Sunday, November 9, 2014

sekolah itu syurga


rindu sekolah.
bukan.
rindu kawan-kawan sekolah.
rindu kelas.

betul lah, bila dah masuk universiti baru tahu, sekolah tu macam syurga. haha. universiti tu pun syurga juga tapi sekolah ni, lain. aku rindu kawan-kawan lama aku. aku nak mereka ada kat sisi. aku nak mereka guide aku.

that suasana. suasana yang bila dalam kelas dr azam. kelas islamic law. suasana macam tu la yang aku rasa kat sekolah untuk kebanyakan masa. walaupun aku agak rebel. hahaha. bukan. mungkin tak sebaik mana seperti kawan-kawan lain. tapi, sekurangnya aku ada mereka untuk cakap,


"iqa, bukan gini."

"iqa, dokleh wat gini."

 "mu ni gak eh iqa."

 "mu tahu dok kalo kito bla bla bla, kekgi bla bla bla."

"dok molek la mekqa weh."

"tak yah duk wat gong gitu lah."


atau sama-sama paksa aku. kalau malas buat benda baik. hahaha.


"weh, jom lah bla bla bla."

"mari lah. kalo dok aku gocoh."

"layan ko mu ah. meh g skali."


i just miss to be with you guys. sep mu tahu kea, aku manja sangat dengan sep mu. sokmo jerik ikut dea ikut nok. pah g letok palo atas ribo sep mu. pah sep mu layan  jah aku. sep mu tahu kea aku sayang blako ko sep mu. sep mu tahu kea aku ni jenis dok leh duk dediam. sep mu tahu kea aku suko kawan ramai-ramai pah wat kacik blako ngan semua orang. sep mu tahu kea aku behi kecek. sep mu tahu kea aku koya dok takut cakap depan-depan. sep mu tahu kea perangai aku gano. kalo aku nok wat gapo-gapo aku tak yah explain pun ko sep mu. kalo aku nok g mano-mano aku tak yah explain pun ko sep mu. kalo aku behi gapo-gapo aku suko tanyo sep mu. aku tak tahu, aku rindu sep mu jah. aku rindu nak manja-manja ngan sep mu. aku nak jadi iqa balik, aku dokse jadi izz.

izz tu kuat, gapo-gapo ye simpan dalam hati jah. gapo-gapo ye malas nak amik kisah. gapo-gapo ye biar jah mende jadi. gapo-gapo ye tak caro pon mende remeh temeh. gapo-gapo ye malas nak nyusoh ke saeng dia. gapo-gapo ye malas nak cerita pasal hidup dia. gapo-gapo ye behi dengar jah. kecuali kalau orang tanya, baru ye cite. izz tu kuat. dok tahu lah lagu mano boleh tahan jadi izz.

aku nak jadi iqa sep mu balik. aku nak sep mu. sep mu paham dok?


okey habis. kadang-kadang hidup ini cuma nak ajar kau jadi kuat. kalau paling belakang sampai bila pun jalan di depan kau takkan dengan jayanya lalui. detik yang terkebelakang, adalah masa lalu. cukuplah sekadar terima kasih. detik yang ada, hargai.

ya, memang aku hargai. aku suka dengan apa yang aku buat sekarang. aku syukur sebab di mana-mana pun aku pergi, ada je kawan-kawan yang baik yang sanggup susah senang sama-sama macam kawan kat sekolah.

tapi, ada masa... semua tentang kita;
aku masih rindu.


ya allah ya tuhanku,
ke manapun kau pisahkan kami
walau di mana pun kami masing-masing
tolong jaga kawan-kawan aku
panjangkan jodoh kami sampai tua
moga dilimpahkan segala sakinah ke atas mereka
moga mereka bahagia
moga mereka gembira
moga mereka tidak dalam kesedihan
moga mereka tidak dalam kepayahan

ya allah ya tuhanku,
sampaikanlah rindu aku pada mereka
melalui doa-doa
di balik bayu di balik awan
moga didengari di segenap langit dan bumi
moga mereka sama-sama seperti aku
diberi kekuatan untuk terus hidup
selagi punya waktu

ya allah ya tuhanku,
kiranya tiap kebaikan yang pernah mereka lakukan
kau gandakanlah berlipat kalinya
tiap payah mereka moga dipermudah
tiap getir mereka moga berkesudah

ya allah ya tuhanku,
panjangkan kasih aku buat mereka
biarkan kejap berlama-lama di hati mereka
moga diizinkan kami
bersama-sama ke syurga
moga jodoh kami
tidak habis cuma di dunia

ameen.










okay, mari berusaha untuk terus hidup. nanti kita sama-sama berjaya. dunia dan akhirat insyaallah. harap-harap. walaupun aku asyik tersilap langkah, terima kasih sebab masih ada menerusi whatsapp, facebook dan sebagainya. tapi, lain betul ya. lain betul bila cuma mampu ada korang di alam maya bukan di sisi sini.

haha, jangan risau. sebab iqa dah jadi izz, izz lebih berkuasa. haha. izz lagi kuat. insyaallah izz boleh survive untuk jangkamasa panjang lagi. macam split personaliti pula. lol. bukan, cuma sekarang kan dah sembilan belas, dan boleh fikir gaya orang-orang tua sikit. insyaallah. 

selagi tuhan kuatkan, selagi itu kalau terhempas, boleh terbang lagi.
biiznillah. allahu yusahhel.

okeylah. assalamualaikum. :)



p/s: sebab tu kelas yang paling aku suka yang paling aku tunggu-tunggu adalah kelas islamic law. mesti yeayyy. haha. aku suka. that suasana. suasana ittifaq. that suasana, yang buat aku rasa, hidup.