Monday, July 6, 2015

bambam


#sisrindu
#sistuliskenangan

universiti aku memang tak ada study week. haha. dulu pun terkejut juga sebab kat uitm dah biasa kan ada study week. kononnya macam, eh cemanaaaa nak study ni. konon. tapi sebenarnya bila dah nak dekat finals, banyak kuliah yang dah habis sebab silibus dah habis. jadi, kalau ada kelas pun, cuma satu dua dan bergantung pada lecturer. so, tak ada study week tu bukan macam big deal sangat la kan sebab macam sama je. haaa gittew. jadi sesiapa yang nak masuk uum jangan takut jangan gentar ayuh! #sispromote 

okay so, aku lari balik selasa malam. sebab selasa paling last settle down semua. exam mula ahad minggu depan. jadi aku balik selasa-jumaat. tapi kali tu memang balik dengan buku. nak tak nak, sobs.

sebab?

aku dah tak tahan.
aku kena jumpa keluarga aku sebab mereka je escapism aku.
dan haruslah jugak sebab si gendut ni.

engkau dah la cuti tak serupa orang. lepas tu balik malaysia masa orang semua tengah busy nak bergelut dengan final exam. engkau pulak balik sana tak sempat nak tunggu orang habiskan final exam. ish, aku pangggg jugak kasi kurus. 

rabu tu mereput dulu kat rumah. haha. tuhan je yang tahu makna baiti jannati bagi aku. *nangis* pagi khamis tu jumpa. pagi jumaat jumpa. petang jumaat jumpa. nasib baik bas malam tu pukul 1130 malam. haaa, memang asyik ulang alik rumah si gendut ni lah. nasib baik sayang. nasib baik jiran. *loveisintheair*

it has been seven years sayang. wow serius? haha. kan. lama kan. relationship kita pun tak mudah. waktu sekolah, gaduh dengan baik sama banyak hahahaha. konflik situ konflik sini. tapi tetap tak boleh pisah. bila dah habis spm, baru tak gaduh. boleh kira dengan jari kan? eh ke memang tak gaduh langsung? haha inilah namanya bila dah jauh tiada di sisi baru nak sedar diri. sobs.

bila dia dah tinggalkan malaysia, makin melampau pula. facebook lah, tango lah, whatsapp lah, call lah... tahap keromantikan melampau.

mungkin sebab lagi jauh.
ini namanya jauh tapi dekat.

haaa itulah, dulu kemain ya bila sama-sama asyik gaduh je. kan bila dah besar dah tahu kita dah berbeza jalan, baru rasa ya allah... bagi aku masa lagi untuk sama-sama ada. *nangis lagi*












i miss you gendut. cepat balik akhir tahun ni. insyaallah aku try balik sama masa weekend. mana boleh tak balik kan bestfriend kahwin! hahaha. satu je, balik dengan kekurusan okay. oh! oh! dan bersama unta aku. terima kasih sayang. *cubit pipi*


No comments: