Tuesday, June 30, 2009

Sya Izz sayang kamu..!!

Assalamualaikum kawan-kawan....sebenarnya hari ini tak ada apa sangat nak cerita..Jadi post kali ni khas untuk follower Sya Izz....Terima kasih sebab sudi follow blog ni...Pendek ni jer Sya Izz nak tulis dan satu je pesanan Sya Izz ' kepada teman-teman yang berkunjung jangan lupa bagi komen atau link blog anda..Sya Izz nak lawat balik pasal Sya Izz suka jalan-jalan kat blog kawan-kawan Sya Izz...

'Man Jadda Wa Jada Wa Man Zaraa Hasada'
-sesiapa yang berusaha..maka dia akan mendapat kejayaan-

Monday, June 29, 2009

Rubik's Cube...

Salam sahabat...hari ni tak tak tau nak cerita apa..asal update sudah...hehe..tak patut...hari ni sekolah kitorang dah boleh buku Az-Zikra -majalah sekolah-...lepas tu tadi masa ustazah syahida -guru ganti- mengajar PAI..Syafi dan Nabilah curi-curi buat / main Rubik's Cube yang Myrah bawak - jangan contoh..tak baik..nanti tak lulus periksa..baru padan muka-...sejak minggu lepas lagi(Main tapi bukan masa cikgu mengajar tau..)...best main ni..cuma memang susah laa..Syafi sekarang ni pun boleh buat 1 warna jer..huhuhu...seorang jer yang terer (Eyrah tak termasuk ke? - Tak... sebab Eyrah main tipu..hehehe)dalam kelas Syafi yang boleh samakan warna Rubik's Cube ni..siapa lagi kalau bukan Syafiq..hahaha..Raja Kreatif kan...bagus laa dia tu...Jadi..gambar apa kat bawah nie...?..Sebab tak ada benda nak letak..Syafi nak letak koleksi buku Syafi...Suka baca buku Dr.Tuah...sempoi jer...pas tu..suka sangat dengan buku misteri penyiasatan macam Siri Salma..Siri Hadi..Siri Lima Sekawan..dari Darjah 5 lagi..Masa tu memang trend sekolah(Kelas Syafi je) kumpul buku macam ni..tapi sekarang ni Syafi tengok dah tak ada dah jual..selalunya ada..sedih tak dapat kumpul..huhuh...tak tak apalah..sekian saja coretan hari ini...Syafi Love Intan....






Best tau tak....



Buku pertama Siri Salma...


Koleksi Syafi


Baca..jangan tak baca...


Saturday, June 27, 2009

Grading Taekwondo

Salam...hari ni Sya Izz ada grading taekwondo kat SK Pusat Jertih...huhu..berdebar giler...tapi alhamdulillah..kira ok laa...hmmm...hari ni nak tengok cite Sekar..mula-mula cam boring je..tapi nampak cam sedap je...tapi Sya Izz nak tengok sangat citer Hana Kimi yang Jepun punya...Nabilah laa ni buat Sya Izz excited nak tengok citer tu..Ashia n Sano...Ok...bye..

Friday, June 26, 2009

Zahin sayang ayah

Zahin sayang ayah

Nama aku Zahin.Aku ada seorang ayah yang bagiku adalah superhero.Aku anak tunggal dalam keluarga aku.Aku cuma ada ayah dan ibu selain saudara maraku yang lain.Umur aku 10 tahun.Sekarang ni cuti sekolah jadi masa ini lah yang selalu aku gunakan untuk memujuk ayah pulang ke kampung.Ayah aku bernama Zaki dan bekerja sebagai seorang arkitek di Ampang.Aku sudah memujuk ayah untuk pulang ke kampung.Selepas sarapan kami akan bertolak segera….

“Zahin…cepat la.Nanti sesak pula kat jalan tu..!!”Teriak ayah.

“Kejap-kejap ayah.”Zahin menutup buku diari nya itu lalu bergegas masuk ke dalam kereta.

Ketika berhenti di stesen minyak Petronas,ayah Zahin masuk ke dalam kedai untuk membeli sedikit makanan.Sementara itu…

“Ibu..ibu…hari ni hari bapa kan?”Soal Zahin.

“Ye sayang..kenapa?Zahin terlupa ke?”Tanya Puan Dina kembali.

“Tak adalah ibu…Cuma Zahin takut tersilap hari bulan je…lagipun Zahin ingat nak ucap nanti sampai kat kampung…boleh kan ibu?”Suara Zahin polos.

“Tentu lah boleh…Zahin nak bagi kejutan untuk ayah ye?..Ok..ibu tak kisah..”Suara Puan Dina.

“Thanks ibu..sayang ibu”Balas Zahin lalu mengucup pipi ibunya.

Ayah meneruskan perjalanan.Kata ayah lambat lagi nak sampai.Mungkin empat jam lagi.Kami akan pulang ke Terengganu,tempat kelahiran ayah.Aku suka balik kampung sebab aku boleh main.

Zahin menutup buku diarinya lalu terlelap.

Tiga jam kemudian…

“Ayah…ayah mengantuk ke?”Tegur Zahin sambil memegang bahu ayahnya.

“Tak laa sayang.Ayah gembira je sebab kita dah nak sampai kat rumah nenek.

Tiba-tiba…

“Abang..!!”Ibu menjerit kuat.

“Ya Allah”Ayah terkejut…

Ayah cuba memusingkan keretanya lalu berpusing dua kali.Aku terkedu.Kereta ayah merempuh pokok di tepi jalan.Aku merasakan hentakan kuat.aku terhantuk ke hadapan.Tiba-tiba aku terasa dunia ini kelam.Aku jatuh pengsan.Dalam samar,aku sempat mendengar ayah menjerit memanggil namaku.

Di hospital…

Ibu dan nenek menangis teresak-esak melihatkan aku dan ayah yang tidak sedarkan diri.

“Zahin…Zahin bangun lah.”Ujar ibu dalam tangisan.

Aku merasakan suatu semangat yang kuat mengalir bagai cas elektrik di dalam tubuhku.Aku menggenggam erat tangan ibu.Aku cuba membuka mata tapi kepala ku pusing.Aku berusaha membuka mata lalu terlihat muka ibu yang penuh kasih sayang.

“Ibu,janganlah nangis.Zahin dah ok.”Kata Zahin setelah doktor mengesahkan dia hanya mengalami kecederaan ringan.Zahin bertanya lagi”mana ayah bu?Zahin nak jumpa ayah”

Ibu berkata”Ayah masih ada dalam ICU.Zahin jangan risau.Rehat dulu ye..”

Aku terpana.Aku berkeras mahu berjumpa ayah.Aku sayang ayah.Aku memaksa ibu membawa aku kepada ayah.Ibu akhirnya terpaksa mengalah.Ibu membawa aku berjumpa ayah.Di sana…

“Ayah..bangun lah.Zahin minta maaf.Zahin sayang ayah.Ayah ingat tau”Peluk Zahin sambil menangis apabila melihat badan ayah diselirati dengan wayar halus.

Hampir tiga hari ayah koma.Doktor cakap kaki ayah lumpuh tapi untuk sementara.Aku sedih.Tapi setiap hari aku peluk ayah.Setiap hari aku cakap aku sayang ayah.Setiap hari juga aku bercerita kepada ayah.

“Zahin..”Ayah membuka matanya perlahan-lahan.

“Ibu..!!”Jerit Zahin.“Ayah dah sedar”

Doktor bergegas memeriksa ayah.Keadaan ayah sudah stabil dan tidak ada apa-apa cuma kaki ayah sahaja…Seminggu kemudian aku menolong mengemaskan pakaian ayah.Ayah tetap ceria dam masih tetap tersenyum biarpun kini berada di atas kerusi roda.Sekali lagi aku sayang ayah.

“Jom ayah.”Zahin menolak kerusi roda ayahnya.Mereka akan pulang ke rumah nenek.

“Jom Zahin”Kata ayah dengan tenang.


Setelah tiba di rumah nenek,aku mengajak ayah bersiar – siar di tepi pantai.Ibu menolak tapi ayah tetap mengikut kata ku.

Ayah tersenyum lalu berkata kepada ibu “Biarlah Dina..abang pun nak hirup udara segar.Tak apa.Zahin , hero abang boleh jaga”

“Suka hati abang laa”Kata ibu.

Petang itu aku,ayah dan Pak Su pergi bersiar-siar.Ketika kami sampai di pantai sambil menunggu Pak Su membeli air,kami sempat berbual-bual.

“Zahin…Zahin tak malu ke dengan ayah.Ayah sekarang dah pakai kerusi roda.Ayah tak boleh dukung Zahin lagi.Ayah tak boleh lagi jadi superhero Zahin”Ujar ayah..

Muka Zahin berubah.Zahin memegang tangan ayahnya “Zahin tak pernah malu dengan ayah walaupun ayah pakai kerusi roda.Ayah tetap hero di hati Zahin biarpun ayah menidakkannya.Zahin sayang ayah.Lagipun ayah tak akan lumpuh lama kan?..Kan doktor dah cakap.Jadi ayah kena kuat..ok?

“Mari sini ayah.Zahin ada kejutan”

Aku membawa ayah untuk membuat kejutan istimewa.

“Ni dia”Tunjuk Zahin gembira ke arah perkataan yang tertulis di atas pasir yang halus
itu..tertera perkataan “Zahin sayang ayah.Ayah superhero Zahin..!!”

Ayah terharu..Ayah memeluk aku dengan erat.Aku turut menghadiahkan ciuman ku lalu membalas pelukannya.Aku berbisik “Selamat Hari Bapa,Ayah”.Kami menikmati pemandangan matahari terbenam dengan penuh kemesraan.Tidak lama kemudian , ibu datang menyertai dengan penuh senyuman.Kami bertiga berpegangan erat memberi semangat kepada ayah.Aku terlalu sayang ayah.

--------------------------------

Itu cerita enam tahun dahulu.Aku sudah menginjak dewasa.Ayah sudah sembuh malah lebih sihat daripada dahulu dan boleh berjalan.Ibu juga begitu.Setiap tahun aku tidak lupa mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayah.Masih jelas di ruang mindaku kenangan kami sewaktu di pantai dahulu…Apa pun yang terjadi,ayah tetap di hati.Aku sayang ayah sangat-sangat.Assalamualaikum diariku.

Zahin menutup diari nya lalu menyertai ayah dan ibu yang sedang menikmati angin petang dengan penuh kebahagiaan,penuh warna-warni,penuh gelak ketawa. “Zahin sayang ayah”.


P/s:Sya Izz buat cerpen ni tadi...ingat nak hantar kat pertandingan mencipta cerpen sempena hari bapa anjuran pusat sumber sekolah..saja nak cuba nasib..Ok..selamat membaca kawan-kawan..Assalamualaikum...


Citer-Citer

Salam...pagi ni Sya Izz nak cite ape yer...Sebelum terlupa...untuk pkah , boleh dok kalu saya bagi esok jah pendrive saya dan awak amik laa gambar tu sendiri deh sebab kalu saya hantar guna emel,jadi lambat sebab gambar tu banyak..so,esok kekgi saya bagi laa ko awak deh...

-hmm...Esok malas nak pergi sekolah tapi nak pergi jugak..tak tau laa boleh pergi ke tidak grading taekwondo kali ni..banyak masalah betul...sebenarnya sikit je..hihi..syiekah dan p~qah qylah dah sah-sah tak pergi..tapi kalau ada rezeki pergi je laa..

-Bestnya diorangkan?sape?...Semestinya budak-budak sekolah Sya Izz dan wakil dua tunggal 2 ibn Rushd iaitu Fatin Najihah n Syapiq juga cikgu-cikgu yang pergi Pulau Redang..maknanya esok tak belajar mana laaa kan?..yess...ops!!..tak baik punya..haha....

-Ok..Sya Izz tak sempat lagi nak tengok cerita Sekar yang ganti cerita Intan...sedap ke tak ea...?Myrah cakap sedap laa jugak pasal heroin dia tetap sama,Naysilla Mirdad cuma Rado je tak ada..kena ganti dengan Kevin...pastu Myrah cakap sedap laa pasal hero dia smart...hehe...

Selamat pagi...assalamalaikum..!!

Thursday, June 25, 2009

Orang Di Utara Bilang...-Intan-

Imbas Balik....

----------------------------------------

x tau laa nk letak ape...haa...ape kata aku tulis puisi yg dlm citer intan(astro prima)....sweet sgt time tu....masa tu rado bace kpd intan....episde brape ntah....cam ni haaa...


org di utara bilang gunung itu indah....aku diam
org di selatan bilang laut itu indah....aku diam
org di timur bilang bintang itu indah....aku diam
org di barat bilang permata itu indah....aku diam
org di utara,selatan,timur,barat diam...aku bilang INTAN yg indah.....


sweet kan....ok....daaa

-----------------------------------------

P/S:Yang ni Sya Izz publish balik..sebenarnya post yang ni ada kat blog Sya Izz yang satu lagi yang dah lama tak hidup tu..hehe...saje...


Cinta Ku Terindah !!

Salam teman-teman...Sya Izz nak letak gambar SMKANI...Saje-saje tak ada kerja....hehe...Ok semua...Selamat bercuti tapi hari Sabtu sekolah ...huhuhu...tapi Sya Izz tetap akan pergi sekolah!!!...entah apa-apa laa...nak jadi..nak jadi tapi i will never mengalah...Tu lah..tak da bezanya dua-dua...tak semestinya kalau jadi yang tu boleh cemerlang akademik..jadi i will try the best for Pusat Sumber Prefect of SMKANI...YES..!!!





Koridor Bilik Guru Perempuan


Halaman SMKANI


Perpustakaan Sekolah...


Bilik Akses


Mini PSS...


Papan Kenyataan Pusat Sumber


Info..!!

Tuesday, June 23, 2009

Intan...dah habis dah...(-_-)

Assalamualaikum...tadi Syafi baru lepas habis tengok sinetron Intan kat Astro Prima...episod akhir punya...huhuhu..sinetron paling lama yang Syafi pernah tengok....263 episode....Syafi start tengok masa bulan 6 ke 5 tahun lepas dan sekarang baru habis...mula-mula tak laa best sangat..lama-lama cerita dia jadi menarik..kelakar dan lucu jugak laa...akhir-akhir pulak jadi sedih....lepas tu penamatnya gembira...!!!!Best...sedihnya lepas ni dah tak boleh tengok Intan yang kiut dan Rado yang smart...hahaha...juga Bintang yang comel terutamanya Mama Nadine yang sporting...hehehe...tak kira laa apa orang nak cakap yang penting cerita Intan best...!!
















P/s:Kalau tak sempat tengok kat tv...Syafi selalu tengok kat blog nie....penuh dengan sinetron..best..!!http://helloskyblu.blogspot.com/


Gambar Kita..!!!

Assalamualaikum kawan-kawan...wah..best sangat hari ini...Sambutan Hari Kokurikulum + Hari Koperasi...hmm...macam yang sudah dijangkakan , Pandu Puteri dapat saguhati je...tapi bersyukur sangat sebab tak jadi macam tahun lepas(Tahun lepas pun best jugak)...hehehe...KRS wanita jadi juara...lepas tu Kadet Polis wanita dan nombor tiga,St.John wanita...huhu...semua wanita...(~_^)...Lepas kawad,kitorang pergi merayau-merayau/jalan-jalan ambil gambar....Lepas tu pergi shopping makanan...!!Apa pun memang seronok....!!


Awal perbarisan...


Lama tau..habis lenguh kaki tapi best...


Gerai abang-abang dan kakak-kakak kelas 5 IBNU SINA...Jual apa ye?..Jual burger,nugget,jelly,mihun..macam-macam ada...


Puteri Islam...


Pandu Puteri..Berdebar tau...


Akak form 6 jual baju...cantik..boleh buat tempahan lagi...


Rajinnya menjual...sejak bila Syafiq jadi student form 5?...ops..gurau jer...(~_^)


Gerai form 5...tak henti-henti pembeli berkunjung...banyak untung nie...hehe


St.John Wanita...pemenang tempat ke-3...



Pengakap....


Gerai Sya Izz..hehe...Gerai PSS tapi Sya Izz tak menjual pun...


Gerai Sya Izz jugak....Kali ni yang kelab Geografi...burger dan air kelapa...sekali lagi Sya Izz tak menjual..hehe...


Cikgu Rohaya yang sibuk melayan pelanggan...Cikgu cakap pelayan istimewa nih...


Cikgu Nur Aini...sporting...!!


Ok...setakat ni je Sya Izz upload gambar untuk korang yer...jumpa lagi...terima kasih daun keladi,kalau boleh datanglaa lagi..!!








Sunday, June 21, 2009

Seram...!!!

Salam....aduh...seramnya rasa....nanti hari selasa ni kitorang tanding kawad..huhuhu...tak nak sejarah tahun lepas berulang...tidak mungkin akan ku biarkan....hehehe....dah laa hari ni balik pukul 5.30 petang dan begitu juga esok...letih tapi memang menyeronokkan...tak tahu macam mana nak cakap tapi sangat suka latihan kawad pasal rasa dekat jer dengan kawan-kawan seunit yang memang sporting dan kelakar terutamanya Kak Pubuki,Kak Baiyinah,Yana,Asmaq dan adik-adik form 1...kesian pula tengok Kak Syiekah kesayanganku ataupun Skuad Leader Pandu Puteri menjerit situ,menjerit sini...kuat betul suara Kak Syiekah...sakit perut kitorang ketawa...haha....Sori yer Kak Syiekah sebab kitorang main-main jer masa latihan...Hormat,Ke hadapan hormat...!!!

P/S:Selamat berjaya kepada P~Qah Qylah,Husn@ Madiha dan Wanie dalam pertandingan memasak esok...Usaha sungguh-sungguh yer...Kita Boleh..!!!

Saturday, June 20, 2009

Co-curiculum Day..!!

Salam to all my readers....i hope that all of you happy always.....nothing special to storied but a little bit about "Co-curiculum Day Of SMKANI'...Actually,this co-curiculum day just for teachers and students get enjoy and happy...just smallest welcoming...Our PK-KO,Cikgu Nazlan tell us that it will be held on this tuesday...i can't wait for it..!!!so,during that day, there a lot of interesting events and some competitions like "kawad kaki antara unit" .... My beloved unit,Pandu Puteri now get some hard practice 'kawad'..huhu...i don't want the history of last year relapse...so regrettably but sometimes when be remembered,i think it is the most sweet memories to be commemorated...

I don' t care what will happen but i just want to say 'Pandu Puteri Can Be The Best..!!'

Tuesday, June 16, 2009

Kena denda..!!!

~~~Salam semua...hari ni kitorang satu sekolah kena denda..!!!sebabnya kitorang turun lambat masa perhimpunan unit padahal setiap masa cikgu pesan suruh turun awal....huhuhu...tapi best jugak kena denda ramai-ramai ni...ada jugak laa kenangan..hehe...cikgu cakap kawad ala german...hehe....lepas tu kena masuk kawad...setiap unit wajib...huhu...kena paksa tapi seronok gak...bila lagi nak kawad.....PANDU PUTERI boleh..!!!hehe...Ok...bye.....sampai ketemu...~~~

AKU DAN BINTANG~peter pan

Lihat ke langit luas
Dan semua musim terus berganti
Tetap bermain awan
Merangkai mimpi dengan khayalku
Selalu bermimpi dengan hariku

Pernah kau lihat bintang
Bersinar putih penuh harapan
Tangan halusnya terbuka
Coba temani, dekati aku
Selalu terangi gelap malamku

reff: Dan rasakan semua bintang
Memanggil tawamu terbang ke atas
Tinggalkan semua, hanya kita dan bintang

Yang terindah meski terlupa
dan Selalu terangi dunia
Mereka-reka, hanya aku dan bintang





Monday, June 15, 2009

Berubah Wajah..!!!

Salam...macam mana dengan transformasi blog Syafi..?Gempak tak..hehe..mana tahu kalau cantik yang dulu lagi..tapi tak apa lah...yang penting Syafi suka....hehe...ok Syafi dah dapat keputusan peperiksaan OTI 2...Alhamdulillah lebih baik daripada OTI 1.....

to Fatin...Fatin(n)..nabilah...we will get all A..!!!


Thursday, June 11, 2009

My Vacation..!!!

Assalamualaikum....hari ni sya izz nak letak gambar masa kat cameron highlands....kami pergi dua buah keluarga....keluarga sya izz dan keluarga Ayah Mat dan Che Ma...Jom layanzz...!!!



Indahnya air terjun kat HENTIAN REHAT SUNGAI BISEK...sejuk giler air dia...


Atuk..mama...kak atin...kak aqila...alyaa dan arisa...


Snap gambar..!!Kak aqila...my beautiful che ma...alyaa...sarah..mama...arisa...


Peace!!


Sweet papa n mama...


Cute Hanis...Nice Aqila...Fun Fatin..Happy Alyaa


Dah kat sempadan dah ni..


My luvly Arisa...


Farah dan Mama


Unser Ayah Mat dan Che Ma di depan...



My Cute Farah...


My cousin,Haniff...



Wednesday, June 10, 2009

Selamat Pagi...Ceria Selalu..!!!!

Salam semua..!!!Selamat pagi dan wajib ceria bersama Sya Izz...haaa!!!..Tak tau nak citer apa pagi ni...saje...bosan...Oh yaa...!!!Lepas ni nak siapkan Kerja sekolah Sejarah...huhuhuhu....malasnya nak pegang buku...tapi...tak boleh macam tu...kena pegang jugak!!Tak sabar nak pergi sekolah..nak tahu result periksa.....berdebarnya rasa hati!!!!hehe...apa laa melalut pagi-pagi buta nie..hmm....satu pesanan ikhlas daripada Sya Izz buat teman-teman juga buat diri Sya Izz sendiri..."Walau apa pun yang terjadi...ingatlah Allah sentiasa sayang"..."Dunia khayalan dunia impian...indah...sungguh indah...terkenang masa lalu...penuh dengan seribu macam warna..."(Teringat pulak kat sekolah lama...manisnya sebab masa tu KITA KAWAN SELAMANYA...sekarang..akan datang...hingga akhir waktu..TETAP KAWAN SELAMANYA kerana KITA ADALAH KITA...KITA KAWAN SEJATI!!!..


aSSaLaMuAlAiKuM....!!! WaJiB CErIa..!!!!

Tuesday, June 9, 2009

KenanganKu Mila..!!!

Cover Buku Nota yang baru dibeli di SuperMas dan akan digunakan untuk menulis nota-nota penting juga penting buat melakukan vandalisme / contengan ketika bosan...



Nur Aina Syafiqah Bt Zairi...anak kepada sepupu Syafi yang berusia 10 tahun...kalau korang tengok video yang sya izz upload(Teruja)..Aina memakai baju berwarna pink yer..hehehe...ini contengan yang kami lakukan bersama menuju puncak...hehehe



Bahagian Belakang sekali Buku Nota Bola Kampung.....Masa ni lepas habis jawab periksa kot...cikgu tak kisah sangat keluarkan buku pun sebab kitorang periksa yang tak penting saja masa itu...Amacam Syieqa cantik tak?...



Dan nilah satu-satunya yang paling berharga..kenangan masa kitorang darjah 5..time ceramah pengawas...boring kan?..jadi kitorang ambil masa melukis sambil mencatat...tengok ni Mila...Syafi masih simpan lagi hasil kraf tangan daripada Mila...You're The Best...Manis sangat masa tu kan...Syafi...Mila Dan Azianti...B.F.F. -BEST FRIENDS FOREVER......



oK tu jer...jumpa lagi..salam...