Monday, July 6, 2009

Memoir Sahabat

Selamat malam...tiba-tiba Sya terfikir tentang definisi seorang sahabat...Apa maksud sahabat?teman?kawan?...mungkin hanya perkataan yang berbeza tetapi maksudnya tetap sama...kawan..kenapa tidak serapat teman...teman...kenapa tidak serapat sahabat?..mengapa sukar sangat hendak mencari sahabat yang memahami kita?jawapan Sya hanya satu...iaitu kerana kita tidak pernah mahu memahami seorang sahabat maka sahabat tidak akan pernah mahu memahami kita...pernahkan kawan mengguris hati kita?Sya percaya setiap manusia yang bersahabat tidak lari daripada terasa...tapi kenapa kita masih tetap berkawan?Kerana kita tahu setiap manusia mempunyai banyak kekurangan tersendiri...atau pun kerana kita tidak mempunyai kawan lain yang bisa di ajak bercanda?...persoalan yang merumitkan...kadang-kadang mungkin kita terasa hati dengan kawan kita tanpa kita menyedari bahawa mungkinkah pernah kita mengguriskan hati mereka...kita hanya berfikir perasaan kita tetapi bagaimana dengan perasaan mereka?Bagi mereka yang sentiasa muhasabah diri...mungkin mereka akan sedar yang kadang-kadang tanpa sedar mereka bisa mengguris hati rakan mereka..mereka bisa mencalar hati teman mereka walaupun tiada niat...lantaran itu...mereka sentiasa mencari peluang meminta maaf...tapi..ada juga dalam kalangan kita yang hanya fikirkan bahawa kita tidak pernah melakukan kesalahan terhadap rakan kita..justeru..hanya rakan yang bersalah sedangkan kita tidak bersalah....persahabatan merupakan satu ikatan murni yang dilimpahi dengan cahaya kesucian..dirahmati oleh Allah...setiap sahabat saling melengkapi...umpama Hawa yang melengkapi Adam...


Persahabatan juga satu ikatan yang sukar ditafsirkan...bak kata
Adham...tanpa sedar kita gembira,tanpa sedar kita sedih,tanpa sedar kita merana namun tanpa sedar kita juga bahagia...inilah hakikat yang berlaku dalam setiap corak persahabatan...Ia mengajar kita supaya lebih menghargai...lebih mengenangkan juga lebih menjaga sahabat kita...

Dari mana datangnya perasaan menyayangi seorang sahabat?...Ia merupakan kurniaan indah dari Allah S.W.T...kadang-kadang apabila kita kehilangan baru lah kita merasai betapa sayangnya kita pada seorang insan yang bergelar teman...Keimpulannya...sahabat dan kita saling memerlukan...kita perlukan sahabat untuk kita ataupun mereka berkongsi suka duka dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba...penuh warna-warni....




Jadi Sya tutup bicara kata Sya tentang sahabat dengan meminjam juga memetik kata-kata Adham...''MENGENALI SESEORANG KADANGKALA MEMBUAT KITA KETAWA, MENGENALI SESEORANG KADANGKALA MEMBUAT KITA MENGALIRKAN AIR MATA,SESUNGGUHNYA MENGENALI SESEORANG ITU MAMPU MEMBERI KITA SEJUTA RASA MARAH,SEDIH,GEMBIRA,TAPI SEDARKAH KITA? MENGENALI SESEORANG SEBENARNYA ADALAH ANUGERAH...BIARPUN HADIRNYA HANYA SEKETIKA DAN SEKADAR TEMAN SEMENTARA. BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRANNYA KERANA BARANGKALI,MELALUINYA KITA MENGERTI APA ITU ERTI PERSAHABATAN SEBENAR...''


-Assalamulaikum (~_~)-

No comments: