Thursday, January 31, 2013

Bintang




kalau tengok bintang-bintang nun di atas
rasa tenang, damai
tika sedih, hati dengan sendirinya terpujuk
tika gembira, berganda menjadi bahagia 
sungguh,
Tuhan tidak pernah mengecewakan sesiapa
kerana Dia terlalu sempurna


syaizz.310113-0028.






Tuesday, January 29, 2013

of Ittifaq's Maulidur Rasul



Hari ini di sekolah, ada sambutan maulidur rasul. Jadi, aku rasa macam nak pergi je. Hehe. Ohoi, pakai baju warna hijau. Tanda pencinta tegar Rumah Usamah. Keh keh keh. ~

Awal-awal pagi dah sampai.
Rasa macam budak sekolah je. Waaa, rindunya. Jadi, kaki ini dilangkahkan menuju ke BK. Alah, tempat melepak yang wajib. Kalau tak ada BK, memang tak tahu la nak merempat kat mana. :)

Eizat, Zakwan, Muzakkir pun ada sama. Siap pakai baju melayu lagi. Alahai.

Jumpa dengan cikgu-cikgu, dan juniors.

Tahun ini, tiada khemah. Buat 'rumah' di lot parking tepi surau je. Makanya, berhias sakan la lot-lot parking tersebut dengan warna-warna Tariq (merah), Khalid (kuning), Usamah (hijau) dan Zubair (biru). Tapi, dalam banyak-banyak.. aku suka hiasan di rumah Tariq. Sebab macam orang kahwen, punyalah meriah hiasannya. Cantik.

Dan, tiada juga perarakan tradisi mengelilingi kampung sambil berselawat. Cuma berselawat di perhimpunan sahaja. Uhuuu, selama ini kitorang dah biasa berarak ala-ala rombongan meminang ~ dengan sepanduknya, dengan bunganya, dengan pelbagai gaya.

Jadi, aku rasa macam kurang meriah. :(

Tapi, banyak juga acara yang dipertandingkan. Acara pengucapan awam dan tidak lupa jugak nasyid merupakan acara baru. Hoho. Ada jugak ceramah tadi.

Sewaktu berjalan sorang-sorang ke 'rumah-rumah' di tepi surau, tetiba rasa macam famous sebab juniors asyik tengok je. *malu* Haha. Awkward juga, tapi segera aku usir rasa itu. Ya, aku ni bekas pelajar dan aku tak perlu malu untuk ke sekolah; yakni tempat yang sudah memberi aku sejuta kenangan selama lima tahun. SMKANI used to be my school, and it's always will.

Banyak menghabiskan masa dengan juniors, walaupun sebelum ini ada di antara mereka yang aku jarang bercakap. :) Tapi, hari ini.. kenal sepuluh minit, macam sudah kenal 10 tahun. =D

Hajar, Ejum, Ely, Naha, Echah, Ain, Farihah, Maizatul, Mila, Aishah dan few others yang aku tak ingat nama. ^_^

Ada jugak Jihah, Che Nur, dan Mida. Sempat lah jugak menggila dengan diorang. Haha.

Eh, dan tadi... budak-budak pakat try purdah kepunyaan maizatul rasanya. Cantik.








Harap suatu hari nanti, aku betul-betul dapat pakai macam itu. ~
InsyaAllah, ameen.

Apa-apa pun, kena betulkan hati dulu!
Bila aku cakap pada Jihah, tentang a friend of ours yang dah berhijrah alhamdulillah dia berniqab, :) aku adu kat Jihah yang kenapa semua orang dah jadi baik?

T____T *nangis untuk diri sendiri*

Dan Jihah cakap, tak semestinya pakaian itu yang mencerminkan sikap seseorang. Hoho. Yang penting, dalaman dulu.

:)

Hari ini, memang indah dan penuh dengan memori.
Alhamdulillah.


-Love, Orked.-


Monday, January 28, 2013

Happily Ever After


Sebenarnya, tak ada benda pun yang aku nak tulis di sini. Walaupun sebenarnya banyak snagat yang aku nak tulis, yang aku nak cerita. Tentang hidup, hati, sahabat, sekolah, cikgu, kenangan dan segala-galanya. Terlalu banyak sampai semuanya macam berserabut kat hati.

:)

Sungguh, kadang-kadang aku selalu mencari, di manakah letaknya hati aku? Jiwa aku? Ajaib, bukan? Tuhan selalu mencipta keajaiban dan memberinya untuk dinikmati oleh mahkluk-makhluk yang Dia cipta. Tuhan terlalu sempurna.

Pernah baca Kak Arina tulis, bunyinya seakan., kenapa kalau aku resah gelisah bila ada masalah dengan manusia tapi bila jauh daripada Tuhan, tidak pernah rasa gelisah sebegitu?

Rasa macam batu menghempap kepala.
Rasa macam nak lempang diri sendiri.
Rasa macam mahu hantuk kepala pada dinding.

Betul lah, ustazah cakap.. Iman manusia biasa macam aku, kadang bertambah dan kadang berkurang. Bila bertambah, alhamdulillah. Ketenangan itu hadir. Damai itu datang. Tapi, bila berkurang, rasa macam tak mampu nak buat apa-apa untuk bangunkan diri sendiri. Bila dah jatuh, rasa macam perit sangat nak bangkit. Rasa marah pada diri sendiri, tapi dalam masa yang sama rasa macam, tak apalah.. dah nasib jadi macam ini.

What the fish? *marah diri sendiri*

Aku tahu, semua orang baik. Dan, semua orang ada impian dan tekad untuk menjadi yang lebih baik. Good, better and best.

Dan aku, aku sendiri dikelilingi oleh manusia-manusia yang baik.
Manusia yang peduli, yang menyenangkan, yang memberi kasih sayang, yang pemurah, yang membahagiakan, dan yang mengamalkan seribu satu lagi kebaikan.

Tapi, aku?
Apa yang aku buat. =,='

Sangat lah merasakan diri ini betul-betul lembik untuk berjuang menjadi seorang goodgirl. Tidak tahu kenapa, aku sangat menyukai istilah good girl itu. Good girl yang taat pada Tuhan, yang menjadi penyejuk mata kedua ibu bapa, yang menjadi kerinduan sahabat, yang memberi manfaat pada muka bumi.

Dan, aku.. sangat lah jauh daripada istilah itu.
T______T

:)

Senyum.

Kalau aku mengalah, sampai bila-bila aku tak akan berjaya. Sampai bila-bila Tuhan tidak akan memandang aku. Tapi, kalau aku mencuba bermakna, sekurang-kurangnya aku akan menjadi orang yang tidak mengalah.. bukan?

Rasa macam sesak nafas bilamana baca Transit Cinta, tentang Tuhan sebenarnya langsung tidak terkesan dengan ketiadaan kita. Tuhan tak rugi pun kalau kita tidak taat pada Dia, Tuhan tak ralat pun kalau kita tak doa pada Dia. Yang rugi, manusia. Sebab manusia langsung tidak boleh hidup tanpa Tuhan.

Bak kata matluthfi dalam video Rokok dan Kopiah (rasanya), ada dialog yang berbunyi..

- "Aku tak boleh hidup sorang-sorang macam ni."

# "Memang la tak boleh. Selagi kau tak bergantung pada yang Tak Mati."

Kita memang tak boleh hidup tanpa Dia, kan?

Tapi, kenapa hati ini lebih terarah mencintai manusia dan isi dunia berbanding Tuhan yang Maha Sempurna?
Sedangkan cinta di atas selagi cinta itu, perlu dilabuhkan buat Tuhan, dan kekasihnya.. Rasulullah.

T_______________T

Astaghfirullah.
Manusia macam aku,
memang tidak pandai menghargai nikmat.

Sedangkan hidup itu, bukanlah selama-lamanya.
Bukanlah boleh dinoktahkan dengan, "And I live happily ever after.", seperti cerita dongeng.


 



-Love, Orked.-



Short Note


Selamat pagi, :)


Dah tulis panjang-panjang tadi. Sangat. Tentang memasak, lesen dan cikgu.

Tapi, di pengakhirannya, tak berjaya publish. Haihh. Allah tak izin, mungkin sebab benda yang aku tulis tak bermanfaat? Huhu.

Tak apalah, sampai ketemu lagi.
Lain kali aku re-write.
:)

Jaga diri, semua.
May Allah bless and ease everything.
Assalamualaikum.


 

P.s - Menuju ke dapur. =D
P.s II - Perang Arab-Israel, Kenali Keluarga Rasulullah, Solusi (2), Transit Cinta. Wait for me!




- Love, Orked. -



Wednesday, January 23, 2013

Soulless

 Lama aku tak menulis.

Boleh tak aku nak jadi orang yang tak ada perasaan?
Yang takde rasa sedih
Yang boleh halau rasa kecewa
Yang boleh usir rasa pahit

Tapi, kalau semua tak ada
Maknanya kena ucapkan selamat tinggal jugak lah
Buat rasa gembira dan bahagia.

Begitukah sepatutnya?

Tapi, rasanya hati aku semakin menuju ke arah itu.
Usah disalahkan sesiapa tapi diri sendiri
Kerna terlalu lemah dan tidak kuat



Saturday, January 12, 2013

120113


Aku merenung daripada jendela
Dan, aku tersenyum
Pabila melihat bintang-bintang sedang begemerlapan
Pabila mendengar bayu bersiul sepoi-sepoi bahasa
Pabila cengkerik malam melagukan irama

Engkau tahu,
Mereka bertasbih kepada Tuhan
Lalu apa bicara kecil hatimu
Untuk terus menghindari Tuhan?

Syaizz.120113-0809


Wednesday, January 9, 2013

Suri rumah (?)


Selamat malam :)

Oh, betapa aku rindu untuk merepek di sini. Hehe.

Baiklah, sekarang aku berada di Dungun. Ya, di rumah Ayah Su dan Aunty Su.. Hmm. Sebulan jugaklah aku akan berada di sini insyaAllah. :)

Text Cik SM - Ada hikmah la tu aku tak dapat PLKN sebab agaknya Allah nak suruh aku belajar erti sabaaar kat sini. =D

(ya, aku memang frust sebab tak dapat PLKN. Haha. Seronok ape. Tapi, takpelah.)


Haha. Serius. Memang pening dengan budak-budak yang pelbagai ragam itu. Alahai sepupu-sepupuku yang masih kecil.

Amir. Dinie. Dina. Khalis. Fahmy.
dan penyejuk mata, baby Nawal! :)

Budak-budak, biasalah.

Gaduh situ sini.
Main situ sini.
Nakal situ sini.

tapi, tidak lupa.. manis situ sini.

Haha. Terutama budak Dina, Ayish dan Amiy.

Dina dan Ayish yang selalu berebutkan aku. (oh, orang Notss sila jeles dengan melampau)
Dina suruh aku duduk dalam bilik. Ayish suruh keluar bilik. Kena tarik.. sebelah tangan ke kiri, sebelah tangan ke kanan ~ =,='

Oh oh, bila nak pergi sekolah.. "Kak Iqa.. salam."

Hulur tangan, salam.

Aku cakap, "Salam je?" *angkat-angkat kening*

Beberapa saat kemudian, mmuaahhhh. Nah, dapat kiss sorang satu daripada Dina Khalis Fahmy! :)

Setiap hari.. ada je, Kak Iqa situ.. Kak Iqa sini..
Alahai budak-budak.

Kalau diorang tengah gaduh or buat sesuatu yang tak bagus,
terus tanya a.k.a. ugut.. "Nak Kak Iqa balik ke? Sebab tu buat macam tu?"

Hehe. Terus geleng-geleng kepala.
Lalala. Awal-awal lagi diorang dah cakap yang diorang takkan bagi aku balik. Erk. ~ Sebab itu tanpa rasa bersalah main ugut-ugut. Wakaka.

Ada satu malam, Ayish datang kepada aku yang duduk di sofa, kemudian kasi a goodnight kiss kat pipi. Lepas tu dia cakap,"Kak Iqa, I love you. Gudnite."

Cewahh.

Amiy nampak. Terus dia cakap, "Adik pun nak kiss Kak Iqa."
Aku sengih.
Kiss. "Okey kak iqa, love you."

Hamboii korang, romantik bukan main. Haha.

Pstt. Dina 8 tahun. Ayish 6 tahun. Amiy 5 tahun. :)

Hmmmmm..

Tapi, aku rindu rumah jugak. :'(

Rindu laaa. Sangat. Nak balik rumah. Biasalah, aku mana boleh tinggal rumah lama-lama ~ Lalala. Tapi tak apa lah, alhamdulillah Allah sudah aturkan yang terbaik untuk aku.

InsyaAllah.
Ayuh! Keep being a good and strong-hearted girl! =D


* * * * * *

budak kecik - jangan macam ni... please, rindu sangat sangat sangat sangat ni. rindu. T______T



-Love, Orked.-



Wednesday, January 2, 2013

Tiada Sebab Untuk Tidak Sayang Cikgu


Selamat pagi. :)

Alahai, rindunya nak pergi sekolah. Rindu sangat. Kan aku dah cakap pada diri sendiri tahun lepas, yang masa sekolah memang laa tak sabar-sabar nak habis sekolah. Bila dah habis sekolah nanti, perghh, memang la akan rindu. Buktinya? Semalam dah berjuraian air mata huhu sebab rindu.

Rindu cikgu-cikgu terutamanya.
Cikgu-cikgu yang baik, manis dan sentiasa kasi nasihat dekat kitorang.


Cikgu Aida.

Cikgu yang kecil molek. Cikgu yang suka usap dagu aku, dengan comelnya. Cikgu yang sentiasa kasi nasihat. Cikgu yang selalu bergurau, yang selalu mendoakan kitorang selepas mengajar. Waaaaa. Cikgu Bahasa Melayu yang aku sayang. Yang selalu kasi semangat untuk aku dapat A+ BM. Cikgu yang selalu layan perangai gila aku dan Ipa. Haha.

Kitorang suka dengar cikgu bercakap. Cute sangat. Pernah, aku cakap pada cikgu yang suara cikgu macam deejay radio terengganu fm, Farah Hj Fauzi tu. Haha, cikgu gelak je lepas aku cakap macam tu. =P


Cikgu Faridah.

Cikgu Sejarah aku. Dari tingkatan 1 lagi pernah belajar BM dengan dia. Sekarang, belajar Sejarah pula. Waktu di tingkatan 1, pernah tanya cikgu pasal 'apa yang cikgu nampak' pada diri kita sebab cikgu tahu psikologi. Waw, bila dia cakap aku itu ini haha ya, memang betul. Aku pun tak tahu dari mana cikgu tahu. :D Banyak belajar daripada cikgu. Bila di tingkatan 5, cikgu selalu kasi nasihat pada aku. Aku boleh cakap dan cerita pada dia, dan dia akan kasi pandangannya itu ini macam cikgu kaunseling. :')

Bila aku selalu mengantuk dalam kelas (sebab duduk asrama), selalu jugak 'kena' dengan cikgu. Tapi, gaya sempoi la sebab cikgu memang sempoi habis! =) Bila aku dah tak mengantuk, cikgu perasan dan pernah cikgu cakap, "Bagos, Syafiqa. Tak ngantuk hari ini."

Yang aku tahu, sesiapa yang belajar dengan cikgu, pasti akan jatuh sayang. :) 
Macam aku dan kawan-kawan.


Teacher Azhana.

Waaaa. The best english teacher we ever had. Teacher seorang yang sangat sangat sangat pemurah dan sangatlah melayan perangai aku dan Ipa yang agak gila. Haha. Setiap kali jumpa teacher, mesti berebut dengan Ipa nak cakap, "Teacher! You are so beautiful today!" Tak pernah nampak teacher marah. Teacher macam budak-budak tau.

Sewaktu kelas tambahan hujung minggu, teacher belanja satu kelas minum ice-blended. Kitorang teruja gila waktu itu. Masa teacher tanya siapa yang volunteer nak pergi bila, aku dan Ipa la yang beria-ia menawarkan diri. Haha. Saja nak escape daripada buat karangan ~

Kalau cakap dengan teacher, memang fully english. Kalau tak, untuk satu perkataan kitorang kena bayar 10 $en. Haha, siap ada tabung lagi. Yang tukang galak mengutip dan mengadu pada teacher, "Teacher! She/he speaks in Malay!".. sudah tentulah aku dan Ipa. Saja nak kenakan kawan-kawan. Oi, bayar tetap bayar. Kawan ke tidak, lain kira laa! *gelak jahat*

Aku cuma rajin bertanya itu ini pasal grammars and teacher tak pernah penat melayan. Walaupun aku suka buat essays dan selalu hantar essays, tapi aku kadang kala malas nak jawab soklan objektif + isi tempat kosong segala bagai tu. Huhu, ampun maaf laa teacher sebab selalunya aku tunggu jawapan je. Haha. Dasar anak murid tak tahu berterima kasih. ~

Teacher pernah kasi aku dan Ipa guna smartphone dia bila aku dan Ipa tak ada kamus. Mengadu dekat teacher, "Teacher... we have no dictionary.." sambil buat muka kesian. Dan, teacher pun hulur smartphone dia, "Use this.." Erk, teragak-agak aku nak amik. Ish, betul ke teacher ni.. Dah teacher kasi, aku dan Ipa pun amik laa. Alahai teacher.

Sungguh, memang sayang teacher sangat!


* * * * * *


Okay, aku cuma rindu cikgu-cikgu aku. Bila tulis ni, rasa macam hilang sikit beban perasaan, cewah ~
Baiklah, mahu menjalankan tugas-tugas sebagai suri rumah pulak. Esok nak cerita pasal cikgu-cikgu lain pula, yang semuanya aku sayang!

Serius, tiada sebab untuk tidak sayang cikgu.
Sebab, cikgu walaubagaimanapun dia sama ada garang, baik, sempoi, manis atau kelakar..

Dia tetap berjasa pada aku.

Pada kita.

Cikgu,
Yang nasihatnya lembut bagai emak.
Yang tegasnya umpama ayah.
Yang memahami seperti sahabat.


Kalau di rumah aku ada mama dan papa sebagai ibu bapa,
di sekolah pula semestinya aku ada cikgu cikgu cikgu cikgu cikgu dan cikgu (tak terkira ramainya) sebagai ibu bapa.

Yang pasti, semuanya aku sayang.
Sebagai tanda terima kasih
daripada aku, buat insan-insan mulia.






:)



-Love, Orked.-





Tuesday, January 1, 2013

Memilih untuk Bahagia


Selamat malam! :)

Selamat datang, 2013.

Moga tahun baharu ini, lebih baik daripada yang sebelumnya. Moga dapat menjadi insan yang lebih baik. Uhuu. Tahun baru selalunya pasti diselitkan azam baru. Erk. Aku pun tak pasti azam aku pada 2012, betul-betul tercapai atau tidak. Sudah lupa. Waaa, manusia memang sifatnya pelupa. Alahai, cari alasan la tu Sya Izz! ~

Yang paling utama, azam perlu bukan hanya sekadar bertahan seminggu dua. Tapi, diterapkan dengan tekad yang sebenar-benar tekad. InsyaAllah.

Okey, point azam tahun baru masihi.

1. Good girl. (menurut definisi Tuhan)
2. Patient, anger and adapt.
3. Reda dan ikhlas.
4. Happy. Choose to be happy.

=)

Tulis point je, huraian semua dah tersimpan kemas dalam hati. InsyaAllah, boleh buat!


 * * * * * *

Tadi ada bengkel 3 jam di Institut Memandu. Finally, baru boleh proceed the rest. Almaklumlah, baru cukup umur. Haih, nasib la jadi 'budak akhir tahun' ini. Hehehe. =)

Sementara tunggu kelas dimulakan, lepak dengan Bella dan Irah Rosli. Waa, tak sangka jumpa mereka. Hehe, rindunya! Oh, Irah Rosli juga adalah seorang perempuan cantik yang aku adore. Dan dia juga ada dalam list, 'sekiranya aku seorang lelaki, mesti aku suka dekat dia'. Haha, aku suka perhatikan kawan-kawan perempuan aku, dan selalu cakap kat Pqoh yang kalau aku ini lelaki, mesti aku suka si dia, si dia atau si dia sebab itu ini bla bla dan bla. Haha.

Bagi aku, Irah ini unik. Sungguh. Dia nampak macam rock, macam biasa. Tapi, ada manisnya. Terselit keayuannya. Lembut pula bicaranya. Alahai kawan aku, :) Kalau pandang dia, satu je yang hati aku cakap... Manis. ^_^

Okey, okey. Bila berjumpa biasa la pot pet pot pet. Kemudian, diam. Lama. Sebab, aku mula bukak buku Memilih untuk Bahagia.

 Tup tup Bella cakap, "Sya Izz dah jumpa bestfriend dia."

Aku pun pandang kiri kanan. Siapa?

Bella ketawa, "Buku."

Aku gelak je la. Bella sambung lagi, "Kalau tidak, pot pet pot pet je mulut."

Aku amin kan aje la dalam hati. Moga-moga buku boleh jadi teman baik aku hingga selamanya. Amin. Oh, aku suka buku. Sesungguhnya, sangat sangat sangat buku. Bagi aku buku, dan aku boleh diam untuk berjam-jam. Haha. Tinggalkan aku di kedai buku, dan aku boleh merayau-rayau di dalamnya untuk berjam-jam. Rasa macam teruja, gembira sangat bila dapat tengok dan belek buku-buku yang banyaaaaaaaaak.

Dan betullah, buku adalah salah satu guru untuk diri aku!
Banyak dapat belajar melalui rangkaian ayat-ayat yang ditulis. Banyak. Tak terkira.

Oh, baru-baru ini sempat beli buku Blues Retro, Padanya Ada Hikmah, Memilih Untuk Bahagia dan The Power of Now edisi Bahasa Melayu. Tidak. Tidak. Bukan guna duit aku, sebab semestinya aku tidak berduit sekarang. Huhu. Terima kasih sangat untuk mama dan papa yang sangat mengerti bahawa anaknya yang sorang ini gilakan buku.

Orang Notts lain laa, ada duit sendiri.. boleh beli buku sendiri. =P Jangan lupa janji anda nanti anda pulang ke sini. Keh keh keh.

* * * * * *

Padanya Ada Hikmah.


Untuk manusia, Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia-sia.

Tak menyesal lah kalau baca. Sangat bermanfaat, dan sangat dapat memberi motivasi kepada sesiapa yang membaca untuk menjadi orang yang lebih baik. Betul. Sila baca kalau tidak percaya! =P

Bukunya pun nipis aje, dan santai.





Dan, satu lagi buku yang super best!

Memilih untuk Bahagia.

Jujur aku cakap, selalunya buku jenis macam ni akan mengambil masa yang agak lama untuk aku habiskan lantaran huhu buku yang baik kan... godaan dari setan pun 'baik' jugak. Haha. Salahkan setan ~ =,='

Tapi, buku ini betul-betul buat aku tertarik.

Ada bahagian-bahagian yang tersusun. (ibu bapa, masyarakat, kerjaya rezeki etc)
Ada cerita-cerita yang dapat dijadikan pengajaran

Bila baca buku ini, aku seakan berbicara dengan lembutnya kata-kata seorang manusia yang sedang memberikan nasihat dengan semanis-manis ayat. Alahai, hati aku bagai tersentuh.

(tidak lupa, covernya juga sangat cantik pada pandangan mata aku, haha)



* * * * * *

Till then, happy new year!
May Allah bless and ease everything. :)






Orang Notts; tolonglah ajari adikmu ini untuk menjadi kakak yang baik dan penyabar. Argh. ~


-Love, Orked.-