Friday, August 13, 2010

Celoteh SI, HI, HF, HM, SC ; ReviewTime


Assalamualaikum .

Hurmm, rasanya mahu sangat menaip panjang sepanjang panjangnya di sini. Ahaksss. Rindu sangat sangat mahu menulis. Tapi apakan daya, aku budak hostel. Kalau tak, setiap hari aku update untuk kenangan aku. Haha. Erm, jadi sekarang seminggu sekali je update. Maka, review untuk minggu ini. Korang tak nak baca pun tak apa, aku sekadar mahu mengenang memori aku. TerINDAH. :)

AHAD .

Huhuhu, macam biasa laa kan. Kehidupan sehari hari tak pernah berubah. Hak, hak. Rutin tak usah di cakap, memang sama ..

ISNIN .

Part ini best, bila kami jadi budak sekolah rendah kembali ! Omaigod. HAHA. Erm, waktu pulang.. HI dengan SI turun ikut tangga bilik guru. HI cakap HF pasal HM. Konon konon masalah laa. Haha. Last-last, HI panggil HM. Masa tu, SC pun ada dengan HM. Tak kisah laa pasal SC tu, pasal dia senyap aje. Budak cute katakan... Hahaha. Erm, then.. Perbincangan bermula dekat tangga bilik guru. SI dengan HF dah terkedepan, sambil borak .. Kaki kitorang menghala ke dewan makan. HI dengan HM terkebelakang sikit, sebab mahu selesaikan perbicangan mereka itu. Lalala, SC hanya ikut HM. Well, kami jalan berlima sampai lah ke dewan makan. Baru pisah, na na na.. Baru sedar, eyhhhh. Tak percaya betul.. Kah, kah, kah. Tak ke naya nampak dek orang.. Hurmm, macam macam laa bila dah jadi budak kecik balik.. Dekat bengkel KH, SI mula jalan slow. HF pun slowkan juga, ikut rentak. Kitorang still lagi berborak.. Sebab, tunggu HI.. HM dan SC jalan lambat sangat. Then, mulut memang tak berhenti. Cakap punya cakap... Haihhh.


:)


SELASA .

Tetap macam hari hari biasa. Cuma, biasa laa kan . Hari ni tak ada perjumpaan unit dan ada perjumpaan pengawas pss. HAHA. Aku boleh pula jadi terlebih emo. Kah, kah, kah. Punyalah tak puas hati ni.. Sebab, Syadid tegur pasal blazer. HAHA. Aku bukan tak puas hati sebab kena tegur. Malah, aku tak terasa langsung.. Sebab bukan untuk aku. Erm, cuma Syadid just cakap cakap gitu je. Aku beruntung sangat sebab dapat KP yang lembut dan tenang macam dia. Cakap pun slow talk je. Ngeee, tapi entah kenapa hari ni aku rasa arghhh je bila dia tegur macam tu. Nampak sangat budak budak akan buat tak kisah. Macam motto geng SA 'ade ak kesah? tak adaaa ' HAHA. Then, kami kena susun buku. HAHA, aku memang tak puas hati pasal ni. Ayat biasa aku 'aku tak mahu berpanas panasan walhal orang lain berdingin dinginan'. Hurm, lepas ni aku dah malas nak kisah. Hal diorang bukan hal aku. Yang penting, aku buat hal aku sendiri. Nak jadi orang yang pentingkan diri pula. 

Owww, mulut aku dah muncung dah masa tu. Aku pun pergi depan Syadid, maka tanpa perasaan aku membebel kat dia. HAHA. Alasan ? Sebab dia tegur lembut sangat. Dah berjuta kali tegur macam tu, that's why others buat dunno. Huh, kesian dia. Aku membebel macam mak nenek. Haha. Waww, tak beragak agak yaa, haha. Well, mungkin kurang sopan bila aku membebel dekat dia. Haha, apa ni.. Penolong Setiausaha membebel dekat Ketua Pengawas PSS ? Haha. Ada aku kisah ? Tak ada.... :P

Yang penting, aku dapat membebel. Huhu, kemudian aku pergi mengadu dekat K Farhah pula, Penolong KP. Hahaha, boleh je k Farhah gelak balik bila aku tiru gaya KP . HAHA. Tak beradap sungguh budak Sya Izz.. :) Tak apa, tak apa.. Emosi sedikit terubat bila boys keluarkan buku baru untuk letak kat rak. Apa lagi, kena sapu denga kitorang dulu laa. Aku pinjam.. Ombak bukan penghalang, Antara dendam dan perjuangan, Manikam Kalbu dan Cahaya Cinta. Hani pinjam.. Catatan seorang muda, Mata Hati dan Zahrah de tigris. Wawww, sempat lagi Syadid tanya 'dea ko nak bace ?' aku pun pot pet menunjukkan relax laa bro. HAHA. Agak lewat laa kami pergi dewan makan. Hampir tak ada orang, cuma ada geng laki kami dengan geng girls kami. Maksudnya, kawan kawan sekepala tak cukup ubat aku. Memang bising laa dewan dengan celoteh budak budak ni.. Siap main kena mengena lagi... Haha. Kami menikmati hidangan dengan semolek moleknya.. Sebab, esok dah puasa ! HAHA.

Lastnya, kesian dekat HF. HI asyik nak cakap tapi tak jadi. Bila HF gertak nak pergi HI baru nak buka mulut tapi tak jadi pula. Begitulah berulang sampaikan K Za sengih je tengok gelagat kitorang. Tak jadi juga cakap. Alasan, panjang ceritanya .... Haha. Petang tu SI dengan HI mengarang ye, hahaha. [MataHati & ZahrahDeTigris done!]

RABU .

Yeayyy, salam 1 Ramadhan wahhh. Tapi, memang tak turun sahur. Bangun gitu je, then tidur balik. Malas laa nak jalan ke dewan makan, bapak jauhhh. Haha, lainlah kalau asrama lama.. Huahuahua. Dewan makan lama di apit oleh asrama lama Puteri dan asrama Putera. Maknanya, ASPURA - DEWAN MAKAN - ASPURI . Satu blok setiap satu dalam satu kawasan je . Hurm, tapi ASPURI baru jauh sikit, di tepi pagar depan. Dewan makan baru pun tak guna lagi. Hailaa, ASPURI baru budak form 3,5 dan Upper 6 je penghuninya.. Da bombbb gitu. Hahaha. Di sekolah, masa nak turun tangga, terserempak dengan K Farhah kat tangga. Aku siap muncung mulut lagi, cakap aku tak nak pakai doh. Mogok katakan. Memang aku tak pakai, malass eh.  

Orang lain keras, aku pun boleh buat keras laaa. Boleh blah, ada aku kisah ? Tak ada.. [ HAHA, kenapa Sya Izz jadi macam ni ? Well, hati aku dah semakin keras sampai sekarang aku dah sukar nak fikir perasaan orang lain. Hidup yang buat aku begini, buat hati aku jadi kebal.. Mungkin, selepas ini korang akan tengok Sya Izz yang tak pernah ada perasaan. Sya Izz yang kejam. Sya Izz yang tak akan fikir perasaan orang. Sebab, aku tak mahu perasaan aku disiat lagi. Cukup, aku dah malas nak jadi budak baik lembut hati bla bla bla. Korang buat aku jadi macam ni... Aku tak ada pilihan. Ada aku kisah? Tak ada ! HAHA ]

Selepas rehat, ada taklimat Geo. Yang bestnya, dengan Cikgu Nazlan. Bekas PK KO sekolah aku. Rindu sangat dengan dia. Punyalah kelakar sesi bersama dia. Haihh, sayang cikgu.. Lalala. Buka puasa .. Seawal 6 lebih lagi kitorang ambil makanan. Then, pergi jalan jalan dekat pondok atau surau. Sempat lepak kat meja bawah pokok dengan Syifaa sekejap, angin bertiup memang syokkk. Azan, makan kurma dulu. Solat maghrib lepas tu baru makan nasi. Lepas tu, baru sambung solat balik. Dekat pukul 10 baru sudah.. Tapi, harus ada prep juga lepas tu.. Sekejap pun sekejap laa. Supper hari ni murtabak. Haha, kawan kawan aku semua suka. Aku memang sejak kecil agak benci kannya. Haha. Maka, aku ambil saja, bagi kat Mc Na. Hahaha. Makan, makan, makan :P [Manikam Kalbu done!]

KHAMIS .

Yeayyyyyy ! Balik rumah. Oh yaa, sempat main surat dengan Pontianak. Konon konon aku merajuk dengan dia. Dia pun hantar laa loveletter. Aku balas dengan puisi. Dua kali berbalas rasa hati melalui kertas. Wakaka, Qilah; ILoveYouForever. Lagi.... hari ni lepas susun meja untuk trial tiba tiba je mood aku jadi tak baik. Haha, nak mengamuk je rasa. Well, pasal tak boleh nak masukkan kertas setinggi gunung dalam file biru aku. Kan kena kosongkan meja... Sob, sob, sob. Haha. Mujurlah si Najihah ni tolong aku. HAHA, sayang you laa.

Sorry, aku agak mengada ngada waktu ni. Wakaka. Hurmmm, naik turun ASPURI dua kali. Pasal tertinggal file. Haihhh, nasib laa Sya Izz. Pergi pustaka, ingat kan nak apa ? Rupanya tu je. Huargghh, tetiba aku rasa nak mengamuk je. Terus blah gitu. HAHA. Sorry, masa tu emosi memang tengah kacau bilau ditambah dengan kepenatan naik turun tangga. Hmm, balik rumah dengan happy ! <3 Rindu sama bilik me. Hahaha. Malamnya, tengok TV kejap. Lepas tu, bergayut dengan HF. Kah3, tipu je.. Sekejap je, boring punya pasal.

Jadi, minggu ini memang aku blurr sikit. Kejap okey kejap tidak. Baru aku perasan, sekarang aku memang tak menentu. Tak boleh baca diri katakan... Haha. Sebab hati aku mengada ngada. Mungkin terpengaruh aku. Dan, sekarang baru aku sedar.. Tak ada apa apa laaa ! Buat suspen je Sya Izz wehh. HAHA. Sya Izz tertipu .. Huhhh, nasib baik hati cepat sedar kan.. Itulah, jangan mudah terpengaruh tau.

Sya Izz ada hati sendiri, maka Sya Izz kena betulkan hati sendiri. Jangan terikut ikut sebab hati orang lain pun nak juga. HAHA. *gelak* Hurmmm, Sya Izz dah okay. Tersangat okey. Nampak tak Sya Izz senyum melebar ni ? :D Aiyaaa, Sya Izz lebih senang sekarang, setakat ini sahaja statusnya.. Bukankah, kita masih budak kecik... HAHA. Ermmm, biasa bro. Lalalala.

Sekarang, Sya Izz tengah mengumpul semangat baru. Kekuatan baru. Untuk jadi orang yang lebih baik. Untuk jadi gadis yang lebih solehah. Dan, untuk menjadi diriku.

<3 Sya Izz sayang Sya Izz <3

Muahhhhh !

Tak akan pernah biarkan diri aku lagi.

Menjadi diriku, moto utama.

Meski, DIA TERINDAH. Tapi, kawan cukup laa :)

Dan, Sya Izz mahu senyum. Selamanya.

Tak apa, kasih ALLAH tetap terindah ~ Selamanya .

Tak begitu ?

Sya Izz, no matter how, when, where... You must keep on fighting. Never ever forever get tired till the end of your life.

Yeahhhhh.

Alhamdulillah.

Aku sayang ALLAH.
Aku sayang mama papa.
Aku sayang kak dan adik adik.
Aku sayang saudara saudara.
Aku sayang guru guru.
Aku sayang kawan kawan.

Aku sayang ceritera terINDAH ini.

Doakan aku dan kawan kawan berjaya hadapi trial PMR;15082010 ini. Dan, I'll do the best.

For the rest of my life..

I'll never give up.

InsyaAllah.

Do keep in touch, yaa..

:)




Regards,
Sya Izz
Smkanian
13082010

4 comments:

ren said...

insyallah

Anonymous said...

do the bezz ...never get tired untill the end your life..tertekan biasalah tpi slalu kuatkn iman k..trial nie fight all students form 3 at your school..remember Allah always ...May Allah Bless You and all my friends...

Sya Izz said...

:)

feeq said...

mmg panjang gler.. haha