Saturday, July 25, 2009

Sya Izz

Assalamualaikum...dah lama tak buka blog ni...hahaha..padahal baru tiga hari..Dah rindu dah...hehe...hmmm..Sya Izz baru balik dari berkhemah kat Taman Rehlah.Best..!!..Okey semua...Sekarang Sya Izz nak cerita...nak dengar tak?..


+ Khamis...mula-mula pergi sekolah seperti biasa laa kan...lepas tu pergi jalan-jalan sementara menunggu bas datang.Lepas tu...kitorang pergi berlatih persembahan kat surau sementara tunggu bas datang.Kemudian kitorang pergi duduk kat pondok..Tapi lama lagi baru boleh naik bas sebab cikgu suruh angkut budak lelaki dulu..Masa semua budak lelaki tengah beratur nak naik bas...Sya Izz dan Pqah Qylah tengah boring.Jadi,kitorang tengok kak Ana dan Kak Suha tengah mewarna dinding sekolah...Kitorang pun pergi lah kat diorang lepas tu tanya sedap ke tak mengecat?...Pas tu kak Suha dan Kak Ana pun bagi berus suruh kitorang cat lukisan buku yang warna purple tu biar rata...Best laa mengecat nie..First time..haha...Lama jugak laa...Mungkin dekat 20 minit kitorang cat sambil berbual-bual...Lepas tu baru pergi bersiap-siap nak angkut beg nak masukkkan kat dalam bas.Kira-kira pukul 12.00,kitorang pun sampai kat Taman Rehlah...Tapi terpaksa tunggu dulu laa sebab peserta perkhemahan Kelab Rukun Negara tak balik lagi.Sambil-sambil tu...dengar ada kumpulan menyanyi lagu tradisional...hindustan..hehe..best muzik dia...Rasa nak menari jer...Kemudian lagi..barulah kitorang pasang khemah...Opss..!!Sebelum pergi daftar nama dulu dan cikgu bagi kain tuala..Sya Izz punya dapat warna kuning...Ingat nak warna biru*cantik...tapi tak ada...hehehe...Petang tu kitorang main kayak.Tapi Sya Izz tak main sebab Sya Izz masuk pertandingan istana pasir.Pukul 5.00 petang...Sya Izz dan kawan-kawan pun pergi laa kat tepi pantai nak buat istana pasir..Sya Izz..Asmaq dan Pqah pergi cari kulit kerang lepas tu tangkap ketam empat ekor.Kitorang masukkan ketam tu kat dalam kolam istana.Alhamdulillah Pandu Puteri dapat No.3 untuk pertandingan ni.Kak Baiy..Kak Suha..Kak Ana...Best buat istana dengan akak...hehe..Malam tu pula..ada taklimat/pameran/belajar simpulan dan ikutan...Kitorang tengok laa abang-abang pengakap buat ikatan sambil belajar.Tapi..memang mengantuk laa malam tu..Letih sebab main banyak..haha..


+ Jumaat...pagi tu kitorang bersenam dulu..lepas tu main meredah paya bakau..Ada laa dekat tiga jam mengharung air paya bakau yang masin tu..terapung-apung rasanya..Nasib baik tak tenggelam..Masa giliran budak perempuan,air pasang..Sebab tu dalam..Budak lelaki main hari khamis lagi tapi masa tu air surut.Jadi,tak dalam sangat laa...Kemudian..petang tu ada pertandingan kawad kaki dengan parachutte(air rocket)...Serentak..Jadi..Sya Izz tak dapat tengok satu pun parachutte tu..huhu..nak tengok..tapi tak boleh sebab kena kawad kaki...Petang tu ada pesta buah.Malam pula ada pertandingan persembahan malam bakat..Pandu Puteri buat pentomen alam barzakh...Tak tau laa ok ke tak..Tapi Syieqa cakap ok laa tu..takut laa jugak...hehe..kitorang dapat naib johan...johan-KRS lelaki...Tempat ketiga pula-St.John perempuan.Pas tu..persembahan tamat dekat pukul 12.00 malam...Ramai je budak-budak dah masuk khemah...letih kan..Tapi disebabkan nak tengok sampai habis tunggu laa juga dengan siapa lagi kalau bukan kak Ana dan Kak Suha...hehe...


+ Sabtu...bangun pagi...senam aerobik yang diketuai khas oleh abang Mustafa and the gang...hehe...Best tengok diorang buat...sama jer..tepat pukul 8.15 pagi/25.07.09/Dewan Taman Rehlah...lagu Ruang Rindu-Letto dipasang.Wah..my favourite song..budak-budak pakat nyanyi sama-sama...huhu..memang manis sangat masa tu...Pas tu pergi bersiap nak main pertandingan terakhir iaitu orientaring.Kalut je kitorang main..hehehe..Kemudian...kemas tapak perkhemahan.Pas tu ada majlis perasmian penutup perkhemahan perdana 2009..Ramai budak-budak mengantuk sebab letih..Tapi apa pun memang best..Lepas siap semuanya..kitorang berangkat pulang.


Kadang-kadang kita cakap tak indah
Kadang-kadang kita cakap tak seronok
Kadang-kadang kita cakap tak suka
Kadang-kadang kita cakap susah

Tapi..

hakikatnya memang indah
hakikatnya memang seronok
hakikatnya memang suka
hakikatnya memang senang


Macam tu lah perkhemahan...Melaluinya kita belajar erti kerjasama..kita tahu erti gembira..kita rasa erti sedih..kita rasa erti susah..kita belajar erti muafakat...Kita tahu apa erti cabaran..Kita yakin erti sahabat...Kita tahu macam mana rasa bila pasukan kita menang....Kita rasa rapat sangat dengan kawan-kawan...Kita merasai segalanya biarpun sebentar...Sya Izz akan rindu kat kenangan masa perkhemahan kali ini...Akhir kalam..Di ruang rindu kita bertemu............



No comments: