Thursday, September 17, 2015

i am drugged


aku takut ubat. sangat sangat sangat takut. sebab tu kalau aku makan ubat maknanya i am at my worst.

sepanjang dua puluh tahun hidup, baru aku tahu #lifehacks makan ubat sebab kena paksa dengan roommate. haha.

serius, ini bukan kapsul. ini yang besar gedabak macam biji kurma versi lebih lebar. kalau kapsul boleh la bertenang sikit tiap kali nak makan. ini ya ampunnnn.

kalau sepapan tu, separuh makan separuh longkang. tapi sebab roommate aku dengan jayanya bagi instruction macam coach tiap kali nak bertarung, maka berjaya sobs.

kalau dia tak paksa memang aku give up dah. apa nak jadi, jadilah. tapi, disebabkan sokongan moral (baca: paksaan ugutan) yang berterusan maka aku mengakui bahawa setiap perkara yang kita buat kalau adanya keazaman dan kesungguhan.. segala mungkin berubah.

mungkin hari ini berjaya. esok pula seakan separuh nyawa. lusa kembali cuba. kerana semuanya dengan tekad dan usaha.

perjalanan hidup ini, macam menelan ubat la kan? #philosophygameistoostrong #fallhard #standtall #forabettertomorrow

wănshang, măláixīyà běifāng dàxué... zàijiàn! (eksaited belajar mandarin sem ni haha yeayy sebab sem ni semuaaaa subjek law macam seteghessssss omg lepastu the only escapism class masa class mandarin lah sebab wo hěn gāoxìng, xìexie lily lăoshī. ni kě' ài ^^)


No comments: