izz tak akan pernah mengalah.. Selagi masa belum berakhir.

Ps : Aku dah tak kisah boleh berapa trial ni. Saket sangat rasa, urhh.. malas nak fikir. Cubaan, cubaan dan cubaan. Ada aku kisah? Tak ada.. Hehe.

0.O

2 comments:

Rossarina™ said...

salam Sya Izz. harap nye Sya Izz dah makin sehat. aduih, akak bole terase jge lah azab seksa yang Sya Izz alami mase demam tuh. sebab selalu demam kan huhu

buat baek2. insyaAllah, bole tu :)

pQah_qiLah said...

"ade aku kesah? xde"
macam kenal je ayat tuh....
ciplak ek??? hehehe semoge cpat smbuh..