Tuesday, April 16, 2013

Semuanya Kehendak Tuhan :)


Setelah sekian lama, Assalamualaikum! Hai! :)


* * * * * *

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu

Biru-biru hujung Kinabalu
Tengok dari jauh
Hati saya rindu

:)

Haha. Penangan Hatiku di Kinabalu. ~ Entah berapa kali dah, aku minta dengan Mama, untuk mendaki Gunung Kinabalu suatu hari nanti. Haha, tapi biasalah, kena tentang habis-habisan kot walaupun aku cakap tak bahaya pun, sebab dah ada laluan dan siap ada restoran segala benda kat atas sana haaa. Ekeke.

Mama pun tak tahu daripada mana mengalir darah dalam diri aku untuk suka benda-benda macam ini. Haha. Dah aku suka, nak buat macam mana. I just feel great, to discover the nature. Yang Tuhan cipta. Terlalu cantik. Terlalu hebat. Dan aku suka. Sangaaaaaat. :)

* * * * * *


Oh, dua hari kebelakangan ini asyik berulang-alik ke KB. Perghh. Dua hari tawaf KB Mall kot. Haha. Pergi dengan sepupu aku yang dua beradik tu- Yah dan Kakak. Hehe. Hari pertama, agaknya dalam 2 jam lebih kot kitorang ber-window shopping.

Nasib lah Yah menunggu kitorang jalan-jalan. Dia, lepas masuk kedai game, agaknya terus duduk kat bangku berjam-jam sambil tunggu kitorang. Tahan sabar je la dengan perangai perempuan tipikal macam aku dan Kakak yang tak boleh tengok deretan kedai. Hahaha. Tapi. nasib baiklah ada Yah. Mudah segala urusan aku, hehe, dengan izin Allah.

Itulah, kali ini, memang betul-betul letak pada Allah.
Kalau ada, adalah.
Kalau tiada, ada yang lebih baik daripada ini.

Mohon doa daripada semua, agar Allah berikan apa yang terbaik-
untuk tahun-tahun yang akan datang.

InsyaAllah.

Urusan itu sudah selesai. Sekarang, segalanya berbalik pada Allah.
Yakinlah, bahawa Tuhan cuma berikan apa yang paling baik.

Senyum! :)

* * * * * *

Ada satu hari, nak pergi sekolah. Baru je masuk waktu Zuhur. Masih berkira-kira, nak berhenti kat masjid depan sekolah dahulu atau tak.

Terdetik dalam hati, "Malas la nak singgah masjid. Sembahyang kat sekolah je la."

Tup-tup, sewaktu nak masuk pagar sekolah, entah macam mana jadi nak bertembung dengan van aiskrim pulak. Tak muat la nak drive masuk. Entah macam mana, nak buat U -Turn tapi ter-drive sehingga masuk jalan kampung dan di pengakhirannya tiba jugak di persimpangan, betul-betul dekat dengan masjid depan sekolah tadi.

Terus belok kiri dan masuk masjid.

:)

Nampak, haaaa, boleh laa nak ketuk kepala diri sendiri. Tuhan dah tunjuk betapa hebatnya Dia.
Dan, aku belajar sesuatu hari itu.

Sungguhlah, bila Tuhan kata kun fayakun,
maka itulah yang akan jadi.

Semuanya kehendak Dia.

Dan kepada diri sendiri, jangan pandai-pandai cakap malas nak singgah masjid.
Akhirnya, Allah singgahkan engkau di sana jugak untuk solat.
Bukan di sekolah seperti yang engkau rancang.

Sudah belajar sesuatu?

*senyum*

Sudah. :)

* * * * * *
Nak belajar sampai Ph.D!

Biiznillah.

Titik.

* * * * * *











2 comments:

Miera Violet said...

Entah bila lagilah kita boleh ber-window shopping macam kelmarin -.-

Sya Izz said...

hihihi. windoow shopping dekat 3 jam. beli barang rm 12. phewww.