Tuesday, June 25, 2013

Tearsdrop In The Rain



Pagi. :)

Aku tak reti. Aku dah tak reti nak bermesra. Aku dah tak reti nak bercakap. Aku dah tak reti nak jadi aku, kat sini. Aku tak reti.

Kat sini, aku lebih prefer hidup sorang-sorang.
Aku lebih senang begitu.
Orang tegur aku, aku tegur.
Orang tak tegur, aku tak tegur.

Sungguh, itu bukanlah aku yang dulu.
Hahaha.

Okay, ketawa plastik.

Entah, bahagia mungkin hidup begini?
Tak tahu, Tak tahu. Jangan tanya.

Aku bukan lagi budak talkative. Aku dah hilang bahasa, aku dah hilang kata.
It's okay, I'm still doing fine.

Dan, aku malas nak mengadu pada siapa-siapa lagi dah. Kalau paling kecewa tak boleh tahan--
ambil bantal tekup muka, pejam. Diam. Lepas tu mula laa air mata turun;
dengan senyap.

Macam semalam-
Lepas habis meeting rumah,
terus masuk bilik.

Ambil headphone--
tekup muka, peluk bantal sehabis erat.

Aku sedih, tapi aku tak tahu nak cari siapa lagi dah. Aku tak rasa yang aku perlu susahkan orang untuk dengar cerita aku--
yang sebenarnya takde cerita pun. Cuma emosi yang terlebih rasa.
Tetiba rasa nak nangis.

Okey--
Tearsdrop In The Rain.
(melaju je air mata turun, dengan sangat.)
So Give Me A Smile.
(pecah lagi empangan.)
Try Again, Smile Again.
(Biar je, air mata tu luruh. Biar luruh.)
Give Me A Smile- Comfort Song
(T_____T)
I Will Forget You.
(T_____________T)

Diam. Luruh. Basah.
Buang headphone--
pejam mata, tidur.

Bilamasa suka buat perangai macam ni?
Bila sedih, tapi tak tahu kenapa.
Tak tahu kenapa.
Tak tahu.

Cuma yang rasa,
nak pergi jauh-jauh ke tanah lapang,
baring,
pandang langit malam bulan bintang.

Untuk pujuk hati.

Sedih, tapi diam,
cukuplah, Tuhan kan ada?

:)


ps - Okaylah, kelas pukul 10. Sekarang, kelas 4 hari. 2 hari start pukul 10 pagi. 2 hari start pukul 8 pagi. Paling maksima, tiga kelas satu hari. Jumaat Sabtu Ahad, cuti. :) Memang bapakk ah susah nak kawal diri supaya guna masa dengan sebaiknya. Mana taknya, bukak buku law-- tido. Haha. -.-

ps ii - lagu-lagu di atas kebanyakannya CN Blue & OST Heartstrings. Melodi yang indah. Aaaaa, suka CN Blue! -.- Jangan. Jangan cakap kau nak jadi fans kpop pula sekarang. Arghh. Tak tak. Sebab hari itu tertengok cerita HeartStrings. Hehe. Okey, sekarang dah empat artis korea yang aku kenal. Lee Dong Wok (tak reti eja nama dia), Choi Si Won, Lee Min Ho, Jung Yong Hwa. ~ Housmates ku, tolong la jangan bagi aku tengok korea! T_T Disebabkan weekend lepas dah tengok HeartStrings, makanya sebulan lagi baru boleh nak tengok cerita korea yang lain. Faham? ~~~

ps iii - Aku okey. Sekarang sudah pandai pujuk diri sendiri. :)




6 comments:

Anonymous said...

kuatkan semangat n kesabaran mu sahabat . :) i miss youuu .. doa kan kejayaan saya yee . :D
-Jiehah-

Izz said...

Jie!!!! =(

Syahirah Ruslan said...

yo. fighting! call me la... when u need to talk... dont keep it to yourself. Mengadu pada Dia. And story to your friends. Please oh please, be yourself. Change to a better person, but keep on being yourself :)

hahaha. best kann ost heartstrings... muahahaha. slow2... bakal terjebak ke dunia kpop xD

listen to indie duo group J RABBIT. music dia sangat... relaxing (talkin' bout love) and makes you smile (lagu happy thing :D)

Izz said...

I xnk susahkn sesape =)

Yonghwaaaaa! Haha

z@hir Mokhtar said...

hye..assalamualaikum sya izz..just wanna say something..just trust ur self and have faith... although it is hard ,u have to face it right??..we're not longer a primary students..so "a change" is compulsory..i mean kita kna maju setapak or bertapak2 lg tinggi..hehe..just be happy and cheer ur self.. if u feel alone..remember Allah is there for u for every moment..everybody will face a hard time including me..but i'm trying too..trying to be more adaptable and flexible in everything.. insyaallah...u can do it..haha... last word from me u have to proud of urself..hehee

sya izz said...

Zaheeerr!! X ckp amik law jugak!!! Ha3 :) thanks for the words.