Salam sayang, moga redhaNya mengatasi segala. :)
Jadi, tentang Interview TESL hari itu, nak cakap macam mana ye... alhamdulillah je la. :) Sebab, kalau rezeki memang kat situ, insyaAllah ada. Kalau bukan rezeki, Allah lebih tahu. Kan?
Jumaat
Naik Bas Perdana, seat 10A. Haha. Bertolak lebih kurang dalam pukul 12 tengah hari dan sampai kira-kira 6.50 petang. Boleh bayang tak? Bosan sungguh aku! Tapi, sempat la borak-borak dengan Pak Cik Bas. Haha. Sebab seat aku kan belakang sekali.
Dah sampai sana, Achik dah tunggu. Malamnya, pergi dinner kat luar. :P
Sabtu
Pagi itu, Achik kena pergi sekolah. Jadi, duduk kat rumah dengan sepupu-sepupu aku je la. Lepas Zuhur, terus gerak pergi UiTM Kuantan. Kecil je kampus itu. Hehe.
Pukul 2 petang, masuk Bilik Kuliah ramai-ramai. Ada ujian bertulis. Waaa. Nak kata gila, takde la gila jugak reading comprehension-nya.. tapi, rasa macam erk. Tingkat bahasa punyalaa tinggi, haihh, memang aku hentam sajalah. -_-
Yang best, tajuk essay - Describe your leadership ability both in and out school.
Lebih kurang macam tu la. Haa, apa lagi, tulis je la macam buat karangan Es Pi Em. :)
Siap dalam pukul 3. Aku panel 3 tapi nombor 17. Perghhhh. Rasanya dalam pukul 5 petang kot aku masuk bilik interview. Haha. Lama gila kot tunggu. Tak apalah, sempat jumpa kenalan baru. Aishah. Siti Aishah namanya. Budak Bentong. Aku ni bajet la dia orang pantai timur, lek je la aku cakap dialek kelantan haha, rupanya orang Bentong. :D
Aishah nombor 16. Dia masuk dahulu. Sewaktu tunggu turn dia keluar, aku ni, hailaa, resah gelisah kot. Gila tak nervous. Haha. Sampai ada pulak budak lelaki muka cina/jepun yang great grandparents dia japanese (aku terdengar dia cerita sambil tunggu turn) haha, cakap dekat aku, suruh aku control sikit muka nervous aku itu. Perghhh.
-_____-"
Nak dijadikan cerita, tibalah giliran aku. Boleh pulak aku cakap depan geng-geng yang tengah tunggu sekali dengan aku, "Tak nak masuk!" Hahaha. Diorang gelak je lepas tu suruh aku masuk je. Okey, bukak pintu, tarik nafas, "Assalamualaikum."
Hahaha.
Lepas tu aku cakap la bla bla bla. Dia tanya biasa-biasa sahaja.
Intro yourself.
Current Issues.
Did you play any sports?
Last book you're reading?
Banyak lagi la. Tapi, aku dah tak ingat dah.
Lepas selesai, salam, lepas tu keluar. :)
Jadi, kesimpulannya di sini, temuduga ialah sesuatu yang mendebarkan. Tak apalah, sekurang-kurangnya, ada pengalaman. Moga-moga nanti, dapat jumpa geng temuduga, di UiTM nanti. Waaaa, doakan. :)
Dah habis temuduga, hoyeahhh, kita pergi Big Bad Wolf Bookfair. Mostly RM 8 je novel-novel English yang selalunya above RM 35. Warghhh. Serius, meroyan. Tak tahu nak pilih buku apa.
Jadi...
I. Tell It To The Skies
II. "..then he ate my boy entrancers."
III. The Truth About Love
IV. The Shadow of Wind
V. Chicken Soup For The Teenage Soul III.
Kalau kira-kira harga sebenar, dalam RM 200 something.. -_- But, I just paid for RM 42.
Ramai gila kot Chinese kat situ. Haihhh, berpuluh-puluh buku diorang beli. Aku pun rasa macam, Omaigod patutlah diorang punya bangsa maju. T______T
Ahad
Achik dah bertolak pergi Terengganu. Jadi, kemas-kemas beg dan keluar breakfast dengan Abah Chik dan budak-budak.
Iqram yang dah tinggi melangit, sudah jadi gentleman sekarang. Haha. Sweet je bila dia suruh aku hulur beg-beg aku untuk dia bawak. Tahun ini dia ambik PMR. Moga berjaya! :)
Iqmal yang masih pendiam.
Iqbal yang masih malu-malu.
Qistina yang sudah becok mulutnya sekarang. Sungguh. Rasa macam tengah main dengan Thilah je.. Haihh. Sikit-sikit, "Kak Iqaaa." :) Walhal dulu Tina laa yang paling tak mahu bercakap dengan orang lain. Hehe.
9.30 pagi, naik bas. Bila bas gerak, lambai-lambai pada sepupu-sepupu aku. Tina yang tak henti-henti melambai dengan senyuman.
Alahai, selamat tinggal Kuantan.
Sampai bertemu lagi.
Kenangan yang indah itu, tempatnya pasti di hati.
:)
Kuantan, terima kasih.
(Achik, Abah Chik, Qram, Imal, Ude, Tina, Aishah, Budak Muka Jepun, Interviewers, Pak Cik Bas)
Keberadaan yang indah, biarpun sebentar cuma,
tapi selamanya pasti lekat di sudut hati yang paling dalam.
26042013-28042013.
:)