Friday, August 6, 2010

Hikayat Terunggul


Hikayat Terunggul

Setenang siulan burung
begitulah rasa hatiku
dinginnya begitu mencucuk
umpama sampai ke tulang

Semanis secangkir kopi
umpama gula darinya tebu
kadang membuat hatiku tepu
dengan pelbagai bayangan kiasan

Secomel senyuman kasih
hati hati saling beruntai
apa yang pecah, dilekat
apa yang retak, di taut

Kalaupun tak seindah fantasi
hatiku tetap mahu realiti
kerna hakikat yang sebenar
adalah hikayat terunggul

29072010 | R' SI\14:46

No comments: