Saturday, August 21, 2010

Balik Kampung


Selamat pagi !

Hurmmm, semalam buka puasa dekat rumah Tok. Yeahhh, kali pertama balik ni. Petang tu, dah terlentang atas katil, kipas dua tiga butir mengelilingi. Muahahaha, panas panas. :P Sempat bergayut dengan atok palsu aku.. Muahahahahahaha. Ada pakatan rahasia lagi, deal! Setelah puas bertikam lidah, akhirnya kami mengambil jalan yang lurus. Kah, kah, kah. Bertepatan dengan peribahasa.. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Kami akan pastikan, tahun ini tahun terindah buat dia. :) Just wait and see, bro.. Haha

Malamnya pergi rumah Tok dekat Pasir Puteh. Che' Ma dengan Che' Mah ada. Yeahhh, main dengan sepupu sepupu aku yang kecik kecik lagi. Kali pertama jumpa Aikal yang dah besar sikit. Comel sangat, putih dan tembam! Aku ingat Amie anak Ayah Su, Muahaha. Tak habis habis aku main. Main juga dengan abang Aikal, Akim. Yang ni dah besar sikit.. Aku usik dia sebab botol susu dia warna pink! Haha. :D 

Kemudian, balik rumah tok kat semerak. Tidur kat sana.. Oo yeahhh. Malam tu, ada budak merajuk dengan aku.. Akhirnya aku hantar gini 'Z, aku minta maaf.. Bila aku mati nanti, sekurang kurangnya mu ingat aku..' Zupp! Tak sampai satu saat dah balas tanya aku ngigau ke.. Siap call lagi, hahaha. Konon konon tak baik laa aku cakap macam tu. Tapi, bukankah manusia yang paling bijak ialah manusia yang mengingati mati, wahai kawanku? Ngeh, ngeh, ngeh.. :)

Sahur yang paling best, sebab kat rumah Tok.. Ni yang buat aku tak mau pergi asrama. Tak sedap sangat makanan ! Tapi, macam Z cakap.. Kalau tak ada makanan langsung? Hehe, okayyy. 

Konklusinya, hujung minggu yang bahagia. 

Ouh, minggu depan kena siapkan diri, untuk result trial. Hua hua hua. Setakat ini, result trial laa yang aku paling pasrah dan tak kisah. Bak kata pontianak aku 'Ada aku kisah? Tak ada...' Suka hati ko laa wahai result trial. 

:P


Arghhh! Tak boleh tengok Galang.. buat aku benci asrama! Hahahaha. Histeria aku kalau tengok Galang, smart amat. Muaahahaha. :D

No comments: