Wednesday, January 29, 2014

sayonara, miss illa :(


january 29, 2013.

kelas terakhir dengan Miss Aidillah a.k.a. Miss Illa.
miss ajar kitorang introduction to law ii dan introduction to law iii di semester dua ini.

tapi, baru dekat dua bulan, miss dah berhenti. sebab nak sambung master kat uia.

baru je nak attach.
baru je nak riang ria dengan miss.
baru je.

tapi biasalah,
bila seseorang tu dah takde, baru kita nak hargai.

miss terlalu baik.
alahai.

tadi miss cakap last speech, "you jaga hak allah, allah jaga hak you. jangan tinggal solat. you kena ingat, berjaya gagal you allah yang tentukan. jangan terlalu dunia, sebab yang paling penting, kat akhirat nanti."

panjang lagi sebenarnya. semua kami simpan kemas.
sedihnya!

miss,
maaf sebab kitorang selalu tido.
maaf sebab kitorang selalu tak buat tuto.
maaf sebab kitorang main-main.

tapi miss faham.
sebab miss pun baru habis belajar.
ekekeke.

*tahan air mata daripada jatuh*

oh, lepas tu bergambar ramai-ramai.
dan bal boleh pulak bagi ayat touching.

aku cakap kat bal, "bal, nangis ke?"

bal, "eh takkk."

aku, "sedihnya tssk tskkk"

bal, "perpisahan itu pasti. sebab kita semua akan mati."

HUWAAAAAAA.
DEEP GILA AYAT KO BAL.

lepas tu boleh pulak dia tanya boleh tak nak jadi pemuisi. ceh. aku cakap mungkin kite perlu duo/featuring. haha.

MISS ILLA, KAMI RINDU.
T_T
















ini kami, gorgeous g.
paling keluarga kat kuantan ni. haha.
lama tak letak pasal diorang kat sini.
sebab nak senang, instagram-kan je.
betapa nak cakap takde masa.

:)

cuma hari ini, terasa rindu nak tulis.
miss illa. gorgeous g.

betapa aku harap aku boleh bekukan waktu.

*sedang menidakkan rasa perit di dalam hati memikirkan perpisahan.*

:(


pssss- k dah dah tacing sudah sudah! tutorial sir ikmal berlambak lagi nak kena buat. haihhh


Friday, January 24, 2014

5 hours

I sit for 5 hours at the balcony, just to urge myself to strum smoothly with the chords.

It's Pencuri.
#C #AM #F #G
D DUUDU

For zee.

But still, I cant help myself yet to control the tempo of strumming while I try to change the chord at the same time.

Now I know, why practice always makes perfect.

Ssokay. Ssokay. Things will get better. I know. I have the faith.

If only.

If only I can study my law subjects up to 5 hours just like I practice the guitar! *sigh*

Err. By the way I guess it is better for me to spend time to learn guitar than I myself get dwell in the fantasy world that never exist!

Now I know, when I am focusing on something-
I can do it well.

I even don't look for my cellphone. Cool. If only I can focuse on my law subjects as I do the same to the guitar. Lol.

I hope so.
It's never to late to learn.
The choice is yours.

Ok bye, happy weekends!

Friday, January 17, 2014

bukan besi


dem. dem. dem.

sampai sekarang aku harap tuhan tak beri aku hati.
arghhhhhhh.

masalahnya-
yang ada sekarang tak besi.
yang wujud kini bukan keluli.

dem. dem. dem.

sampai bila kau nak larut macam ni?
sampai bila kau cakap dengan aku sampai bila.

bila kau nak move on? kau pandai cakap je tapi dalam diam kau tetap simpan sakit itu kan! aku dah tak tahan. aku penat. aku penat. aku penat dengan kau, hati.

tuhan,
ambil hati aku.

sumpah-
aku dah tak ada daya.

Monday, January 13, 2014

Askar


housemate cakap aku psycho. hahaha. sebab, dalam sedar tak sedar aku berjaya buatkan dia mengaku yang dia suka kat sekian sekian sekian haha. entah macam mana la dia tak sedar tetiba dia dah terlepas cakap dan haaaaaaa! tu diaa tu diaaa dah mengaku dah.

lepas tu dia salahkan aku sebab aku psiko-kan dia. haha, manade woiiiii nak jadi lawyer kan kena pandai buat ayat kasi orang mengaku itu ini lalalala.

aku cakap kat dia, jangan risau, nanti aku tolong approachkan. haha takpe takpe. biar aku je yang jadi mediator. kan senang kalau cakap awal-awal. boleh aku tolong awal-awal hahahahah.

takde la. seyes la.

dia baik.
dan dia pantas untuk orang yang baik jugak.
amboi fefeeling matchmaker gittewwww.

lepas tu dia bahan aku pulak, aku yang sepatutnya ada partner gitu gini. aku pun macam -______-"

haha.
berapa kali aku nak cakap kat diorang ni,
aku tak percaya semua tu.

to be honest.
aku tak percaya.
aku tak percaya ada orang yang akan boleh sayang kita macam dia sayangkan diri dia, atau lebih lagi.

aku pernah tanyakan amie,
macam mana orang boleh sayang partner dia melebihi diri sendiri?

jawapan amie simple je,
itulah jodoh.

-______________________-"


tuhan.
aku nak habiskan belajar.
lepas tu bagi cinta kat mama papa.
duduk dengan diorang.

syurganya.

:)

baiklah. lepas ni aku perlu berusaha keras untuk padankan housemate aku keh keh keh. macam takde kerja je hm hmm.

oh oh!

aku tak tahu kenapa tapi aku SUKA GILA dekat corak askar lately. anything. kelmarin pergi pasar malam dengan housemates, aku beli socks askar. fuiyoo sumpah cool gila lawaaaa.

lepas tu meronta-ronta dekat acube dengan abo,
nak tshirt askar nak tshirt askar.
hahaha.

minggu lepas dah pergi megamall dengan abo amie maher. nampak dah tshirt askar untuk girls. lawa gila. lepas tu ada lencana kat belah kiri. atas lencana tu dia tulis ARMY. macam whoaaaaa, masa tu jugak merengek-rengek kat maher nak beli nak beli nak beli. 20 ringgit uolss. boleh buat beli makanan 5 hari. -_-

macam fikir la, nak ke tak nak ke tak.

jawapan maher senang je,
duit you.

ahahahaha.
fikir punya fikir, tak payah beli lagi.

tapi, sampai sekarang teringat. alahai! nak baju tu. waahahaha. itu yang sampai petang tadi meronta-ronta dengan abo dengan acube. pehlissssssss. jom laa pergi megamall. hahaha. macam takde kerja je kan.

ada rezeki nak beli jugak. sob sob.
okay. selamat malam!

Saturday, January 11, 2014

lepas


kadang kau tahu yang kau boleh melepaskan,
dan kau cakap kau dah lepaskan.
tapi jauh di sudut hati, kau masih simpan sebenarnya.
walaupun kau tahu kau sangat boleh untuk melepaskan.

dem u. dem.

siapa yang ajar kau untuk hidup macam ni?
siapa yang ajar kau untuk mati kalau tiada manusia?
siapa yang ajar kau untuk ranap kalau keadaan begini?

demi tuhan, demi tuhan, demi tuhan aku penat hidup begini.
demi tuhan, tolong batukan hati aku.
demi tuhan, bawa pergikan.
demi tuhan.

demi tuhan, aku lepaskan.
jangan datang lagi.
aku tak harap hidup aku terus berpelangi
tapi sekurangnya biar henti ribut petir ini.

demi tuhan, tolong.

Tuesday, January 7, 2014

6 Jan 2014


hari ini, indah. :)

macam mana aku nak hidup nanti kalau gorgeous tiada? macam mane alahaaiiiiii. T_T

esok lah cerita.
dah malam.
baru habis buat assignment psychology lol perangai tak berubah mesti last minute baru nak buat.
takdenya azam tahun baru nak buat kerja awal.

ngeh ngeh ngeh.


tadi cakap-cakap dengan roomates aku.
borak-borak kosong di petang hari kat katil lepak-lepak biasalah.

dia cakap dia rindu nak jadi single.
dan aku yang kat tepi dia ni sengih je la.

hahaha.

nak suruh den koba acano laei?
ya, jadi single memang best.

takde mase nak cemburu.
takde mase nak gaduh.
takde mase nak jaga hati orang.
takde mase pura-pura jadi baik.

haha.
pendapat aku aaaaaa.

aku?
sekarang ini aku tak pernah doa selain doa moga aku kalau aku ada jodoh di dunia, temukan aku dengan orang yang boleh jadi kawan baik aku.

itu sahaja.

sebab kawan, yang tahu baik buruk kita tapi masih boleh terima kita.

yang mengade. yang suara macam speaker. yang gedik. yang manja. yang emo. yang gila. yang degil. yang macam-macam yang teruk. siapa yang boleh tahan? haha.

oh oh.

dulu aku selalu nak yang ustaz tahap habisan, yang baik alim pokok pangkalnya suci murni lah ekeke. dulu. sekarang, cukuplah yang jaga solat.

paling minima.

sebab aku tahu, aku akan dapat yang setaraf. hehe.

oh, boleh tak nak laki yang pandai main gitar. nanti boleh main gitar sama-sama. ceh. mungkin aku hanya boleh main gitar sebanyak 1% je kot. chord mungkin aku ingat EMinor, G dan F je kot. Strumming mungkin hanya baru aku tahu tiga jenis kot. untuk single string mungkin aku hanya reti sikit titanic, twinkle little star, happy birthday kot.

ini semua berkat gitar merah amie.

kat kedai ada gitar warna pink pastel. sumpah lawa. 200 something hahahaha siapa yang nak tolong belikan untuk aku -_-

okbai. esok ada kelas.
padat.

selamat malam!

Monday, January 6, 2014

untuk zee


ini untuk zee.

zee.

yang baik.
yang comel.
yang manis.
yang cantik.
yang luhur.
yang nakal.
yang ceria.
yang bijak.

alahai zee. awak macam salah satu bintang yang menyinar di langit kelam hidup saya. tiap kali saya pandang awak, saya akan senyum. sebab awak beri cahaya.

saya tak mampu nak bagi apa-apa.
saya tak mampu nak jadi kawan yang baik seperti kawan-kawan yang awak pernah punya.
saya tak mampu nak ukirkan tawa yang sebanyak mungkin pada awak.

tapi yang saya tahu,
saya sayangkan awak.

demi tuhan yang kasihNya lebih daripada segala yang ada di atas muka bumi ini,
saya sayang awak.
untuk semalam.
untuk hari ini.
untuk seterusnya yang akan datang.

di seumur hidup saya,
izinkan saya terus menganggap awak macam bintang.

kenapa?
sebab benda yang tuhan jadikan yang paling saya suka;
adalah bintang.

terpaling;
sekasih mungkin yang saya akan hampa kalau tiada-
bintang.

:)

selamat hari lahir yang ke-sembilan belas,
nur hazirah.

jangan pernah berhenti jadi bintang, ya.
saya kasih awak.


Friday, January 3, 2014

Bukan tempat aku

Dah kembali ke kota.

Dah takde dah damai-
Bunyi cengkerik di luar tingkap sudah diganti dengan ekzos kenderaan.

Bosan.
Kota bukan tempat aku.
Sebab yang terpaling buat aku tawar hati-
Bintang takde.

Apa guna bandar terang-benderang tidak mati tapi langit di atas kelam kelabu.

Aku nak hidup nomad. Boleh tak. Aku nak travel. Aku nak kenal dunia. Aku nak tengok bintang di setiap inci langit yang mengatap bumi.

Sorang diri pun takpe. Tapi sebab aku perempuan, bukannya nak travel tapi setakat balik ke kuantan pun dipaksa mama cari kawan.

Ma, tuhan ada kan ma. Jaga iqa. Tuhan ada.

Dan tuhan dah ajarkan aku-
Gantung pegang jangan lepas cuma pada dia.

Manusia?
Takat manalah mampu tahan dengan hitam hati aku ini.

Kawan-kawan aku asyik sebut dah tak lama dah batch 1995 boleh kahwen sebab dah 19 tahun. Lol. Aku tak tahu kenapa tapi aku tak boleh buang tanggapan yang takkan ada lelaki yang akan chenta kau macam dia chenta diri dia atau lebih. So macam, aku dah tak percaya. Aku tak percaya pada ikatan. Cuma boleh terima sampai tahap kawan atau kawan baik atau kawan gila-gila je.

Sebab itu aku tak letak kahwen dalam perancangan hidup aku dalam waktu terdekat.

Sebab itu aku asyik semat dalam diri nak belajar nak kerja nak travel nak bagi bakti pada family dan enjoy hidup.

Eh dah kenapa masuk bab ini. Lol.

Baiklah. Selamat malam. Sebenarnya tengah rintih mengenangkan mama, tok. Rindu. Nak balik.

:(