Friday, January 3, 2014

Bukan tempat aku

Dah kembali ke kota.

Dah takde dah damai-
Bunyi cengkerik di luar tingkap sudah diganti dengan ekzos kenderaan.

Bosan.
Kota bukan tempat aku.
Sebab yang terpaling buat aku tawar hati-
Bintang takde.

Apa guna bandar terang-benderang tidak mati tapi langit di atas kelam kelabu.

Aku nak hidup nomad. Boleh tak. Aku nak travel. Aku nak kenal dunia. Aku nak tengok bintang di setiap inci langit yang mengatap bumi.

Sorang diri pun takpe. Tapi sebab aku perempuan, bukannya nak travel tapi setakat balik ke kuantan pun dipaksa mama cari kawan.

Ma, tuhan ada kan ma. Jaga iqa. Tuhan ada.

Dan tuhan dah ajarkan aku-
Gantung pegang jangan lepas cuma pada dia.

Manusia?
Takat manalah mampu tahan dengan hitam hati aku ini.

Kawan-kawan aku asyik sebut dah tak lama dah batch 1995 boleh kahwen sebab dah 19 tahun. Lol. Aku tak tahu kenapa tapi aku tak boleh buang tanggapan yang takkan ada lelaki yang akan chenta kau macam dia chenta diri dia atau lebih. So macam, aku dah tak percaya. Aku tak percaya pada ikatan. Cuma boleh terima sampai tahap kawan atau kawan baik atau kawan gila-gila je.

Sebab itu aku tak letak kahwen dalam perancangan hidup aku dalam waktu terdekat.

Sebab itu aku asyik semat dalam diri nak belajar nak kerja nak travel nak bagi bakti pada family dan enjoy hidup.

Eh dah kenapa masuk bab ini. Lol.

Baiklah. Selamat malam. Sebenarnya tengah rintih mengenangkan mama, tok. Rindu. Nak balik.

:(

No comments: