Thursday, May 31, 2012

This is a battle!


Hari ini dah hari Khamis.

Haaa? Khamis. Warghhh. Dah dekat seminggu bercuti. Sebenarnya, bosan duduk kat rumah! Rindu sekolah. Rindu nak belajar sama-sama, huarghhh. Nak jumpa kesayangan-kesayangan hati. Huuu. Apa ni. Manusia, memang macam ni. Bila waktu sekolah, mau cuti. Bila dah cuti panjang-panjaaaaaaaaang, rindu sekolah pulak. Bersyukur lah, Sya Izz! :D

Masih rasa belum memanfaatkan cuti dengan sebetul-betulnya. Mana taknya, tengok TV berjam-jam, bila iklan baru bukak buku. Sudah sah lah buku telah dianaktirikan. Hua hua hua. Malasnya. Malasnya. Malasnya. Tapi, teringat pesan seorang senior tahun lepas, "Orang malas takkan berjaya". Perghhh. Kenyataan.

Esok dah Jun 1. Bulan enam. Bulan enam? Tidaaaaaaaaaak. Kenapa masa berlalu begitu pantas? Atau, sebenarnya aku yang tak pandai guna masa dengan betul. Sampai masa itu, hilang begitu sahaja.

Bulan-bulan yang terakhir, sepatutnya digunakan untuk menelaah buku-buku. Hei, ini the biggest exam lah in your life! Jangan pandang enteng. Taaak. Semua ini bukan dunia semata-mata. Bila belajar sungguh-sungguh, insyaAllah akan dapat keputusan yang baik. Bila dapat keputusan yang baik, mudah untuk mencapai cita-cita. Bila dah capai cita-cita, boleh jadi pakar. Boleh jadi professional. Boleh jadi muslim yang berjaya. Yang boleh berbuat sesuatu untuk Islam. Islam perlukan orang-orang yang kuat, untuk bangkit.

Allah...

Dunia hari ini memang mencabar. Sangat mencabar. Takut sebenarnya. Sangat-sangat takut. Dunia dah sangat sangat sangat tua. Dan, aku takut, bilamana aku mati, Tuhan akan tanya, apakah aku betul-betul sudah hidup di dunia dengan menjadi hambaNya yang betul-betul hamba? Sehamba-hambanya.

Takut, bilamana aku mati, Tuhan akan tanya, apakah aku telah menunaikan segala hakNya.. sebagai Tuan aku di dunia ini?

Takut. Takmau masuk neraka, tapi sangatlah tidak layak untuk masuk ke syurga.


Amni cakap, kita akan masuk syurga.. bukan kerana berapa banyak amal ibadah yang kita buat. Tapi, bergantung pada redha Allah. Redha Allah tika kita hidup di dunia.

Dan, mati... itu pasti.

Sumpah, perjuangan hidup di dunia memang panjaaaaaaaaaaaang.
Makanya, jangan penat dan jangan lelah.

Belajarlah,
untuk menjadi Muslim yang lebih baik.

Belajarlah,
selagi masih ada ruang dan peluang.

Belajarlah,
jika mahu menjadi orang berilmu.

*tiup semangat pada diri sendiri*

Jom Sya Izz, jom belajar!
A real warrior never quits, indeed!
This is a battle.



 



Cakap-cakap pasal Physics dengan Ayah Mat. Hoho. Bla bla dan bla. Then, Ayah Mat cakap, "Ayah Mat yakin pada Iqa"

Erkk. Dushhh. Jom study!
Enjoy! :')


PS. Budak kecik Hajar, cepat-cepat balik! aku rindu! Nak jumpaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Rindu sangat-sangat! :D




Sunday, May 27, 2012

A 206


Ini hikayat dahulu kala.

Hikayat laa sangat, haha. Sangat merindukan budak berdua itu :)

Hailaaa, rindu sangat sangat sangat sangat. Rindu nak habiskan masa bersama-sama. Rindu nak bergelak tawa, merajuk, sedih tangis, segala bagai tu. Sebenarnya, rindukan juniors A 206.

Rindunya nak ajar mereka English sebelum tido. Kumpul ramai-ramai dekat katil, lepas tu mula membebel bla bla bla. Dan, kecoh lah mereka terutamanya Aja, Dieya, Ejum, Eg... dengan pelbagai questions. Hailaaaaa, rindu!

Rindunya nak bermalas-malasan di katil pada hujung minggu. Hehe, lepas Subuh, pakat-pakat mahu tido lagi ramai-ramai haha apa niii. Main cerita-cerita, main peluk-peluk bantal, main usik-usik, alahai!

Rindunya nak jirus air, tarik-tarik selimut, lempar-lempar bantal, pada pagi-pagi hari.. bila malas mahu bangun tido! Haha. Masih ingat lagi, hari itu malas sangat mahu bangun. Dah laa ada kelas tambahan pagi. Huarghhh. Tup tup, si budak kecik Aja ambil air renjis aku. Waaaaaaaa, habis basah. Terpaksalah bangun. Huhuhu. =P

Rindunya nak nangis dengan diorang. Hehe. Ada satu minggu tu, kitorang bajet boleh balik. Tup tup, warden tak kasi balik. Haha. Mengamuk laa kitorang, ye laaa, mana tahan sebulan tak balik rumah. Masa kelas malam addmath, berjurai air mata haha. Bila di surau pun sama. Pakat-pakat nangis haha terutama aku dan Hani. Nak balik nak balik!

Dah habis drama air mata. Sambung balik drama bila masuk bilik A 206 terus tutup muka dengan selimut. Bebudak ni pakat tanya, kenapa dengan kakak diorang ni? Haha. Dah dapat agak lah, mesti sebab tak boleh balik. Kui kui kui. Nangis. Aja yang pujuk, sampai lah gelak balik. Dan, geng-geng aku... memang malam tu mogok habis. Penghuni A 102; masuk bilik.. terus tido. Takde borak-borak. Takde salin jadual kelas untuk esok. Takde gosok pakaian seragam. Hihi. Bajet merajuk lah. ^_^
Rindunya dengan A 102 & A 206!

Aku, ada dua bilik :')

A 102, teman seperjuangan yang meriangkan jiwa.
-Syahirah, Azlina, Azhani, Alifah, Husna, Syafiqah, Amira, Hanis-

A 206, kanak-kanak riang yang selalu mencuit hati.
-Hajar, Haizum, Adieya, Afiqah, Malihah, Hilal, Naha, Najihah, Wahidah-












Rindunya!

Rindu yang amat :)



PS. Gambar di pantai. Tika budak Aja dan Ejum balik ke rumah aku :D





Friday, May 25, 2012

Budak Sepet


Setelah sekian lama, akhirnya dapat jugak pegang dan baca buku Mustafa Kamal Ataturk. Nampak Cik Pqoh pegang buku tu awal-awal pagi lagiii. Ah, pura-pura merajuk dengan Cik Nazifa. Konon-konon dah lama dah aku 'tempah' buku tu.

Ahaha. Memang dah lamaaaa pun. Mintak-mintak dengan Cik Pqoh, mau baca. Hehe, akhirnya Cik Pqoh kasi aku baca dahulu. Hoho, hari itu budak-budak puteri islam busy sikit. Nak pergi berkhemah. Busy dengan latihan nasyid. Hehe, cayalah Cik Pqoh dan Cik Husna. :)


Pagi Khamis, masih ada exam sebenarnya. Exam Sivik dan PJK. Waktu Sivik, bila Teacher Zaini kasi kertas periksa, dengan selamba-yayaya Teacher cakap, "Okay, boleh jawab. Lepas lima minit dah boleh hantar." Okey, pakat gelak ramai-ramai. Mana taknya, bebudak ni memang akan jawab lima minit je. Haha. Paling lewat pun, mungkin lima belas minit. Hehe. Macam-macam perangai, =P

Exam PJK sepatutnya mula pukul 0930. Kitorang dah abis jawab Sivik sebelum pukul 9. Dalam kebosanan,  ramai-ramai pujuk Teacher cakap nak jawab sekarang exam PJK. Malas nak tunggu konon-konon haha. Lepas merayu-rayu segala bagai, okey, ketua kelas; pakcik Ijo sila pergi ambil kertas exam dengan Tn Rosli. Sungguh, PJK lima minit jugak jawab :) Kalau tak dapat A+, tak tahu nak cakap apa lagi. Haha.

Konklusinya, kelas kosong je lepas exam.

Pakat pergi jalan-jalan, ada yang duduk di Bilik Akses, ada yang stay di library, ada yang di Bilik Kaunseling, ada yang di surau, ada yang di koperasi, huhu macam-macam tempat.

Aku duduk dalam kelas, ada makcik-makcik Aishah, Faeza, Maisarah, Nabilah, Ruhaiza, Fatin, dan oh tidak dilupakan pakcik Diddy. ^_^ (haishh, diddy tu memang. lucu)

Dan, girls tu pantang tengok kamera. Alahai :)










* * * * * *

Cakap pada budak sepet,

"mu boleh jadi cikgu nanti besar nanti."

"haha, takmau. tak pasal-pasal budak menggeletar bila aku masuk kelas mengajar."

"hahaha. habis, aku... mu tak kesian?"

"hehe, yang mu tu... aku nak mu berjaya je"

"huuu, terharunya aku"

*senyum*

Budak sepet, aku tahu mu tak akan baca post ini sebab daddy mu tak mau bayar bil broadband haha tu laa kuat sangat main internet :P tapi, aku nak mu tahu bahawa sesungguhnya...

aku sayang mu sangat! =D


Wednesday, May 23, 2012

A real warrior never quits!


Akhirnya, selesai! :)


Huhuhu, tamat sudah perang selama tiga minggu. Huarghhhhh. Alhamdulillah.

Nampak gayanya, memang kena hadam buku pelbagai jenis tu habis-habisan la lepas ni.
Betul lah.

Ni es pi em, bukannya waktu yang hanya nak tunggu miracle jatuh dari langit kasi result 11a. Huhu, jangan mimpi laa nak berjaya kalau malas kan? Jangan mimpi. Maka, wahai diri sendiri.. sila lah paksa diri tahap habis-habisan. Tolonglah! Enam bulan yang terakhir, dan lepas tu... bebas :')

You don't come this far, just to fall apart.

Pilihan ada di tangan,
sama ada nak senyum yang sebentar
atau senyum yang berkekalan

Huhu, Allah.. permudahkanlah urusan kami.. =)

* * * * * *


Dua tiga hari ini, lepas exam.. lepak dengan Qilah. Hah, sementara tunggu nak balik sekolah tu sempat lah bukak AdaMaya. Hoho. Keesokannya, bukak 7 Petala Cinta. Naaaak sangat tengok dari dulu lagi. Tapi, huhuhu aku kira tak berapa best lah. Memandangkan hari ini exam arab mula pukul 1145 haha jadi banyak lah masa untuk erk menelaah. Jadi, kelmarin sudah dihabiskan cerita Om Shanti Om dan Kungfu Panda. Hehe. Bajet nak relaks laa kan.

Tak pernah berminat pun nak tengok Kungfu Panda sebelum ini.
Tetiba je, rasa nak tengok lah. Hoho. Best sebenarnya!

"Yesterday is a history. Tomorrow is a mystery. Today is a gift. That is why, it is called the 'present'.." 
"A real warrior never quits!"

Percaya pada diri sendiri, kan Po? :)


Esok hari last sekolah, sebelum cuti dua minggu. Seronoknya! Seronok laa sangat. Hahaha.

Selamat bercuti sahabat-sahabat kesayangan hati!
Selamat bercuti dengan pakcik makcik buku-buku sekolah, selamat bercuti dengan kelas tambahan au tuisyen, selamat bercuti dengan latihan-latihan addmad, physicks, khemiyy, bio, madmode.

Selamat bercuti hoho atau mungkin sebaiknya aku cakap
selamat membelasah pakcik makcik tersebut =.='





20 Mei, birthday budak Azhani!
21 Mei, birthday budak Aifaa Najwa!

dan

27 Mei, birthday girl-to-be.. Miss Husna Madiha! :') *tetiba rindu Sna. Sna, Iqa rindu Sna!*

* * * * * *

Lambatnya June 1.

- Budak kecik, cepat-cepat balik! Aku tunggu mu. Rindu sangat sangat sangat ni! :D -ilytmdt-

                                                                                                                                 
                                                                                                                                         [your gem0k]

- Orang di sana, cepat balik jugak ye? Tak sabar nak ber-smackdown a.k.a. ber-wrestling hohoho. Buku-buku jangan lupa. Tak sabar jugaaaaaaaak nak baca. Yeah yeahhhh. =P

                                                                                                                               [your beloved lil sis]






Okay.

Pena dah habis dakwat. Hehe. Chaw, may Allah bless. Take care, guys ~


Saturday, May 19, 2012

Difficult


"Never have I dealt with anything more difficult than my own soul, which sometimes helps me and sometimes opposes me" - Imam Al Ghazali




seriously, never.

Allah, make me strong.
I know these obstacles will strengthen myself.
Sure I just need to finish strong.
Finish strong.

Even when I have tears going down my face, I always manage to say these two words;
I am fine!

Because I am a tough girl.






Friday, May 18, 2012

Perodua Ferrari


Sepetang bersama perempuan-perempuan kesayangan hati.

Hohoho. Hari ini tak perlu jalan kaki meredah onak duri untuk ke rumah Aina seperti kebiasaannya kerana kita sudah ada driver yang cantik! Hehe. Perodua Ferrari bak kata Cik Sna. Haha. Best wuuuu. Bergelak ketawa dengan mereka. Makan banyaaaaaaaaaak, lapar-lapar! :D



Cik Mimi. Cik Sna. Cik Qilah. Cik Aifaa. Cik Nad. Cik Aina.
:) 







Petang yang indah, bye! =)


Thursday, May 17, 2012

Yaumul Muallim


May 16, 2012


Selamat Hari Guru!


Heeeee, konon-konon ini tahun last sambut hari guru kat sekolah. Erk, betol lah dah last. Dah tingkatan 5, huuuu tahun depan tak sekolah dah :D


Untuk sambutan tahun ini, semua organisasi bekerjasama. BPS, PPS, PRS, dan BADAR :) Ketua pelajar kitorang; Encik Famy sememangnya seorang yang sangat mementingkan perpaduan hahaha. ^^ Waktu kitorang duduk berbincang pasal sambutan ini, aku sudah dapat membayangkan, betapa meriahnya persediaan yang akan dilakukan pada malam nanti. Wuuuuu, biasalah.. Mesti budak aspura aspuri turun padang bergotong royong buat semua ini. Rindunya dekat asrama! :) Dengar cerita, bebudak ni tido dalam pukul 1 pagi lebih, untuk hias tapak perhimpunan tu dengan belon-belon segala bagai. Wah, mesti seronok! ^^


Pagi. Marilah beratur beramai-ramai :) Tradisi seperti tahun-tahun sebelumnya, iaitu perarakan guru-guru. Dengan kompang, bunga manggar, segala bagai. Alah, macam orang kawen :D Dari surau, sampai lah ke tapak perhimpunan. Sebelum tiba kat tapak perhimpunan, ada persembahan silat daripada abang-abang tingkatan 6. Yeah yeah. Bersilatlah sepenuh hati! =)
















Makanya, acara di tapak perhimpunan pun bermula. Yeah. Cikgu-cikgu baca perutusan, bla bla dan bla. Hehe. Cikgu baca perutusan, kitorang kat belakang sibuk bergambar. Haha. Tak apa lah, tahun terakhir kan? Mentang-mentang dah senior, selamba-yayaya je posing! :P


Sebenarnya, aku sangat suka dan cukup teruja dengan belon-belon kat awanan tu! Hahaha. Suka suka suka. Aku rasa, cantik! Hehehehe. Good job, kawan-kawan! ^^






 











Okay, lepas cikgu nyanyi lagu sempena hari guru tu, tibalah pulak masanya kitorang pulak yang nyanyi untuk cikgu. Yeah yeah. Bebudak ni pakat nyanyi ramai-ramai, kuat-kuat. Lagu tu macam lagu budak kecik, serius, best!!! :D How exciting the moment was. It sure nice to be one part of them :')










Tahun ini, kita ada gimik roket. Sebagai salah seorang yang dah pernah buat roket hahaha tahun lepas, dah tahu dah, ada kemungkinan yang sangat besar untuk payung terjun itu tak terbukak. Bila roket dilancarkan oleh ahli roket sekolah hehe tup tup bila dah dekat ke bumi baru terbukak payung terjun tu. Fuh, kasi berdebar je. Ingat kan dah tak mau terbukak. Huuu, excited kejap sebab gimik roket tu berlangsung dengan jayanya, muahahaha. :D


Habis perhimpunan, jom masuk kelas. Setel hadiah untuk cikgu-cikgu, buat kad ucapan huhu baru nak buat. Hehehe.


Sambutan tahun ini, simple jugak meriaaaah. Yang meriahnya, bila aku dan kawan-kawan merempat dalam bilik guru cari cikgu-cikgu ucap selamat hari guru dan kasi kad ucapan segala bagai. Huhu, sangat lah perlu berterima kasih kepada Wan yang dengan sukarelanya tolong aku gulung-gulung kad ucapan itu serta mengikatnya dengan reben. Ala-ala sijil gitu, huhu.


Waktu cikgu-cikgu tengah asyik bersukaneka, aku dengan Wan stay kat library siapkan mende tu. Hehe. Yang terharunya, sedang asyik merayau-rayau dalam bilik guru, tetiba Teacher Alisah tunjuk kad yang aku bagi tu. Fuh, cikgu dah lekatkan dekat dinding. Waaaa, malu laaa cikgu =.='

Teacher Saodah pulak cakap, cantik! Dan, dia letak dekat meja dia. Huuuu, you are so sweeeet. :') Bergelak ketawa dengan Teacher Salwati. Hailaaa, sakit perut bila main-main speaking dengan dia... memang hancusssss english aku. Penat :D

Cikgu Aida; yang syok makan aiskrim. Aku pergi dekat meja dia, dan dia hulurkan aiskrim. Tanda mahu suap. Dengan selamba-yayaya, aummm yummmy. Aiskrim dah masuk mulut. Hehe, cikgu ketawa sambil cakap, "tak maluuu :P"

Cikgu Faridah; yang asyik cakap geram dekat aku. Hahaha. Mana taknya, soklan objektif okay. Soklan sturktur sangat lah okay. Belek-belek kertas, cikgu tulis tahniah.. tahniah.. dekat certain soklan yang dapat full marks. Tup tup, belek bahagian esei.. amik kau.. terpampang kat depan dengan pen merah.. cikgu tulis tak lulus bahagian esei! Merapu meraban meroyan hahaha. Tapi, aku tak tahu kenapa aku asyik rasa nak gelak je. Tambahan pulak, bila cikgu cakap yang dakwat pen merah dia habis untuk mark paper aku je. Selamba-yayaya je cikgu suruh aku ganti balik dakwat pen dia. Hehe. Sorryyyyyy cikgu :D

Cikgu Mat Chik; aku dengan Qilah pergi ketuk-ketuk pintu bilik disiplin. Cikgu oooo cikgu :D Gelak-gelak dengan cikgu. Hahaha, aku sempat tulis dalam kad, terima kasih sebab sudi ajar aku physics walaupun aku asyik tak paham-paham. hahaha.

Banyak kenangan dengan cikgu-cikgu, dan kenangan itu semuanya super duper best!
I know, that I will miss those beautiful moments in the future.
All my teachers, are one of my life miracles. They such my guardian angels.
I do love them, whole-heartedly.

A million of thanks, teachers! :)















Melepak di surau sebelum pulang bersama budak kecik kesayangan hati.
Budak, jaga diri.


ilytmdt, =D




Sungguh, saya sayang cikgu-cikgu saya!
Sayang yang amat.


Cikgu, terima kasiiiiiiih.