Saturday, September 26, 2015

tok


tok datang tidur sini sebab esoknya aku dah nak balik kedah. masa tengah baring-baring, tok tanya;

"ika berapa tahun lagi duk kedah?"

"tiga tahun lagi tok huhu."

"lepastu habis la? pah nok buat gapo? duk sajo?"

"hehe jadi loyer la tok"

"minta-minta tok dok mati lagi masa tu. sempat tengok ika jadi loyer. nok sangat tengok."


tiba-tiba rasa sebak. zzzzuppp dalam hati. apaaaa ni tok. :'(


"hahaha jadi loyer buruk tok."

gelak-gelak. tok usap dahi.


* * * * * *            

sebab tu aku payah sangat nak balik kedah kalau cuti dah habis. keluarga memang syurga. okay jangan nangis. jangan. *senyum balik*

tadi aku cakap kat mama, aku salahkan dia sebab dia yang suruh aku balik cuti raya haji ni. kan dah susah nak balik sana. terpaksa berperang dengan perasaan. kalau aku mereput je kat kedah, at least aku sedih kejap je lepas tu layan abang aleepsatar ku kat youtube. dah, okay. settle.

ya tuhan macam mana nak cari semangat balik. hinggakan mama cakap, "ika ni kena cari gewe sore denu. baru semangat nok kelik." aku pun apa lagi, "măaaaaaaaaaaaaa" sambil hentak kaki buat muka tak puas hati.

omg. i iz sad. tapi i tahu i kena balik sana. macam mana pun i kena habiskan. sebab i buat semua ni, cuma sebab diorang. kalau setakat degree pun dah perangai macam ni, macam mana i nak teruskan dengan impian master, chambering, syariah, phd bagai tu?! *buat gaya fighting lee seung gi*

okaylah. selamat hari raya. :)
kerana ini semua adalah pengorbanan.




No comments: