Saturday, June 28, 2014

anif

balik dari kuantan, terus pergi rumah mama long.

hari ini, nak pergi rumah ayah chik. non stop punya pengembaraan wakaka.

tadi, masa tengah siap-siap lepas tu naik tangga, tiba-tiba anif gitarkan lagu love story untuk aku. sebab aku paling suka dia gitarkan laove story selama ni. hahahaha. sumpah rasa macam princess. sebab naik tangga diiringi dengan petikan gitar kat tingkat atas. automatik senyum sendiri. manisnya.

hahaha sepupu aku ni. manis!

Thursday, June 26, 2014

this is darul makmur :)

I AM HERE, KUANTAN. :)

Rindunya kuantan. Rindu. Datang sini dengan ijak bilah kak siha. Sepupu-sepupu. Ijak yang drive. Saja nak jalan-jalan. Tengok wayang ahahaha lagipun aku mahu singgah uitm sebab nak ambil transkrip asasi. Alasan je tu. Sebenarnya, rindu nak mati kat kuantan.

Tengok Maleficient tadi kat ECM dengan ijak iqram bilah kak siha. Pergi lepas achik belanja makan. Bila ijak drive around kuantan tadi, rasa macam mimpi. Am i here for real? Hahaha. Over. Tapi betul. Rasa nak nangis tengok bandar kuantan, tepi jalan.

Bila turun dari kereta lepas parking kat bumbung paling atas ecm, haihhh rasa nak peluk je ijak cakap terima kasih sebab drive sampai sini. Hahahaha nasib baik sepupu.

Kuantan.
I miss you so much.

Esok,
Tunggu ya.
:)

Wednesday, June 25, 2014

Tepi Sikit

Terima kasih untuk semua memori

Sekarang masa untuk aku naik pesawat

Dibumi ku berpijak sentiasa rendah diri

Tapi sekarang masa ku berlari atas awan

Pada mula kalau betul hilang

Tiba tiba diam

Yang lain cuma bisa meminjam

Gayaku nak ambil simpan

Ku kata gayaku Pablo

Mereka tak kenal Picasso

Jadi semua berkoba koba nak jadi macam Escobar

Itu aku

Ikhlas

Kau nak ikhlas

Ku bagi ikhlas

Tapi sekarang memang jelas, wang tidak boleh beli class

Duit tidak boleh beli masa

Masa dulu mungkin rasa ni tak buang masa

Tapi sekarang rasa macam kena paksa

Mungkin kita berdua jadi mangsa

Cita rasa berbeza walau sama budaya dan bangsa

Jadi tepi sikit, tumpang lalu

Biar yang lalu jadi yang lalu

Apa yang jadi hari esok, itu esok baru tahu


Tepi Sikit // SleeQ ft Joe Flizzow

Tuesday, June 24, 2014

lol

aku selalu runsingkan perkara yang tak besar mana pun sebenarnya.

perempuan tipikal.

hahaha. ke aku sorang je yang macam ni? lol.

Tuesday, June 17, 2014

move on

aku tak boleh terima lagi ending drama goddess of marriage tu. kenapa tae wook dan ji hye bercerai. hahahaha. tidaaaaaaak. sumpah tak boleh move on daripada drama ni.

hailaa. ni drama je. drama. reti?

oh. lagu-lagu davichi kebanyakannya best. lirik pun deep. wakaka. serius. aku paling suka lagu diorang, dont ever find me again dengan we were in love. wuwuwuwu. deep.

tapi... kenapa tae wook cerai dengan ji hye. haih apa ni ending macam ni sedih la sedih. tae wook tu macam dalam situasi, lepaskan orang yang kita sayang supaya dia bahagia.

ah, kenapa pula aku yang touching lebih-lebih ni. tae wook ni menusuk jiwa betul. eeeeeeeee.

goddess of marriage


cerita ni drama korea yang paling panjang kot pernah aku tengok. 36 episod. tapi baru tengok sampai episod 35. jadi, siapa-siapa yang nak kahwin awal tu, atau rasa kahwin itu semua benda yang indah-indah sahaja boleh la tengok drama ni.

sedih woi sedih. bila dah nak last episodes, kalau tak menitik air mata sekali tu tak sah. touching sangat lol. kahwin bukan benda mudah. itu saja lah konklusinya. ekekeke.

tapi yang episod 35 ni, yang buat rasa sebak bila akhirnya tae wook nak bercerai dengan ji hye. sebab dia nak ji hye hidup bahagia. walaupun dia sayang sangat kat ji hye tapi dia tak nak ji hye terseksa sebab family dia yang kaya raya tu. diorang sepatutnya dah hidup bahagia kalau bukan sebab keluarga tae wook tu! ahahaha emo. tapi ji hye pun bukan sayang terlalu kat tae wook sebagaimana tae wook sayang dia. pendek kata, dia cuba nak jadi isteri yang baik sebab tae wook tu sayang nak mati kat dia. mula-mula aku tak suka juga tae wook sebab dia nampak macam memaksa ahaha tapi akhirnya, aku rasa ending dia sepatutnya ji hye tu jatuh cinta lagi dengan tae wook sebab dia awesome gila. tapi itulah, tak ada jodoh.




bila hari last mereka sebagai suami isteri, mereka jalan sama-sama. lepas tu berpisah. selamat tinggal. lima minit berjalan, tae wook pusing belakang panggil ji hye. lepas tu dia depakan tangan. tanda nak pelukan selamat tinggal. ji hye pun lari peluk tae wook sambil minta maaf sebab tak dapat jadi isteri yang baik. okey itu yang buat rasa nak menangis. hahaha. damn.






masa tae wook nangis tu dia cakap kat ji hye, "hidup baik-baik."

hoi sedih hoi. T____________T tapi itulah, jodoh tak panjang. wakaka. drama je pun.

ini drama ketiga kot yang aku rasa susah nak move on. first, heartstrings. yang kedua, reply 1997. yang ketiga, goddess of marriage. sebab goddess of marriage ni banyak sangat buka mata aku. ada empat kisah perempuan dan perkahwinan dalam tu. ji hye salah satunya.

jadi, jangan salahkan aku kalau aku nak kahwin sekitar 25-28. kawan-kawan aku yang nak kahwin awal tu, kahwin lah. :) maknanya kalau tuhan bagi korang jodoh awal tu memang korang layaklah. hihi. aku? tak nak. XD



Monday, June 16, 2014

skeptikal


aku sebenarnya agak skeptikal dengan orang-orang kaunter, tidak kisahlah kaunter bank ke apa-apa ke. ahaha. biasalah. orang pesimis macam aku, hmmm, memang.

ceritanya atm ambank telan kad bank islam aku. huarghh tapi hari itu hari sabtu. bank tak buka. makanya, hari ini ahad. jihah ajak pergi jerteh terus sebab dia nak pergi cimb bank, dan aku pulak nak kena pergi kutip kad yang atm dah telan tu.

bila pergi ambank, encik abang kot merah tu cakap kena pergi buat kad baru kat bank islam. -___-" nasib baik bangunan depan tu je. dan yang paling nasib baik, sebab abang kaunter tu manis aherherher ya ampun manis banget. aku dan jihah dah jatuh hati. sebab dia cakap baik-baik. kalau tak maunya aku dah maki atm diorang. dah terang-terang rosak, lekatkanlah notis. dah rabak kot atm bank diorang tu. jadi aku cuma cakap dengan lembutnya, "baiki. atm tu rosak." dia angguk. alahai manis, gila, manis betul. lepas tu blah angkat kaki pergi bank islam. satu hal pulak nak pergi minta kad baru.

di bank islam, amboi lagi la jatuh hati dengan encik abang kaunter. ekeke. yang ini sejuk mata memandang baiknya alahai tuhan je la yang tahu. manis betul. dah selesai semua, bila keluar, jihah cakap dia nak abang ambank. aku pulak nak abang bank islam. hahahahaha, dasar perempuan!

dan abang-abang kaunter itulah yang menyebabkan tengah hari kami yang panas terasa begitu nyaman. wakakaka.

yang paling penting, siap cakap kat jihah, "doakan aku nanti in the future dapat suami macam abang bank islam. walaupun aku tahu aku ni tak baik mana. hahaha"

tapi serius lah,
manis betul hari ini walau rm 12 melayang untuk kad baru.
tak apa, kad baru kad team harimau malaya warna hitam.
sumpah hensem.

sekian.
juga, hari ini aku belajar untuk tidak skeptikal,
dengan mana-mana manusia pun. hihi.

Sunday, June 15, 2014

kekal

aku, ada banyak impian.
semua orang ada impian masing-masing.

impian aku, sekarang, cuma mahu waktu dipaku begini. tak ada apa yang lebih indah daripada dikelilingi famili.

walaupun selalu gaduh sakit hati menyampah- indah.

entah.
tak mahu waktu bergerak pun.
sebab aku tahu yang aku takut untuk terima kenyataan bahawa suatu hari nanti-

masa tidak akan kekal begini.
ahhh.

Saturday, June 14, 2014

manusia macam aku

aku adalah manusia yang ingin setiap orang yang aku sayang dekat dengan aku

tapi pada masa yang sama

aku adalah manusia yang tidak mahu sesiapa pun dekat dengan aku kerana aku lebih senang sendiri

aku pun tak kenal diri aku. aneh. tapi begitulah. manusia pelik.

malam

aku kalau ditanya, siang atau malam, aku lagi kasih pada malam.

aku tak ada apa nak buat pun. sebab malam, gelap. sunyi. damai. aku suka. walaupun hari-hari begini.

bilik tidur aku memang dah lama lampunya tak hidup pada waktu malam. dan papa tak baiki pun. dulu-dulu suruh jugak. sekarang aku lebih suka begini. sebab memang tak perlu buka lampu pada waktu malam. jadi seawal lepas maghrib dah boleh lepak dalam bilik. diam. damai.

dan mungkin juga sebab aku tak suka cahaya. rimas. terang. gelap begini gelap yang indah. cuma satu sahaja, tiada bintang. haha kalaulah atap ini aku bisa lutsinarkan. haha.

aku suka malam.
lagi-lagi malam yang bagi aku damai.

Saturday, June 7, 2014

Abo Acube Khai

Teringat roommates.

Masa tu ada abo dengan acube je dalam bilik. Amie busy dengan mock trial so memang hampir hari-hari dia turun bawah dengan krew-krew eceh.

Ada satu petang, semua tengah tido haha weekend rasanya so memang kerja lain lepas zuhur. Satu rumah biasanya, sunyi je. Qada tido la katakan haha. Tiba-tiba dengar abo panggil aku, "ibu.. ibu." Haha bebudak rumah semester satu ada dalam tiga empat orang panggil aku ibu. Yang lain semua aizeezee. Tapi acube setia panggil aku zizie. Abo pulak hingga semester dua tegar panggil aku ibu. Lol. Tak normal budak-budak rumah aku di semester satu hahaha siot sebab tu sorang-sorang jadi rapat. Rindunya A107.

Bila di semester dua, tukar ahli rumah dapat rumah lain A206. Normal sikit sebab semua dah panggil izz. Tapi rommates aku je la yang setia dengan zizie, ibu. Auwhh. Okay sambung cerita. Bila abo panggil, tersedar. Dia nangis-nangis. Lepas tu sebagai seorang ibu muahaha pergilah turun katil tingkat dua tu bla bla bla pelok bla bla bla pujuk bla bla bla cerita auwhh bila abo dah okey dia ajak aku dan acube pergi makan sushi king. Yeayyy abo belanja hiks.

Maka keluar la pergi ecm yang sekangkang kera dari uitm tu muahaha. Kemudian kat sushi tu perghh order lah apa, abo belanja. Tapi biasalah, itu first time aku makan sushi dan entah, tak kena dengan selera kot. Haha makan pun slow je. Siap tukar lagi makanan aku dengan makanan abo sebab nampak dia punya lagi boleh telan. Masa kat kedai tengah makan-makan tu, khai join. Biasalah, nak jumpa acube dia.

Haha khai jugak yang perasan aku tak suka sushi sebab makan punya la lembab. Lepas tu depan abo dia cakap aku makan ni semata-mata nak jaga hati abo haha tak guna khairi. "Zizie makan tu sebab nak jaga hati abo je tu haha." Ingat lagi ayat dia. Dekat kuantan tiga-tiga ni aku rapat. Dan khai, aku rasa dia satu-satunya lelaki yang bukan sekelas yang aku rapat gila.

Ha'a la. Baru perasan. Khai sorang je lelaki yang aku rapat walau dia bukan sekelas. Sebab kat kuantan, aku tak peduli orang sangat. Cuma rapat gila dengan classmates housemates. Bila dah semester dua baru kenal yang itu siapa yang ini siapa. Baru mula rapat dengan kawan atas kawan. Dengan manusia-manusia tepi jalan kat dalam kuantan tu. Haha. So basically boleh la cakap aku hidup kat kuantan tu sebab ada classmates housmates. Nyawa-nyawa aku. Yang khai pun sesat boleh jadi nyawa aku jugak sebab entah, sebab dia pakwe acube kot. Acube tu aku rapat gila dengan dia. Automatiknya jadi rapat dengan khai sebab dia gila. Aku gila. Acube pun gila. Ahh rindunya budak berdua tu. Rindunya abo.

Ianya petang yang indah.
Tak tahu kenapa cerita.
Sebab teringat kot.
Atau mungkin sebab rindu kat abo acube khai.
Haihh pada diorang la aku nangis, merajuk, gila, kongsi cerita, suka tawa, lepak.

Rindu kuantan, dan setiap yang pernah wujud dalamnya.

Friday, June 6, 2014

Tak apa.

Cheongdamdong Alice.
Goddess of Marriage.
You're Surrounded.
Doctor Stranger.

Ini baru cerita yang main kat SBS. Haih melampau lampau lampau lampau lampau lampau lampau lampau lampau lampau koreanya. Sekarang dah jun. Tinggal beberapa purnama lagi sebelum september. Haihhh.

Tak produktif langsung hidup. Duduk rumah-keluar rumah-tido-makan-movies-buku dan beserta pelbagai benda yang tak berfaedah ngeh ngeh ngeh ngeh ngeh ngeh.

Tak tahu la apa jadi.

Kelmarin pergi kedai buku. Lama gila dah tak beli buku. Singgah galeri hidayah. Nampak buku pujuklah hati & mungkinkah ini solat terakhirmu? Buku pts bahagian tarbiyah tu. Best buku-buku macam tu. Fikir nak beli yang mana, akhirnya ambil dua-dua sambil rasa bengang kat diri sendiri sejak bila rasa kedekut nak beli buku ilmiah. Padahal 40 rm je.

Tiap kali masuk galeri hidayah tiap kali itu mak rasa insaf noks. T_T

Aku tahu aku ini makin rebel dari sehari ke sehari. Bukan macam kakak aku. Bukan macam sepupu aku. Bukan macam kawan-kawan sekolah aku yang dulu. Diorang memang istiqamah baik tapi aku, haha selalu haru biru.

Tapi pernah baca, meski pun perlahan, jangan berhenti cari tuhan. Meski pun dah salah arah, jangan lelah untuk patah balik. Walaupun tak cepat macam orang lain. Walaupun kadang-kadang rasa macam, akulah manusia yang paling celaka.

Tapi tuhan ada.
Salah manapun-
Cari jalan pulang,
Dia pasti depakan tangan.
Lagi,
Dan lagi.

Aku pun masih lagi hari-hari perang dengan jiwa. Syaitonirrojim betul. Walaupun lima tahun sekolah agama, walaupun dulu belajar syariah dan quran sunnah bagai tapi bila dah keluar daripada persekitaran semua itu- baru rasa perang yang paling buat aku rasa celaka.

Perang untuk jadi manusia baik di sisi tuhan.

Aku tahu, aku langsung tak baik.
Cuma aku tahu,
Tuhan cuma duga di yang paling mampu.
Walaupun perlahan,
Aku tetap mahu terusan cari tuhan.

Sebab aku pernah baca, lambat mana pun tak apa- asal sampai.

Perlahan-lahan, cuba baiki. Perlahan-lahan, walau masih haru-biru.

Tak apa.
Tuhan tahu.

Thursday, June 5, 2014

Phoenix


Mungkin kau tak tahu sepenuhnya yang aku ini sebenarnya phoenix yang tak pernah akan mati

Lagi kau pedang aku
Lagi kau pijak henyak caci maki aku
Lagi kebal rusukku

Ahaaaa aku masih lagi bernafas
Ahaa aku masih tak duli kebas
Ahaaa lihat aku yang tetap bangun kembali
Kakimu tak cukup buat aku mati

(phoenix // emc shaz ft fynn jamal)

Sunday, June 1, 2014

sebab

sebab aku tak cantik, ke?